20

216 8 2
                                    

"Abi ibu, Adenan nak minta izin nak bawa Qiesyh keluar makan. Nanti Adenan terus bawa dia pergi tusyen" kata Adenan
"Ye lah, hati hati" pesan Ahfaz, Adenan angguk
"Nak ikut" kata Layla
"Tak payahlah" kata Ahfaz
"Haah, kacau je dia orang" tambah Linda
"Tak kira!! Layla nak ikut juga!! Jom Sir Andy" ajak Layla sambil menarik tangan Adenan. Ahfaz dan Linda memegang tangan Layra
"Sabar ye, abi yakin Adenan tu setia orangnya" kata Ahfaz, Layra hanya senyum kelat. Tiba di kereta Layla terus duduk di hadapan selepas Adenan membukakan pintu untuk Layra

"Tak apa saya boleh duduk belakang" kata Layra sambil melepaskan senyuman. Adenan hanya senyum kecewa dan membukakan pintu untuk Layra
"Thank you" ucap Layra
"Welcome princess" balas Adenan, Layra tersenyum malu dan berapi Layla
"Qiesyh nak makan apa??" Soal Adenan sambil melihat cermin belakang
"Qiesyh nak"
"Layla nak makan western" Layla memotong kata Layra
"Qiesyh nak makan apa tadi??" Soal Adenan mengabaikan Layla
"Qiesyh teringin nak makan apa yang awak nak makan" kata Layra
"Hah??" Soal Adenan pelik, Layra tersenyum

"Qiesyh ikut je apa yang awak nak" kata Layra
"Hah okaylah tu jom makan western, kita makan Me'nate" kata Layla
"Agak agaklah kau ingat sir Andy ni cop duit?!" marah Layra
"Ala kalau dia sayang kau mesti dia akan ikut je, tak akan mempersoalkan" kata Layla
"Tapi masalahnya kau yang minta bukan aku!!!" Marah Layra
"Sudah tak payah gaduh, kita makan Mcd je" kata Adenan
"No!!" Serentak Layra dan Layla, Adenan terkejut mendengar jawapan Layra
"Huh! Maksudnya kau pun nak makan western juga lah kan" kata Layla
"Bukan maksud saya, Awak kan sakit so fast food ni tak elok. Okay macam ni, apa kata kita cari bahan bahan masakan saya masakan untuk awak. Nak??" Soal Layra

"Okay, setuju" kata Adenan
"Ala awak, jom lah makan western" pujuk Layla dengan suara menggoda
"Kau yang sebok sangat nak ikut kita orang dating kan!! Ikut je lah!! Tak payah lah nak menyampuk!!!!" Akhirnya api kemarahan Layra tak dapat di kawal
"Qiesyh dah tak payah marah marah, tak comel nanti" pujuk Adenan, Layra menarik dan menghembus nafas dan mula menenangkan diri sendiri. Adenan terus memandu ke hyper market terdekat

"Awak nak makan apa??" Soal Layra lembut apabila tiba di Giant
"Saya dah lama tak makan asam pedas ayam dengan daging masak merah" kata Adenan
"Okay saya masakkan tu" kata Layra, tersenyum lebar Adenan. Sepanjang Layra mencari barang dan dibantu Adenan, Layla hanya menggedik dengan Adenan. Layra cuba menahan kemarahannya. Adenan sedar cemburu yang dirasai Layra
"Jealous ke??" Bisik Adenan sementara Layla tiada bersama mereka, Layra hanya menjeling
"Macam ni rupanya cik tunang saya cemburu" sakat Adenan, Layra tetap masam
"Tak apa cemburu tu tanda sayang, lagi pun comel lah awak macam ni" kata Adenan, Layra menjeling dan terus jalan ke bahagian daging, Adenan tergelak melihat tingkah Layra

"Sayang, I jumpa air tu" kata Layla sambil menunjukkan pada Adenan dan memeluk lengannya
"Hey! Jangan peluk macam ni lah, tak elok. Tak manis orang tengok" kata Adenan sambil menjauhi Layla
"Bukan orang tahu pun" kata Layla
"Allah tahu" kata Adenan
"Ala awak dengan Layra tu boleh pula?!" Layla mula tak puas hati
"Saya tak pernah pegang tangan Qiesyh pun" kata Adenan
"Huh!! Haritu sampai berdukung bagai tu apa?!" Soal Layla kemarahannya mula membuak
"Itu terpaksa, bukan saja saja saya nak pegang. Selagi saya tak halal dengan dia, saya tak akan suka suka sentuh dia tanpa perkara yang membolehkan saya pegang dia" kata Adenan dengan nada tegas dan terus berjalan meninggalkan Layla sendiri

