27

162 6 0
                                    

"Anggap ni permintaan terakhir aku dekat kau" kata Amir
"Tapi waktu ni lah masa untuk kau kenal dengan dia Mir" kata Adenan
"Aku boleh kenal dia lepas nikah. Aku tak nak rosakkan moment terakhir korang" kata Amir, Adenan diam
"Please Andy" rayu Amir, akhirnya Adenan angguk
"Thanks" ucap Amir

Amir memandu terus ke butik pengantin untuk menguruskan baju nikah dan baju sanding sebelum menunaikan permintaan Adenan
"Sampai pun korang" kata Luthfi yang sudah hampir sejam menunggu
"Lama ke kau sampai??" Soal Amir
"Sejam juga lah" kata Luthfi
"Qiesyh mana??" Soal Adenan
"Tengah try baju" kata Luthfi
"Encik Andy, ni baju" kata pekerja butik sambil menghulurkan baju pada Adenan. Adenan mengambil baju dan serahkan pada Amir

"Kena try juga ke?? Badan aku kan lebih kurang kau" kata Amir
"Memanglah lebih kurang tapi sekurang kurangnya kalau kecik boleh besarkan" kata Adenan
"Kau nak cakap aku gemuk lah ni?!" Marah Amir
"Mana tahu makanan dekat sana sedap" sakat Luthfi, Amir menjeling
"Dah pergi try" arah Adenan, Amir akur dan terus masuk ke bilik persalinan
"Abang??" Panggil Layra tanpa memandang Luthfi

"Eh awak dah sampai" teruja Layra, Adenan hanya senyum
"Cantik tak awak??" Soal Layra sambil berpusing di hadapan Adenan
"Awak mana pernah tak cantik" puji Adenan, merah muka Layra menahan malu
"Ni baju nikah eh??" Soal Adenan, Layra angguk
"Awak ada minta akak tu tambah manik kan?? Dekat mana??" Soal Adenan
"Dekat lengan ni, tapi macam over lah pula" kata Layra
"Tak adalah okay je, cantik" kata Adenan

"Andy apasal badan kau ni besar??" Soal Amir sambil melangkah keluar dari bilik persalinan
"Tak lah aku memang saja besarkan sikit" kata Adenan
"Aku rasakan apa kata kau pakai baju yang sama juga" kata Amir
"Dah kenapa aku nak kena pakai baju sama?! Korang yang nak nikah" kata Adenan
"Tak kira aku nak kau pakai baju sama dengan aku" kata Amir
"Nanti tetamu confuse mana satu pengantin" kata Adenan

"Lantak lah, aku tak kira kalau tak aku tak nak ikut permintaan kau" ugut Amir
"Ye lah, ye lah" akur Adenan
"Okay, akak ukur saya lepastu akak buat baju sama design baju baju ni" kata Amir
"Jap baju nikah dengan baju bersanding je lah sebab bertandang baju sut biasa je aku pakai apa yang ada pun boleh. Lepastu baju bersanding tu baju songket agak agaklah aku nak pakai baju songket juga. Aku pakai baju warna sama sudah la" kata Adenan
"Okay kalau macam tu tapi kena warna sama juga" kata Amir, Adenan angguk setuju.

"Andy baju nikah tu aku rasa kau sesuai pakai baju warna cream" kata Amir
"Aku buruk lah baju warna cream ingat tak aku punya baju raya warna cream 3 tahun lepas dah macam pakai baju tak basuh tau tak" kata Adenan
"Okay lah sama dengan aku baru lah macam kembar" kata Amir, Adenan angguk. Selepas mengukur badan Amir, Amir dan Layra masuk semula ke bilik persalinan untuk menukar baju

