31

205 6 1
                                    

"Macam mana saya nak lupakan segalanya??" Soal Layra
"Usaha, sebab saya tak nak awak jadi isteri nusyuz, curang pada suami" kata Adenan, Layra menahan air mata
"Dan kalau ditakdirkan saya pergi dalam masa terdekat ni, saya tak nak awak meratapi saya sampai awak lupa yang awak bakal hidup dengan seorang lelaki yang pasti akan jaga, lindungi dan bahagiakan awak" kata Adenan, akhirnya air mata Layra mengalir
"Mustahil untuk saya lupakan awak dalam sekelip mata" kata Layra
"Betul, kalau saya di tempat awak pun saya tak akan terus boleh lupakan awak tapi tolong bagi ruang pada Amir. Bagi ruang untuk dia bertahta dihati awak dan bagi ruang untuk dia bahagiakan awak. Bagi dia peluang" kata Adenan, Layra hanya diam

"Satu lagi, saya tahu awak susah untuk sayang dia sebagai seorang suami dan Amir pun cakap dia susah untuk sayang awak sebagai seorang isteri tapi tolong hormat dia sebagai seorang suami dan layan dia dengan selayaknya seperti seorang suami. Yang paling penting saya nak awak percayakan dia. Boleh??" Soal Adenan
"Saya akan cuba jadi isteri yang terbaik, bagi peluang pada dia untuk bahagiakan saya dan saya akan bagi ruang untuk dia bertahta dihati" kata Layra
"Terima kasih sayang" ucap Adenan
"Woi!! Lambat habis!!" Kata Luthfi
"Ye kejap!!" kata Adenan
"Lap air mata awak tu, tak comel dah" kata Adenan, Layra lap air mata dan mereka terus tempat makan

Disebabkan Adenan tak larat untuk teruskan perjalanan ke puncak mereka hanya duduk di kem dan bermain sungai
"Aku ada bawa monopoly jom main" ajak Amir sambil menunjukkan monopoly
"Jom!!" Setuju mereka. Sepanjang permainan seperti biasa Adenan dan Amir akan bergaduh. Mereka hanya membiarkan Adenan dan Amir bergaduh dan terus bermain. Puas bermain dan bergaduh mereka sambung mandi sungai. Layra hanya duduk di tepi sambil memberi ikan kecil makan
"Ada ke ikan??" Soal Amir yang sudah kesejukkan
"Ada tapi sir datang dia lari" kata Layra sambil membalut Amir dengan tuala
"Terima kasih" ucap Amir

"Awak percaya ke dengan saya??" Soal Amir
"Maksud sir??" Soal Layra yang tak faham
"Awak percaya ke saya boleh jaga, lindungi dan bahagiakan awak??" Soal Amir
"Percaya" kata Layra
"Kenapa??" Soal Amir
"Sebab saya akan hidup dengan sir sepanjang hayat saya dan saya kena bagi peluang dekat sir" kata Layra. Amir hanya senyum
"Mir sini lah!!" Panggil Luthfi
"Kejap sejuk!!" Kata Amir

"Nah air panas" kata Tyra sambil menghulurkan teh o pada Amir
"Wah! Terima kasih Tyra" ucap Amir
"Saya dah jampi air tu supaya sir jaga kawan baik saya ni elok elok" kata Tyra
"So air ni saya je lah boleh minum tak boleh share??" Soal Amir
"Tak! Sir kena habiskan" kata Tyra
"Baik saya habiskan" kata Amir
"Sikit" minta Adenan

"Tak boleh!! Air aku ni Tyra dah jampi" kata Amir
"Jampi?? Jampi apa??" Soal Adenan pelik
"Jampi supaya sir Amir jaga Qiesyh baik baik" kata Tyra
"Bagus minum sampai habis jangan tinggal setitik pun" kata Adenan
"Nah awak punya tak ada gula" kata Layra
"Thanks" ucap Adenan
"Abang dah lah tu!! Mari minum" ajak Layra, Luthfi terus mendekati mereka

