Bab 20 | Attemps

64 6 5
                                    

Ezra ketap gigi kuat sambil kepala dia jatuh ke atas lengan yang tengah tahan tubuh pada tingkap kereta Aruz itu. Lagi sekali telinga dia menagkap bunyi hujung kaca mata bertemu dahi.

"Boss, masuk plan hari ni, dah tiga kali attempt tau. Kau serius nak buat juga kali ni? "Jake duduk tegak semula bila Ezra dari tadi mengeluh tak sudah. Dah gaya langit nak runtuh tapi tak sempat nak buat apa-apa persediaan lagi.

Dengar je soalan minta penampar tu, Ezra angkat kepala. Kalau bukan dia ada benda lain nak kena fikir, dah lama dia gantung kereta Aruz ni dekat pokok simpang masuk kampung. Biar tak boleh balik Mamat kacukan depan dia sekarang ni.

"Kau diam. Sebelum aku terbalikkan kereta ni sekali dengan kau, baik kau fikir macam mana nak bawa balik Reyhan Zenia. "Ezra tolak tubuh jauh dari badan kereta. Dia mengeluh kuat sebelum tangan kanan mencekak pinggang lalu tangan kiri meraup rambut panjang dia ke belakang.

"Lahh... Apasal nak bawa dia balik pula? Elok dah pun dia duduk dengan atuk nenek." Jake tarik muka tak faham. Tinggi melangit kening kanan dia.

Ezra pusing menghadap Jake yang masih tayang muka selenga dia. Apa lagi,

Pap!

Naik tangan Ezra terus jentik dahi tak berapa nak luas Jake. Berdesis lelaki tinggi lampai plus keding tu. laju je dia gosok tempat kena jentik. ni kalau merah sungguh dia saman. Tapi..

"Bosss... Dua kali, eh.. Dua kali.. Kali ni boss nak aku buat apa? Salah nanti, aku juga yang kau pancung. Kau tu kalau dah baran.. Hitam putih pun dah tak reti beza. "Jake sandarkan semula tubuh dia pada kusyen. Kepala dia pegang lalu di geleng tak setuju.

"First plan kau, ..."

"...kau tinggalkan dia dekat terminal kampung sebelah. "





***

"Ermmm... Kobis dah ada, cili burung... Ok, ada. "Reyhan sibuk buka semula plastik yang dah tersangkut pada sepuluh jari dia.

Ezra dari belakang senyap dari rumah smpai la pasar sini. Reyhan mula-mula memang tak fikir apa, tapi dah lebih 2 jam diorang berdua. Ezra masih buat perangai tak kenal Reyhan tu siapa.

Sampai dekat terminal tempat Ezra letak kereta, lelaki tu tiba-tiba tarik tote bwg yang dia sangkut pada bahu. "Tunggu sini. Aaa--aku pergi ambil kereta. "

Pejam celik pejam celik kelopak mata Reyhan bila Ezra tiba-tiba buat perangai luar alam dia. Tak pernah-pernah pula la lepas kejadian dekat sungai tu Ezra nak lepas dia sorang-sorang. Nak ke tandas dalam rumah pun lelaki tu sanggup tunggu depan pintu.

"Abang nak pergi mana? Kita pergi sama-sama la.. Eh? "Reyhan letak plastik-plastik yang dalm tangan atas jalan tar. Berat dia ya ampun.. Kalah beg sekolah darjah 6.

"No. Tu kan berat. Aku pun macam tak larat nak angkat. "Ezra pandang plastik-plastik yang ada dekat kaki Reyhan.

"Tunggu sini. Aku pergi ambil kereta. "Ezra mula bertegas. Tangan dalam poket dah dia genggam kuat. Tak sanggup tengok riak keliru yang Rwyhan buat.

Reyhan peluk tubuh bila angin pagi tu makin kuat bertiup. Hati Reyhan tiba-tiba rasa tak sedap. "Tapi.. Tap---"

"Tunggu sini aku kata. "Lepas Ezra bertegas, terus dia pusing ke arah bertentangan dari Reyhan.

Reyhan ternganga. "Penipu punya lelaki. Bukan berat sangat plastik ni nak dia angkut setakat nak ke kereta. "Reyhan merengus geram. Ahhh.. Apa dia kisah?

Makin jauh Ezra dari Reyhan, makin tak tenteram hati lelaki British itu. Pwnat dia pujuk jiwa dia dari hari tu untuk tinggalkan Reyhan. Dia raup rambut yang tak terikat lalu tangan kanan dia masuk poket jaket hitam yang dia pakai.

EZRAWhere stories live. Discover now