Tiba di mall, Layla memandang Luthfi dan Layra yang baru keluar dari kereta
"Bukan abang cakap nak bawa Layra jalan jalan ke??" Soal Layla
"Jalan jalan lah ni" kata Luthfi sambil membantu Layra turun dari kereta
"Kejap ye abang nak ambil beg" Kata Luthfi pada Layra dan terus ke bonet mengambil beg
"Kau jangan nak mengada kacau aku dengan Sir Andy atau Sir Amir. Kau buat hal siap kau!" Ugut Layla sambil menolak badan Layra. Layra yang hilang keseimbangan hampir terjatuh tetapi sempat di sambut Amir
"Awak okay??" Soal Amir sambil membantu Layra berdiri dengan betul"Okay, sorry sir" kata Layra. Luthfi sedar kejadian hanya diam tak bersuara
"Okay jom" ajak Luthfi dan mereka terus masuk ke dalam mall.
"Abang nak cari apa??" Soal Layra
"Entah abang nak jalan jalan je" kata Luthfi
"Sir jom tengok wayang" ajak Layla, Adenan angguk melayan Layla
"Sir Amir jom" ajak Layla
"Awak pergi dengan Sir Andy je eh, saya nak cari barang sikit. Sorry" kata Amir
"Ala tak best lah" kata Layla
"Sorry, tak apa awak pergi dengan Sir Andy ye, lain kali kita pergi sama sama pula" kata Amir sambil tersenyum. Selepas bayang Layla hilang bersama Adenan, Amir terus fokus mencari barangnya dan diikuti Layra dan Luthfi"Kau cari apa??" Soal Luthfi, Layra hanya memandang mereka berdua
"Aku sebenarnya dapat sambung belajar dekat Amsterdam" kata Amir
"Serious lah sir?!" Terkejut Layra, Amir hanya angguk dan senyum
"PhD ke??" Soal Luthfi, Amir angguk
"Dengan Andy??" Soal Luthfi lagi
"Eh tak aku je" kata Amir
"Bila sir pergi??" Soal Layra
"Bulan depan" kata Amir
"So sir dah tak ajar dekat SS lah??" Soal Layra, Amir geleng"Berapa tahun??" Soal Luthfi
"Dalam 4 tahun" kata Amir
"Nanti Sir macam abang Luthfi ke??" Soal Layra, Amir yang kurang faham hanya memandang Luthfi
"Aku lepas habis PhD sambung kerja terus dekat sana" kata Luthfi
"Amsterdam juga ke??" Soal Amir
"Tak lah, aku dekat Scotland" kata Luthfi
"Entah lah Qiesyh, tengok keadaan" kata Amir, Layra hanya angguk
"So barang apa yang tak ada lagi??" Soal Luthfi sambil membantu Amir mencari barangnya**********
Adenan hanya melayan segala yang dimahukan Layla. Sementara menunggu movie bermula mereka berjalan jalan sekitar mall. Sedang mereka melilau melihat barang di kedai, mata Adenan tertumpu pada Layra yang sedang makan aiskrim
"Mana abang Luthfi dengan sir Amir??" Soal Adenan
"Sir ni terkejut saya!" Tegas Layra
"Hehehe sorry" kata Adenan
"Tu tengah cari baju sejuk" kata Layra sambil menunjukkan ke arah Amir dan Luthfi di dalam kedai. Adenan terus melangkah mendekati mereka
"Eh bukan kau nak tengok movie ke??" Soal Amir
"Belum start lagi" kata Adenan
"Eh Andy aku lupa nak bagi kau duit, nanti kau claim kat aku eh" kata Luthfi
"Tak payah lah, bukan berjuta pun tiket movie tu" kata Adenan"Lama lagi ke kau nak cari barang??" Soal Adenan
"Entah, asal?? Kau dah penat ke??" Soal Amir
"Tak lah, aku nak ajak tengok movie sekali. Jom lah, barang kau lepas tengok movie kita cari lah. Aku tolong, janji" ajak Adenan
"Cerita apa??" Soal Amir
"Favorite kau, marvel" kata Adenan, Amir yang minat Marvel sejak dari komik terus angguk setuju
"Sama macam Qiesyh, minat Marvel" kata Luthfi
"Dari komik ke??" Soal Amir
