Bab 36 | The real you

49 3 0
                                    

Berdentum kuat bunyi pintu menghempas dinding. Chairil yang tengah mengah memicit dahi sambil susun ayat dalam kepala.

"Pa, let me explain. Ryu—Ryu tak tau macam mana benda ni boleh jadi. Ok?" Chairil pandang Kenji dengan mata terdesak.

Kenji lepas nafas berat. Pejabat dia sekarang pun dah berselerak dengan fail-fail yang dia campak tadi. Sumpah, maklumat yang tak sampai 10 minit dia dapat tadi sungguh buat dunia dia hampir berkecai.

"Pa, Come on.. Percayalah Ryu.. Lagi pun... This business, we already done this for years... " Chairil ubah cara berdiri sebelum tangan sibuk bergerak.

Kenji yang dah mengurut dahi mengeluh panjang. Dia bangkit dari duduk lalu mata anak terunanya dia tenung tajam. "Macam-macam berlaku sejak Ryu cari manusia yang tak pernah orang dengar tu."

"Ryu tak rasa ke kerja Ryu semua makin tak terurus?" Kenji tekan jari telunjuknya kuat pada permukaan meja. "Berhari-hari tak masuk office, siang malam tak tentu hala cari manusia tak berjasad tu."


"Pa, Ryu kan dah—"


"Let me finish, you young boy!" Kuat Kenji bersuara bila Chairil potong kata-kata dia di tengah jalan. Sekelip mata, jari telunjuk Chairil sudah diacu mata pisau.

"Pa, dengar dulu. Orang-orang tu so damn—"

"Harghh!!!" Kenji mula runsing. Sikit-sikit alasan, kalau Chairil fokus pada kerja yang sepatutnya, hal ini takkan terjadi. Takkan!

"Papa, dame!" Entah dari mana, Hana muncul sambil tangan tarik pergelangan tangan Chairil.


Zap!


Menitik darah dari hirisan luka pada lengan kiri Hana. "Onegai!"

Hana merayu bila Kenji masih angkat pisau kecil dalam genggaman. Tangan yang masih mengalir darahnya, dia biarkan. Chairil lebih penting sekarang ni.

Kenji merengus sambil campak pisau itu ke lantai. Dada dah turun naik akibat marah tak tentu pasal. "Papa bagi Ryu seminggu, kalau manusia yang kamu kata hebat sangat tu masih tak jumpa. Just stop and focus on what you NEED to do."

Terus Kenji keluar dari bilik itu. Nasib baik dia berada di rumah bila berita buruk ini sampai ke telinga. Kalau dia di Jepun, rasanya dia dah terus fly ke Mexico. Serang tanpa ada rancangan terperinci, serangan berani mati yang tak habis fikir.

Chairil terduduk bila jerkahan Kenji menyelar. Tambah lagi bila tangan dia dicekup kuat oleh Kenji. Kenji bukan ayah yang garang mahupun tegas, tapi sekali antara diorang adik-beradik buat masalah. 'Kau takkan jumpa muka aku selagi aku tak maafkan kau' punya vibe akan muncul.

Bukan merungut, tapi kenyataan yang keluarga itu perlu hadap. Sejak ibu mereka tinggalkan dunia buat selamanya, Kenji ikut berubah. Dia lebih radikal, lebih berani. Mungkin nak tuntut apa yang orang sekeliling perlekehkan dulu.



Maruah Kenji sebagai yakuza.



"I'm sorry. Ryu... Ryu–" belum sempat Chairil habiskan ayat, Hana dah mencelah.

"Nah, it's okay. Bukan Hana tak pernah hadap. Ni, Ryu ok?"Hana pegang kedua belah lengan Chairil. Hirisan yang masih merah berdarah Chairil tekup dengan sapu tangan yang memang sedia ada pada dia.

EZRAWhere stories live. Discover now