26

153 6 4
                                    

"Berapa lama lagi masa yang saya ada??" Soal Adenan
"Awak!! Apa ni!!" Marah Layra, Adenan tetap memandang doktor mahukan jawapan.
"Kurang dari sebulan" kata doktor, Amir terduduk dan Layra menangis semahunya
"Ta..tak ada apa apa yang kita boleh buat ke??" Soal Amir tergagap
"Macam saya cakap tadi, Andy betul betul mengharapkan kemo dan ubat khas. Kalau nak juga buat operation 10% sahaja chance untuk berjaya" kata doktor
"Terima kasih doktor" ucap Adenan, doktor angguk dan terus keluar dari bilik memberikan ruang pada mereka

Amir mula mengalirkan air mata belum sedia untuk melepaskan sahabatnya. Layra juga masih menangis tak mampu menerima apa yang baru didengarinya. Luthfi tak tahu apa perasaannya pada waktu itu
"Boleh tak aku nak buat beberapa permintaan" pinta Adenan, mereka hanya memandang
"Aku nak buat seminar dengan student aku untuk kali terakhir, aku tak nak korang semua layan aku macam aku nak mati, aku nak pergi hiking, aku nak ride dengan kau Mir sama macam 5 tahun lepas" kata Adenan
"5 masjid??" Soal Amir, Adenan angguk dan senyum
"Saya nak makan masakan awak hari hari dan saya nak awak dengan saya sentiasa sampai saya hembus nafas terakhir" Layra angguk

"Last, aku nak persetujuan daripada kau Luthfi" kata Adenan, Luthfi hanya memandang
"Hari pernikahan aku tu, aku tak nak batalkan. Tapi aku nak Amir ganti aku" kata Adenan
"Kau gila ke apa?!!" Marah Amir
"Aku tak ada jawapan, dia orang yang ada jawapan tu" kata Luthfi sambil memandang Amir dan Layra
"Mir, aku yakin kau dah tahu pasal Helena. Please Mir kalau kau nak aku merayu melutut dekat kau pun aku sanggup" rayu Adenan
"Andy dia tunang kau, dia sayang kau, dia cintakan kau. Aku yakin kau pun sayang dan cintakan dia. Kalau aku setuju dengan permintaan kau tu aku ni dah macam merampas tunang sahabat aku sendiri" kata Amir

"Kau tak rampas dia dari aku, aku yang amanahkan dia dekat kau. Aku yakin kau seorang yang memegang amanahkan" kata Adenan, Amir diam sambil memandang Layra yang hanya diam tak bersuara seperti bersetuju dengan permintaan gila Adenan
"Kalau kau setuju dengan syarat aku, aku setuju dengan permintaan gila kau tu" kata Amir, Adenan senyum dan angguk
"Sepanjang persiapan sampailah aku akad dan bersanding aku nak kau ada dekat sebelah aku. Aku nak kau sentiasa dengan aku sampai habis semua majlis sebelah aku sekali boleh??" Soal Amir
"InsyaAllah aku cuba" kata Adenan
"Qiesyh setuju??" Soal Luthfi

"Kalau tu permintaan terakhir awak saya setuju" kata Layra walaupun berat tetapi untuk membahagiakan cintanya dia sanggup
"Terima kasih sayang" ucap Adenan, lega hatinya. Sejak dia bertunang dengan Layra itulah yang selalu dia fikirkan, apa yang akan jadi pada Layra jika dia tiada nanti.
"Kalau korang berdua setuju, nanti aku uruskan dengan tok kadi semua" kata Luthfi
"Tapi boleh tak majlis tu dilewatkan ikut tarikh majlis aku, sebab aku nak buat permintaan kau yang lain dulu" kata Amir, Adenan angguk setuju
"Kalau macam tu aku uruskan sekali dengan pelamin dan catering semua la" kata Luthfi, mereka angguk

