BAB 51 | My Dark Memory

60 0 0
                                    

Puntung rokok yang dah habis dia campak ke tar. Dia pijak lalu dihenyak beberapa kali sebelum gelas wine dia capai. Baru mahu mencicip, bahu dia ditepuk seseorang.

"Apa?" Pekat dengan loghat ibundanya.

"Call dari Asian trader." Max, pengawal kanan dia bersuara sambil telefon dihulur.

Raul mendecit kuat sebelum dia letak semula gelas wine tadi. Dia sambut huluran Max lalu bergerak ke kereta. Tubuh dia sandarkan sambil telefon didekatkan pada telinga.

"What do you want?" Raul bertukar ke bahasa ayahanda dengan sangat fasih. Senang cerita, jejaka bertubuh tegap dengan muka yang sangat maskulin itu fasih banyak bahasa terutamanya Inggeris dan Sepanyol.

"Raul, finally." Suara garau di hujung talian buat Raul menyesal.

"Tak dapat ayah aku, kau buru aku pulak. Memang tebal betul muka kau kan, Artemis." Raul capai gelas wine tadi lalu meneguk rakus segala isi yang ada.

"Well, well... well. Selagi segala keturunan Dean J. Williams masih wujud atas muka bumi ni, selagi itu aku akan buru." Penuh nada dendam. Kenji Artemis sudah tarik senyum sinis.

"So, macam mana dengan tawaran kami? 10 million pounds of coccaine deals, not just some little amount of money you got there." Kenji menghirup beberapa kali paip tembakau. Berkepuk asap dilepaskan selari dengan nafas dihembus.

Raul gigit hujung lidah. Ketawa sinis tercetus lalu kepala digelengkan beberapa kali. "Artemis, Artemis. Aku tak tau dari mana kau dapat benda alah tu."

"Tapi ni aku nak pesan, even aku ni underboss for Obsessions, aku tak ada kata putus untuk last result apa-apa projek. And... bila aku dah keluarkan pesan khidmat sampah macam ni, means..." Raul kecilkan mata. Terbayang muka tak puas hati si tua bangka itu bila sekali lagi tawaran elit itu kena reject mentah-mentah.

"...the deals are not even met by our conditions. Alright, old man?" Terus Raul tekan ikon merah pada skrin.

"Bodoh punya orang tua. Punya lama kau dekat sini, belajar semua benda, benda kecil macam ni pun kau still tak boleh nak settle?" Raul membebel sendiri.

Kotak rokok yang tersadai tepi tray wine Raul capai. Dia ketuk beberapa kali lalu sepuntung rokok terkeluar. Asap penuh di ruang udara bila rokok hitam itu berjaya dibakar.

Rangka bangunan yang hampir 78% siap Raul tenung. Dean tak pernah halang apa yang dia mahu dalam hidup ini. Berdirinya dia memantau salah satu projek terbesar syarikatnya sekarang bukti bahawa segala impian akan tercapai.

Tapi, bukan ini apa yang Raul mahu buktikan. Dengan nama yang besar dalam dunia pembinaan sebenarnya adalah bukti bahawa Raul tak pernah diberi kepercayaan untuk pegang organisasi Obsessions itu.

Raul genggam penumbuknya erat. Dia masih ingat bila abang sulungnya teruk dibelasah orang suruhan Dean. Atas kesalahan apa?

Terjungkit sebelah bibir Raul teringat alasan bodoh yang Dean bagi masa itu. Alasannya cuma budak mentah itu dah hampir ragut nyawa anak salah satu rakan kongsi paling berpengaruh masa itu.

Padahal, masing-masing tau. Budak bengap itu cuma ajak member dia curi kek cawan. Buah tangan yang dibawa sekali budak bangsa kulit hitam itu melawat keluarga Williams di rumah agam baru mereka. Cuma malangnya, mereka berdua hampir lemas dalam kolam 8 kaki di laman belakang.


Ezra Rey Williams dihukum dengan bapanya sendiri. 


Insiden di mana buat Raul menggebu-gebu. Rasa nak rakam memori kepala dia ni simpan dalam drive. Hahhhh.


EZRAWhere stories live. Discover now