"Tak dari cerita Iron Man" kata Luthfi
"Chantik jom!" Ajak Adenan
"Tiket??" Soal Amir
"Jangan risau aku dah belikan" kata Adenan sambil menunjukkan tiket pada Luthfi dan AmirDalam perjalanan ke cinema, Escalators rosak dan mereka hanya memilih untuk naik tangga kerana lift terlalu penuh
"Mari abang dukung" kata Luthfi
"Kalau Layra nak buat sendiri boleh?? Nanti abang balik abi tak larat dukung Layra" kata Layra, Luthfi hanya angguk dan hanya mengikuti langkah Layra di sebelah, Amir di atas, Adenan dan Layla di bawah
"Lambat lah kau ni!!" Marah Layla dan sengaja menolak Layra. Luthfi tak sempat menyambut Layra tetapi sempat disambut Adenan
"Kejap saya tolong awak duduk" kata Adenan dan meletakkan Layra dengan perlahan lahan
"Terima kasih Sir" ucap Layra, Adenan hanya senyum"Mari abang dukung, nanti dekat rumah kita berlatih" kata Luthfi sambil tunduk menunggu Layra naik ke belakangnya. Mereka meneruskan langkah naik ke atas
"Abang diam tak bermakna abang tak kisah dengan tingkah kau!" marah Luthfi semasa berselisih dengan Layla
"Awak okay??" soal Amir, Layra angguk
"Jom nanti lambat" ajak Adenan, Layla tersenyum apabila Adenan masih melayannya
"Layla, saya tak nak awak buat macam tadi lagi ye, tak elok. Walau benci macam mana pun awak pada Qiesyh jangan buat macam tu yang merbahayakan nyawa awak dan dia" nasihat Adenan dengan lembut"Selagi dia bernyawa selagi tu saya tak akan tenang. Dia rampas segalanya, abang, Abi dengan Ibu saya" kata Layla jelas bencinya pada Layra
"Kenapa awak cakap macam tu?? Dia kan adik awak" kata Adenan
"Kita orang bukan kembar atau adik beradik! Dia anak perempuan perampas kebahagiaan abi dengan ibu!" Tegas Layla. Adenan yang tahu kisah sebenar daripada Ahfaz hanya dengar luahan Layla
"Awak dengan Qiesyh cuma lahir dari berbeza ibu tapi satu ayah jadi awak dengan dia adalah adik beradik lah" kata Adenan
"Dia tak akan jadi adik saya atau salah satu ahli keluarga kami!!" Marah LaylaLayra dengar jelas kata kata Layla menahan air mata, Luthfi ke kaunter mengambil popcorn dan air. Amir yang berada bersama Layra bersuara
"Walaupun dia tak mengaku awak adik dia tapi bila awak mempunyai ayah yang sama dengan Layla dan Luthfi bermakna awak adalah keluarga mereka" kata Amir sambil cuba menenangkan Layra
"Kadang kadang saya rasa apa yang Layla cakap tu betul, Ummi rampas kebahagiaan Abi dengan ibu" kata Layra dengan air mata yang bertakung
"Daripada apa yang saya dengar awak cerita dan daripada Abi dan ibu awak cerita adalah benda yang sama. Ajal maut semua ditangan Allah, kita tak ada hak untuk menentukan. Jadi Allah pilih awak untuk berada dalam rahim yang berbeza tetapi awak ada kasih ibu dan ayah yang sama dengan mereka dan awak ada extra satu ibu lagi" pujuk Amir"Saya bukan dikategorikan sebagai orang luar ke??" Soal Layra air matanya mula mengalir
"Tak, awak mesti pernah dengar cerita sir Andy betul??" Soal Amir, Layra angguk
"Awak sama macam dia, tapi kalau nak dibandingkan dengan kisah saya, mungkin saya berada dalam cadangan asal Abi, Ibu dan Ummi awak" kata Amir, Layra memandang tidak faham*
*
*
*
*Apa maksud Amir?? 🤔🤔
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-