3

319 7 1
                                    

"Awak kena tinggal ke ayah awak ambil??" Soal Qie, Layra tetap diam
"Tak apa, kejap" kata Qie sambil melilau mencari seseorang
"Am!" Panggil Qie
"Yes?" Nyahut Aman sambil berjalan mendekati Qie
"Hantar Layra balik boleh?? Dia kena tinggal lagi" kata Qie
"Aku ada someting nak settlekan" kata Aman
"Tak apa abang, Sir. Saya boleh balik sendiri" kata Layra

"No!" Kata Aman dan Qie serentak
"Asal ni??" Soal Adenan tiba tiba muncul
"Cantik! Kau dah siap nota kan??" Soal Aman
"Asal nak aku buat nota kau?? Gelap masa depan student kau" kata Adenan
"Bukan lah, hantar Layra balik" kata Aman
"Kena tinggal lagi??" Soal Adenan, mereka angguk
"Jom lah" ajak Adenan
"Susahkan sir je, tak apa saya boleh balik sendiri" kata Layra
"Nanti jadi macam semalam lagi susah kita orang" kata Adenan, Layra hanya diam malu
"Jom" ajak Adenan sambil mencapai kunci motor. Tiba di depan motor kesayangan Adenan Layra terus membonceng Adenan

"Maaf sir tanya. Awak dengan kakak awak memang tak serasi ke??" Soal Adenan, Layra angguk, Adenan nampak tindak Layra di side mirror
"Tak pernah aku jumpa kembar macam ni" kata Adenan dalam hati
"Dah sampai" kata Adenan, Layra turun dan membuka helmet
"Boleh tak??" Soal Adenan melihat Layra susah membuka helmet
"Meh saya tolong" kata Adenan dan terus membantunya
"Sir Andy buat apa dekat sini??" Soal Layla
"Hantar Layra" kata Adenan, tiba tiba Ahfaz keluar. Adenan terus mendekati Ahfaz dan menyalamnya
"Adik cakap balik dengan Tyra" kata Ahfaz

"Tyra tak datang, dia tak sihat" kata Layra
"Terima kasih cikgu, dua kali dah cikgu tolong anak saya" ucap Ahfaz
"Tak apa, apa pun saya wakil Students Soldier nak ucapkan terima kasih sangat sangat untuk makanan tu" ucap Adenan, Ahfaz senyum
"Saya minta diri dulu ye" kata Adenan, Ahfaz angguk
"Terima kasih Sir" ucap Layra
"No prob, apa apa nak share dengan saya just call je eh" kata Adenan, Layra angguk. Selepas bayangan Adenan hilang, mereka masuk ke dalam

"Kau tipu abi kan, kau saja je nak balik dengan Sir Andy" kata Layla sambil menarik rambut Layra
"Mana ada" kata Layra sambil cuba melepaskan diri
"Kakak!!" Tengking Ahfaz
"Abi tak tahu nak buat apa lagi dengan kamu! Apa yang kamu tak puas hati dengan adik?!! Bagitahu abi!!" Marah Ahfaz
"Abi lebihkan dia!" Kata Layla
"Lebihkan dia?! Cuba kamu fikir balik! Apa yang kamu nak semua abi tunaikan, adik kamu tu cuma pakai barang terpakai kamu je!! Kamu punya barang semua baru!" Marah Ahfaz

"Turunkan ego kamu tu!! Ego kamu tak akan bagi kamu makan lah!!" Marah Ahfaz lagi. Layla terus naik ke atas
"Dah lah abi, Adik okay je" kata Layra
"Ibu dengan abi rasa Layra ikut sifat arwah ummi penyabar" kata Linda, Layra hanya senyum.

Tiba di office, Adenan terus mencapai pinggan
"Woi! Dah pukul 12 gemok nanti baru tahu" tegur Aman, Adenan hanya jeling
"Wey aku tak pernah jumpa kembar macam Layra dengan Layla tu" kata Aman
"Kau pun perasan??" Soal Adenan
"Siapa je tak perasan wey, tadi dalam kelas Layra nampak sangat kena buli dengan Layla" kata Aman
"Nak cakap kembar lain ibu nama mak dia orang sama dalam surat beranak" kata Adenan
"Betul tu" setuju Aman
"Buat apa tu?!" Sergah Shazil
"Sir Zil!"

