Amir terus melepaskan pelukkan dan bangun meninggalkan Layra sendiri. Tak lama kemudian Amir tiba membawa kain dan ais
"Awak marah saya?" Soal Layra dengan air mata yang masih mengalir. Amir terus duduk di sebelah Layra dan lap air matanya
"Hey, semua orang buat salah tak akan terlepas" kata Amir
"Tapi awak marahkan??" Soal Layra sambil memegang tangan Amir yang sibuk membalut ais dengan kain
"Kalau saya marah pun saya tak akan tunjuk depan awak" kata Amir sambil melepaskan senyuman dan terus sambung kerjanya. Layra terus memeluk Amir"Dah mari saya tengok leher awak tu" kata Amir dengan senyuman yang tak lekang
"Nanti kita siap siap pergi rumah Mak pula ye" kata Amir, Layra angguk. Selesai bersiap mereka turun bertemu Ahfaz dan Linda sebelum keluar ke rumah keluarga Amir
"Adik ok??" Soal Ahfaz
"Okay abi, tadi abang Amir dah tuamkan sikit" kata Layra
"Abi minta maaf ye Mir" kata Ahfaz
"Dah la abi bukan salah abi pun, ni salah anak abi ni, degil" kata Amir sambil memukul lembut lengan Layra, Layra hanya tersenyum"Amir nak pergi rumah mak ye??" Soal Linda
"Haah ibu, tapi kita orang nak singgah rumah arwah kejap" kata Amir, Linda angguk
"Nah ibu ada masak lebih, bawa bagi dekat mak" kata Linda sambil menyerahkan 2 bekas penuh mee rebus
"Terima kasih ibu" ucap Amir
"Kita orang gerak dulu ye" kata Amir dan mereka bersalaman dengan Ahfaz dan Linda kemudian terus bergerak ke kubur AdenanTiba di kubur, air mata jernih mengalir di pipi Layra dan Amir hanya memeluk Layra dan menahan air matanya dari mengalir
"Assalamualaikum Andy" ucap Amir, mereka membaca tahlil pendek dan membersihkan kawasan kubur Adenan"Andy Alhamdulillah dah setahun 3 bulan aku kahwin dengan Qiesyh dan dah setahun 3 bulan juga kau pergi tinggalkan aku. Pada 9 bulan pertama perkahwinan jenuh juga aku nak terima dia dalam hati aku dan sebagai isteri aku tapi masuk bulan ke 10 aku tekad try and error je aku bagi dia syarat Alhamdulillah dalam tempoh 6 bulan kami slow slow buka hati dan Alhamdulillah kita orang dah boleh terima each other. Terima kasih Andy tetap tinggalkan semangat kau pada aku. Cuma Qiesyh masa aku sambut first anniversary kita orang"
Throwback...
"Awak buat apa ni??" Soal Layra pelik apabila keluar dari bilik meja makan sudah dihias dan sejambak bunga hydrangea kegemarannya terletak kemas di atas meja bersama makanan dan lilin yang dipasang
"Hari ni first anniversary kita jujur saya lupa ni pun mak yang wish petang tadi kalau tak memang saya langsung tak ingat. Sorry" kata Amir, Layra tiba tiba menangis
"Hey kenapa ni?? Awak tak suka?? Awak marah saya lupa ke??" Soal Amir
"Tak, saya minta maaf tiba tiba teringat dekat arwah" kata Layra, Amir tersenyum
End Throwback..."Walaupun kita orang dah boleh terima antara satu sama lain, aku tetap tak akan paksa dia untuk lupakan kau Andy. Tadi dia tengok pintu pagar kubur pun dan berkaca mata dia. Jangan risau aku tak akan pernah cemburu kalau dia puji kau lebih dari aku sebab aku tahu kau cinta pertama dia dan kau juga bagitahu dia betapa indahnya cinta ni. Aku cuma sambung kisah korang je. Tapi Insyaallah selagi mampu dan bernyawa aku akan jaga, didik dan sayang dia seperti mana kau sayang dia dulu, kalau kau minta aku lebih sayang dia dari kau aku tak tahu sebab hanya dia boleh tentukan perbezaan kasih sayang kau dengan aku. Tapi aku rasa aku tak akan mampu lawan kau. Kalau aku dapat lawan kau maksudnya aku lagi power dari kau la" kata Amir dalam hati
Sedang mengemas, Amir mendapat panggilan dari Ahfaz
"Waalaikumsalam ye Abi??"
"Ya Allah! Okay Amir pergi sana sekarang"
"Kenapa awak??" Soal Layra
"Jom kita kena gerak sekarang, nanti saya bagi tahu" kata Amir, Layra hanya akur dan mencapai tangan Amir yang dihulur. Tak lama di dalam kereta, Amir tiba di hospital
"Kita buat apa dekat sini??" Soal Layra selepas Amir parking kereta
"Sayang, sayang tenang dan dengar saya ye" kata Amir lembut sambil memegang erat tangan Layra. Jantung Layra bagai mahu pecah apabila Amir berkata seperti itu"Abang Luthfi dan Layla accident tadi, sekarang dia orang dekat emergency, saya masih tak tahu lagi keadaan dia orang. Kita pergi sana, saya nak sayang tenang okay" pujuk Amir, air mata Layra mengalir. Amir memeluknya erat. Amir memastikan Layra tenang baru keluar dari kereta. Mereka yerus ke emergency, Ahfaz dan Linda terus dipeluk mereka berdua. Doktor keluar dari emergency dan memanggil mereka. Tindakkan serentak, Ahfaz dan Amir menghalang Layra dan Linda dari mengikut mereka mendengar penjelasan doktor
"Kami sedang cuba sedaya upaya, daripada kecederaan Luthfi 50-50 dan Layla pula kurang dari 50, sebab buah pinggang dia dua dua pecah dan tulang rusuk yang patah telah mencederakan perut dan kedua paru parunya. Kami akan memberikan surat untuk waris tanda tangan untuk sebarang kemungkinan" kata doktor, Ahfaz cuba kuat mendengar penjelasan doktor dan Amir tetap berdiri teguh sambil memegang Ahfaz
"Macam mana??" Soal Linda dan Layra
"Luthfi 50-50, Layla kurang dari 50 peratus" kata Amir
"Allah anak ibu!" Linda bagai hilang kewaran tetapi di kawal Ahfaz, Layra pula dipeluk dan di tenangkan Amir. Hampir 10 jam mereka tunggu di hadapan operation room akhirnya doktor Layla keluar. Kali ini hanya Amir yang pergi berjumpa doktor
"Kami minta maaf, kami tak dapat selamatkan Layla. Semasa pembedahan jantungnya terhenti" kata Doktor
"Allahuakbar" ucap Amir perlahan
"Kami minta maaf" kata doktor sambil memegang bahu AmirAmir berjalan mendekati yang lain dan melutut di hadapan Layra. Amir hanya geleng, mereka sudah faham maksud Amir. Ahfaz dan Linda terus berpelukkan dan Layra meletakkan kepalanya di bahu Amir. Tak lama kemudian doktor Luthfi pula keluar. Amir terus bangun berjumpa dengan doktor
*
*
*
*
*🥺😢😭
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-