"Jealous lagi ke cik tunang saya ni??" Pujuk Adenan, Layra hanya diam dan langsung tak memandang Adenan
"Kalau ikutkan hati tak nak saya pujuk awak, saya lagi suka tengok muka awak muncung macam ni" kata Adenan, Layra tersenyum
"Senyum macam ni pun comel, apa je yang awak buat tak comel??" Puji Adenan
"Encik tunang saya ni mulut manis rupanya" kata Layra
"Untuk awak je" kata Adenan, Layra tersenyum. Selepas membeli barang mereka terus balik ke rumah Ahfaz. Dalam perjalanan, Layra tiba tiba menyuapkan Adenan roti
"Apani??" Soal Adenan
"Makan ni sikit, lapik perut nanti lapar sangat pening pula" kata Layra
"Mana awak tahu??" Soal Adenan
"Adalah, makan je" kata Layra, Adenan tersenyum
"Thanks sayang" ucap Adenan tak sangka Layra mengenalinya

Tiba di rumah Ahfaz, Layla yang sakit hati terus naik ke atas
"Aik cepatnya" kata Ahfaz
"Haah, tak jadi ke??" Soal Linda
"Tak adalah, Layra nak masak ibu" kata Layra
"Wah lama abi tak rasa masakan Layra" kata Ahfaz teruja, Layra hanya senyum dan terus ke dapur bersama Linda
"Layla tu kenapa??" Soal Ahfaz selepas duduk di sofa bersama Adenan
"Tadi Adenan tegur dia" kata Adenan, Ahfaz angguk faham sangat anaknya itu

"Dia kacau kamu berdua ke??" Soal Ahfaz
"Tak adalah sangat tapi anak abi sorang lagi tu jealous la" kata Adenan, tergelak Ahfaz
"Satu sifat buruk Layra tu dia kuat cemburu lagi teruk dari Layla. Tapi Layra ni dia banyak diam dan memendam dari melawan" kata Ahfaz, Adenan angguk faham
"Antara Layra dan Layla, Layra ni lagi mudah dipujuk. Puji je dia senyum lah dia" kata Ahfaz
"Tu lah, tadi Adenan puji je dia terus senyum. Senang Adenan lepasni" kata Adenan
"Abi, Adenan nak tanya sikit boleh" pinta Adenan, Ahfaz angguk

"Haritu Abi ada cakap, Qiesyh dan Layla ni lain ibu. Tapi kenapa nama ibu dalam surat beranak dia orang sama??" Soal Adenan
"Eh mana ada, lainla" kata Ahfaz, Adenan hanya memandang keliru
"Ibu nama dia Linda binti Abdul Aziz, Ummi nama dia Linda binti Abdul Azlan" kata Ahfaz
"Ouh, patutlah kita orang salah tengok rupanya" kata Adenan sambil tersenyum
"Dulu kononnya ibu tu nak cari orang yang sama nama dengan dia supaya anak anak ni tak rasa lain tapi rahsia Allah kan" kata Ahfaz, Adenan angguk
"Layra ada cerita, Adenan pun anak dari isteri kedua kan??" Soal Ahfaz, Adenan angguk
"Mak macam mana??" Soal Ahfaz
"Macam tu lah" kata Adenan
"Sabarlah InsyaAllah terbuka hati dia nanti" kata Ahfaz, Adenan angguk. Ahfaz minta diri nak ke dapur melihat Layra dan Linda

"Awak, tolong ajarkan ni" tiba tiba Layla datang membawa buku latihan
"Mana??" Soal Adenan, Layla terus duduk rapat di sebelah Adenan. Adenan fokus mengajar tetapi Layla hanya memandang wajah Adenan dan tak fokus pada soalan
"Dekat muka saya tak ada soalan" Kata Adenan
"Awak ni hensem tapi sayang adik saya yang tak ada dara tu yang awak minat" kata Layra, Adenan terkejut dengan apa yang dikatakan Layla tetapi tetap cuba menahan diri dari terus melenting
"Kalau dia dah tak ada dara sekali pun bukan masalah saya sebab itu masa silam dia" kata Adenan dan cuba menenangkan diri
"Awak tak jijik dengan dia ke??" Soal Layla

"Lepas ni mesti kau akan dapat macam macam berita buruk pasal Layra dan semua tu direka oleh Layla sebab dia tak suka tengok adik dia tu bahagia" kata Kata Luthfi tiba tiba bermain di minda Adenan, Adenan mula tenang
"Aarrhh!!!"

*
*
*
*
*

Kenapa tu?!! 😳
Layla ni sekali kena flying kick best ni 🤬🤬

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now