"Makan! Kau ni Andy jangan sampai bahu sado perut buncit tau" kata Shazil
"Jangan risau sir, dia makan banyak macam mana pun tu je badan dia" kata Aman
"Sir free??" Soal Adenan
"Aku nak balik, kenapa??" Soal Shazil
"Nak cakap sikit boleh?? 10 minit" Soal Adenan
"Pasal apa??" Soal Shazil
"Student" Shazil pantang dengar pasal student, risau sangat bila dengar perkataan student itu keluar. Sayang semua pekerja di Students Soldier pada pelajarnya menggunung tinggi. Andai ada yang susah mereka usaha bantu mana mampu

"Kenapa??" Soal Shazil
"Jom pergi control centre" ajak Adenan, Shazil angguk dan terus mengikut Adenan dan Aman ke control centre. Aman membuka rakaman CCTV kejadian semalam. Shazil melihat rakaman tersebut penuh fokus
"Siapa student ni??" Soal Shazil
"Student baru, Aqieyla Layla dengan Aqieysh Layra" kata Adenan
"Yang kembar baru masuk semalam tu ke??" Soal Shazil, mereka angguk
"Semalam before kita orang balik, parents dia orang datang cari Layra dalam pukul 12 lebih. Kita orang pergi cari dia, then Andy jumpa dekat jalan lama depan tu dengan kepala berdarah" kata Aman

"Andy ada bawa pergi klinik, alhamdulillah tak ada apa apa serious. Cuma kita orang tak pernah jumpa kembar macam tu" kata Adenan
"Dalam kelas??" Soal Shazil
"100% berbeza, Layra pasif and pemalu dalam kelas dan sangat hormat tutor. Layla active, sangat sosial mudah rapat dengan lelaki dan hormat pada tutor kurang" kata Aman
"Macam ni kita monitor dalam seminggu dua lagi. Sebab dia orang baru dua hari masuk kelas maybe sebab dia orang bergaduh. Biasalah adik beradik bergaduh. Andai kata dia orang lagi teruk or apa apa inform dekat aku" kata Shazil. Aman dan Adenan angguk

**********

Hari terakhir mereka tusyen sebelum cuti sekolah akhir tahun.
"Okay students this is our last class and make sure you guys study tau!! Bukak sekolah Sir tanya, faham??" kata Iman salah seorang tenaga pengajar
"Faham Sir!!" Kata pelajarnya dan kemudian mereka keluar dari kelas
"Student macam biasa! Make sure check your locker before balik. Nanti jangan call abang Qie atau Abang Yan nak ambil barang lah apa lah. Kita orang sembelih korang nanti!" Kata Yan pembantu Qie, semua student sangat suka menyakat staf SS
"Bye!!!" Lambai semua tutor pada pelajar mereka
"Bye!!!!" Lambai semua pelajar

Selepas semua pelajar balik, semua tutor akan mengemas sedikit kelas, locker dan kawasan office sebelum meninggalkannya dalam tempoh masa yang agak lama.
"Ni ada roti lagi ni, siapa nak??" Soal Ash salah seorang staf
"Wey roti tu bukan dah expired ke??" Soal Iman
"Dah kulat Ash! Buang lah!" Kata Rian
"Sikit je buanglah" kata Ash
"Kau tahu tak hitam yang kau nampak tu memang sikit dalam roti tu ada akar dia tau" kata Ikhyar tutor sains dan biologi
"Eh??" Soal Ash
"Buanglah!" Kata Jia

Sedang mereka mengemas kelas seorang pelajar sedang tidur di meja
"La! Tercicir sorang" kata Adenan sambil menahan tawa dan mendekati pelajar tersebut. Adenan melihat muka pelajar sebelum mengejutnya

*
*
*
*
*

Kantoi tidur waktu cikgu ajar 😅😅

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now