Telefon pada lengan Reyhan tak henti-henti berbunyi selama 10 minit terakhir dia berlari. Hal tu buat Reyhan Agak emosi. Elok langkah kaki sampai di simpang jalan ke asrama, Reyhan ambil peluang untuk berhenti.
Telefon dicabut dari lengan dan lock skrin dicerahkan.
Abang Hakimi
Ada 4 mesej yang tak dibaca dan dihantar oleh manusia yang sama. Reyhan berdiri sebelah kaki sambil unlock telefon dalam tangan. Aplikasi whatsapp dia buka lalu nama Abang Hakimi automatik ada dekat atas sekali list.
From: Abang Hakimi
Salam. Rey dekat mana? Kalau dalam bilik lagi, keluar kejap.
Reyhan kerut dahi. Dia tengok jam pada bahagian atas skrin. Baru pukul 7:15 pagi. Kalau dikira, cukup 45 minit tanpa henti dia lari sekeliling kawasan akademi.
From: Abang Hakimi
Rey, just show yourself downstairs. I'll be here until you show yourself in front of me now.
Apa? Pagi-pagi buta dah ada depan asrama? Serious la mamat ni? Reyhan tolak tepi idea tak masuk akal tu kejap.
From: Abang Hakimi
Abang tunggu, Rey.
Sumpah! Abang Kimi memang tak pernah tak surprise. Reyhan terus buka kaki menghala asrama sambil scroll ke bawah untuk tengok chat terakhir.
From: Abang Hakimi
I miss you.
Hampir tersadung dibuatnya baca chat terakhir abang Kimi. Reyhan tak menidakkan, dia rindu lelaki tu. Satu-satunya lelaki yang tak judge siapa dia yang sebenar. Walaupun tahu dia anak seorang....
"Rey... Hai. "
Reyhan perlahankan langkah kaki. Kepala dia laju menghadap muka bersih anak sulung ummi Hayat ni.
"Hai... Abang Kimi.." Reyhan tengok kiri kanan. Pak guard dekat pondok tak ada dalam bangunan kecil tu. Maybe still kat surau berdekatan.
Reyhan berhenti betul-betul depan Hakimi buat Hakimi berundur beberapa tapak. Sekarang ni dia tak boleh duduk dekat-dekat dengan wanita depan dia. Walau seinci, dada dia tak henti berdegup laju. Hakimi gosok dada perlahan baru dimasukkan semula dalam poket depan seluar.
"Bukan next Isnin exam ke? Tak ada panas, tak ada ribut muncul kat depan asrama Rey ni ada apa? "Reyhan peluk tubuh sendiri. Bukan tak perasan Hakimi ambil jarak tadi. Tapi biarlah..
Hakimi keluar gelak sinis. "Macam mana abang nak fokus study kalau Rey kat sini menangis? "Hakimi cari sepasang mata Reyhan yang dah tunduk mengeras.
Reyhan main batu-batu kecil hujung kasut sukan Power yang tersarung pada kaki. Elok Hakimi tembak hal semalam, terus tak bergerak satu otot pun dalam badan. Nasib kepala elok tertunduk tengok hujung kasut.
"Laju jugak ummi buat kerja. "Reyhan longgarkan segala otot tapi kepala tetap meghadap hujung kasut.
Hakimi lepas gelak halus. Langit yang makin cerah dia pandang sekilas sebelum cari semula sepasang mata yang dia tak boleh lupa. "Bukan ummi la kalau tak tanya abang pasal Rey tiap hari, pesan itu ini tiap pagi."
Ayat sarkastik Hakimi buat Reyhan gelak lepas. Ok. Pagi Reyhan hari ini lagi hidup berbanding hari-hari lain. Mungkin sebab dia tahu ada orang yang percaya and sayang dia as manusia, bukan sampah.
YOU ARE READING
EZRA
Action-*The dangerous MYTH that becomes true*- **** "Kalau macam tu, aku sanggup mati." - Reyhan Zenia "Wah, wah, wahhh! Sanggup mati, ek? Kau tau tak siapa si sial ni?" - Sang pembelot "Kenal!" "Siapa?" "Ezra." "Udara un...