"Mana Layla??" Soal Luthfi
"Entah dia buang tebiat tadi nak masak makan malam" kata Tyra
"Masak?!!!" Terkejut Luthfi
"Haah, tapi Qiesyh ada backup butter rice, kambing bakar dengan ayam bakar" kata Tyra, lega Luthfi. Adenan dan Amir yang tak pernah rasa makanan Layla hanya diam. Selepas solat Maghrib mereka terus berkumpul di tikar untuk makan malam, Layra dan Tyra pula sibuk membakar kambing dan ayam
"Mari saya tolong, korang pergilah makan" kata Adenan
"Betul ke sir??" Soal Tyra, Adenan angguk. Tyra terus ke tikar
"Awak pergilah" kata Adenan apabila Layra tetap di situ

"Tak apa saya tolong awak" kata Layra sambil tersenyum. Layla nampak Layra bersama Adenan terus bangun dan mendekati mereka sambil membawa makanan masakannya
"Nah untuk awak" kata Layla sambil menyerahkan pinggan pada Adenan
"Tak apa awak makan lah, nanti saya makan" kata Adenan
"Awak mana boleh lambat makan nanti awak pengsan" kata Layla
"Saya tak pernah pengsan kalau lambat makan" kata Adenan
"So Layra salahlah, dia tak kenal awak. Sebab dia yang bagitahu saya" tipu Layla
"Bila masa?? Aku tak pernah bagitahu kau apa apa pun pasal sir Andy" kata Layra
"Diam!!!" Marah Layla

"Nah saya suapkan" kata Layla
"Tak apa, saya boleh makan sendiri" kata Adenan
"Layra suap awak boleh!!" Marah Layla
"Sir Andy tak nak tak payahlah paksa" kata Layra. Layla hilang sabar terus merampas penyepit yang panas dan kepit tangan Layra
"Aarrhh!!" Jerit Layra kesakitan, Adenan terus menolak Layla
"Kenapa ni?!!" Soal Luthfi, Adenan hanya diam dan mengambil air sungai dan rendam tangan Layra. Amir tiba dengan ais pek
"Nah pakai ni" kata Amir sambil menyerahkan pada Adenan. Adenan terus mengambil dan tuamkan di tangan Layra. Luthfi betul betul hilang sabar terus menarik Layla jauh dari mereka

"Abang tak sesabar abi tau!! Jangan sampai abang pukul Layla!!!" Marah Luthfi
"Luthfi!" Tegur Amir sambil geleng apabila Luthfi memandangnya
"Dengar ni!! Jangan dekat dengan Layra faham!!" Tegas Luthfi. Selepas makan malam dan solat Isyak mereka rehat. Tyra, Layra dan Layla sudah masuk ke khemah hanya tinggal Adenan, Amir dan Luthfi di luar
"Mir ada benda yang aku nak bagitahu ni" kata Luthfi, Amir hanya memandang
"Lepas kau nikah dengan Layra nanti, kau kena"
"Pindah luar dari Malaysia betul" Amir memotong kata Luthfi
"Mana kau tahu??" Soal Luthfi pelik

"Adenan pernah cerita dekat aku syarat yang kau bagi lepas nikah dengan Qiesyh" kata Amir
"Kau okay ke??" Soal Luthfi
"Kalau kau tak cakap pun aku akan bawa dia keluar dari Malaysia. Aku kan belum habis lagi" kata Amir
"Lupa pulak aku" kata Luthfi sambil tersenyum
"Aku nak gi toilet jap" kata Adenan
"Aku pun nak gi gak" kata Amir sambil mengikut Adenan
"Aku masuk khemah dulu tau!!" Kata Luthfi, mereka hanya angguk dan terus ke tandas. Selesai Adenan membuang hajatnya dia menunggu Amir di luar. Tiba tiba Layla datang dan menariknya ke belakang tandas

"Apa ni lepas lah!!" Marah Adenan sambil merentap tangannya. Amir keluar dari tandas marah apabila Adenan tidak menunggunya
"Kurang asam punya kawan, dia tinggalkan aku!!" Marah Amir dalam hati. Amir terus jalan ke khemah
"Saya sayang sir please" rayu Layla, Amir mendengar suara di belakang tandas memberhentikan langkah dan berjalan ke belakang tandas lalu mencari suara itu
"Tak payah kalau tujuan awak untuk buat Qiesyh cemburu" kata Adenan
"Andy!!" Sengaja Amir memanggil Adenan
"Abang!!" Jerit Layla

*
*
*
*
*

Minah ni kan!! Tak malu betul jilat ludah sendiri 🤬🤬

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now