"Kau okay ke dengan permintaan aku ni??" Soal Adenan
"Pagi tadi aku ada bagitahu ibu dengan abi pasal permintaan kau ni, lama juga dia orang fikir nak setuju. Tapi bila aku cakap aku percaya dengan pilihan kau, abi dengan ibu setuju" kata Luthfi
"Betul ke kau percaya Amir??" Soal Adenan
"Tipu lah kalau aku cakap aku percaya dia sepenuhnya. Tapi bila Layra bagitahu aku yang dia yakin dengan keputusan kau ni aku mula lega sikit sebab aku tahu betapa sayangnya kau dekat adik aku tu mustahil kau akan serahkan adik aku pada sebarang orang" kata Luthfi

"Nanti kau bagitahu dia ye pasal apa yang dia kena buat lepas nikah nanti" kata Adenan
"Kau tak cakap lagi ke??" Soal Luthfi, Adenan hanya geleng. Selepas selesai hal di butik pengantin mereka ke wedding planner pula untuk menukar tarikh dan tempat untuk majlis bertandang.
"Nah" Layra menyuapkan roti pada Adenan
"Awak tahu je kan bila waktu saya sepatutnya makan" kata Adenan
"Mesti lah, nanti balik rumah abi baru saya masak ye" kata Layra, Adenan angguk

"Esok korang gerak pukul berapa??" Soal Luthfi
"Sebelum subuh sebab nak solat subuh dekat Masjid Putra" kata Amir
"Nanti kau bagilah jadual perjalanan dia" kata Luthfi, Amir menunjukkan thumbs up

***

Keesokkan harinya bermulalah perjalanan mereka. Selepas solat subuh di Masjid Putra, Putrajaya dan mendengar tazkirah subuh mereka terus ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya selepas solat sunat tahyatul masjid mereka ke kedai berdekatan untuk sarapan
"For you" Layra menghulurkan nasi lemak pada Adenan
"Terima kasih" ucap Adenan

"Nah roti untuk kau" tiba tiba Amir muncul dengan satu plastik roti gardenia
"Banyaknya" terkejut Adenan
"Buat lapik perut, nanti lepas pergi Masjid Sultan Salahuddin tu kita terus ke Kedah. Sampai Kedah baru makan takut perut kau kosong pula" kata Amir
"Thanks" ucap Adenan. Selesai sarapan mereka teruskan perjalanan ke Shah Alam

Perjalanan yang sudah dirancang Amir berjalan dengan lancar. Mereka berehat di Kedah sebelum teruskan perjalanan esoknya ke Terengganu. Selepas solat Zohor di Masjid Zahir mereka terus ke hotel untuk berehat.

"Bila kau tahu sir Andy sakit??" Soal Tyra selepas baring di katil empuk
"Sebelum aku tunang dengan dia" kata Layra
"Lepastu kau diam je tak bagitahu aku!!" Marah Tyra
"Dia cakap tujuan dia rahsiakan penyakit dia supaya student dia tak hilang semangat dan bagitahu aku supaya aku fikir betul betul dengan keputusan aku" kata Layra
"Dari awal aku kenal Sir Andy ni dia sangat berahsia tak pernah sekali pun dia masuk kelas dengan muka masam mencuka" kata Tyra yang sudah menjadi pelajar di SS hampir 6 tahun

"Sir Andy tak pernah tunjukkan yang dia tak larat atau penat dalam kelas walaupun seharian dia mengajar dan belajar. Sentiasa senyum je dalam kelas kita orang pun happy je" kata Tyra air matanya mula bertakung
"Aku sayang dia sebagai guru je pun dah boleh meraung macam ni, kalau kau aku tak tahulah apa rasanya" kata Tyra, Layra juga mula mengalirkan air mata. Tiba tiba pintu diketuk, Layra dan Tyra cepat cepat lap air mata dan membuka pintu
"Dah solat Isyak??" Soal Luthfi, Layra geleng
"Solat cepat lepastu siap nak keluar dinner" kata Luthfi, Layra angguk dan menutup pintu tetapi ditahan Luthfi
"Adik menangis lagi eh??" Soal Luthfi, Layra hanya diam
"Jangan keluar dalam keadaan macam ni, kesian Andy nanti" kata Luthfi, Layra angguk

*
*
*
*
*

Guru tak akan tunjuk penatnya supaya anak muridnya dapat belajar 😢😢

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now