***

Keesokkan harinya Adenan dibenarkan keluar dari hospital
"Saya cuma boleh bagi awak ubat tahan sakit ni je, ubat yang biasa saya bagi tak boleh berfungsi dah pada awak" kata kata doktor bermain di fikiran Adenan
"Andy!! Jom" ajak Amir, Adenan angguk dan berjalan ke kereta
"Aku dah buat plan untuk ride kita. Esok kita akan gerak pergi Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan, Masjid Sultan Salahuddin, Masjid Zahir dan Last Masjid Kristal" kata Amir
"Seharian??" Soal Adenan

"Tak lah, ikut pada keadaan kau. Kita last dekat Terengganu then terus hiking dekat Chemerong. Aku dah buat kiraan dalam seminggu benda ni lepastu balik KL rehat sehari, then buat seminar kau dan seterusnya permintaan gila kau tu" kata Amir, segala sudah diaturnya untuk memastikan semua permintaan terakhir Adenan dapat di lakukan
"Kita pergi berdua??" Soal Adenan
"Tak kita pergi berlima" kata Amir
"Siapa??" Soal Adenan
"Kita berdua, Qiesyh, Luthfi dan Tyra" kata Amir

"Maksudnya Tyra dah tahu lah pasal aku??" Soal Adenan
"Haah, kau mesti tahu Qiesyh dengan Tyra macam mana. Lagi pun aku rasa waktu sekarang ni lah Qiesyh perlukan sahabat dia" kata Amir, Adenan hanya angguk
"Mir" panggil Adenan, Amir hanya berdehem
"Terima kasih setuju dengan permintaan gila aku tu" ucap Adenan, Amir hanya diam
"Kau jaga, sayang dan didik dia lebih baik dari aku ye" pesan Adenan
"Masa kau tidur malam tadi aku ada bincang something dengan Qiesyh" kata Amir, Adenan diam mendengar

Throwback...
"Qiesyh ikut saya kejap" ajak Amir, Layra hanya ikut Amir keluar dari bilik meninggalkan Adenan dan Luthfi yang nyenyak tidur. Amir terus melangkah ke ruang menunggu
"Saya nak tahu kenapa awak mudah terima permintaan Andy" kata Amir
"Saya tahu selama saya bertunang dengan dia, dia sentiasa risau pasal saya. Apa yang akan jadi pada saya bila dia tak ada nanti, siapa yang akan jaga dan lindungi saya" kata Layra
"Awak yakin ke saya boleh jaga dan lindungi awak??" Soal Amir
"Saya percaya sir Andy buat keputusan yang terbaik untuk saya" kata Layra

"Saya mungkin perlukan masa untuk terima awak sebagai seorang isteri nanti. Saya hanya boleh janji dengan awak, yang saya akan lindungi awak semampu saya tapi untuk sayang awak sebagai seorang isteri mungkin perlukan masa yang lama. Saya cuma boleh sayang awak sebagai seorang murid" jujur Amir. Layra hanya diam
"Selagi kita belum akad awak masih milik Andy. Selagi Andy bernyawa tak perlu jaga perasaan saya. Layan Andy macam biasa awak layan dia. Bermanjalah dengan dia sehingga akhir hayat dia" kata Amir, Layra angguk
End Throwback...

"Amir"
"Andy, aku tak akan dapat terima dia secepat yang kau sangka" Amir memotong kata Adenan
"Tolong, selagi kau bernafas tolong layan dia macam biasa kau layan dia supaya aku tak menyesal bila kau tak ada nanti. Walaupun kau cakap kau serahkan dia pada aku sebagai amanah tapi mustahil untuk aku buang memori kau dengan dia. Aku saksi segalanya Andy, kebahagiaan sahabat aku, mustahil aku mampu hidup bahagia dengan dia dalam masa terdekat ni. Tolong Andy" rayu Amir
"Anggap ni permintaan terakhir aku dekat kau" kata Amir, Adenan diam

*
*
*
*
*

🥺🥺

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now