"Assalamualaikum" ucap Layra apabila tiba di rumah Ahfaz
"Waalaikumsalam" balas mereka yang duduk di ruang tamu
"Bertuah betul! Kenapa nak balik tak bagitahu! Ibu tak masak apa apa pun" marah Linda
"Kita orang tak plan pun" kata Layra sambil bersalaman dengan mereka
"Mir kenapa dengan tangan kau tu?" Soal Luthfi
"Tak ada apa pun" kata Amir
"Sampai bersimen tu teruk la tu" kata Ahfaz
"Semalam kita orang settlekan hal dengan Helena. Alhamdulillah semua dah settle" kata Amir
"Alhamdulillah" serentak mereka"Ni ibu masak kejap, tidur sini kan?" Soal Linda
"Haah, adik tolong ibu" kata Layra sambil mengikut Linda ke dapur
"Tangan kau tu kenapa?" Soal Luthfi lagi
"Jari aku retak mungkin masa bergelut semalam kot" kata Amir tenang
"Helenanya dekat mana?" Soal Ahfaz
"Lokap abi, tak tahulah apa cerita dia" kata Amir
"Biarlah dia, apa pun alhamdulillah Amir selamat" kata Ahfaz
"Mir bila kau start kerja?" Soal Luthfi
"2 minggu lagi insyaallah" kata Amir
"Amir pindah sini terus ke?" Soal Ahfaz. Mereka leka bersembang sehingga Linda memanggil mereka untuk makan malam bersama"Nah Amir tak pernah tengok ni kan" kata Ahfaz sambil menyerahkan album lama Layra
"Abi!! Aib adik tu!!" Marah Layra dan terus berlari mahu mencapai album dari tangan Amir. Walaupun hanya satu tangan Amir mampu memeluk pinggang Layra dan menariknya ke riba
"Mari tengok sama sama" kata Amir
"Janganlah habib!" Layra usaha menutup gambarnya tetapi tangan Amir cukup kuat memegang erat tangan Layra
"Tengok muka kena marah" ejek Amir
"Tu dia kena marah dengan abang sebab rosakkan buku sekolah abang" kata Linda
"Ibu jangan la bagitahu!" Marah Layra
"Comelnya" puji Amir melihat gambar Layra yang cantik memakai dress. Puas bersembang dan bergurau mereka naik ke bilik untuk berehat"Meh sini" Amir menarik tangan Layra dan baring di dadanya. Amir melepaskan ciuman lembut di dahi Layra, lama
"Sayang nak jalan jalan tak sebelum habib start kerja? Kita honeymoon" soal Amir
"Habib nak pergi mana?" Soal Layra sambil bermain dengan cuping telinga Amir
"Entah sayang rasa? Habib cuma fikir Langkawi ke, Pangkor ke, ke sayang nak pergi sabah atau sarawak?" Soal Amir
"Sayang tak pernah pergi sabah sarawak macam best" kata Layra
"Kalau macam tu seminggu sabah, seminggu lagi sarawak nak?" Soal Amir
"Tak nak la, kita pilih salah satu. Lepastu baki seminggu kita boleh get ready untuk habib start kerja. Nanti tak la habib penat" kata Layra
"Ok boleh" setuju Amir. Layra terus bangun dan mencapai Ipad Amir
"Nak buat apa?" Soal Amir
"Cari tempat best" kata Layra, Amir terus duduk dan sandar di kepala katil. Kemudian Layra pula sandar di badan Amir"Ok sayang, habib dah book. Nanti nak jalan jalan mana?" Soal Amir, tiada jawapan dari Layra
"Sayang?" Panggil Amir, kepala Layra terlentok apabila disentuh Amir
"Ya Allah isteri aku, tidur rupanya" kata Amir, melepaskan ciuman dan membaringkan Layra perlahan. Selepas Amir baring, Layra terus berpusing dan memeluk Amir
"Manja betul isteri aku ni" kata Amir sambil memeluk Layra kembali***
Tiba harinya, awal pagi mereka sudah bergerak ke KLIA. Luthfi yang menghantar mereka
"Nanti aku nak anak buah tau" bisik Luthfi di telinga Amir, Amir senyum sinis dan angguk
"Kenapa korang ni?" Soal Layra yang baru tiba dari kedai serbaneka
"Tak de apa" kata Luthfi sambil memeluk bahu Amir, Layra pelik melihat mereka
"Jom la nanti lambat pula" kata Amir sambil mencapai tangan Layra
"Nanti apa apa call je" kata Luthfi, mereka angguk
"Mir jangan lupa pesan aku" kata Luthfi, Amir angguk dan senyum
"Pesan apa?" Soal Layra
"Tak ada apa apa, jom. Kita orang gerak dulu" kata Amir dan terus berjalan ke pintu belepasTiba di Semporna, mereka terus ke resort
"Habib pilih tempat ni ke?" Soal Layra
"Haah, kita stay sini 3 hari, mandi laut. Nanti 2 hari stay Kundasang dan 2 hari lagi kita stay Kota Kinabalu" kata Amir sambil tersenyum dan memeluk pinggang Layra.
"Tapi habib mahal kan?" Soal Layra
"Ni first time kita honeymoon betul betul" kata Amir
"Membazir lah, kita kan dah janji nak simpan duit" kata Layra
"Untuk kesayangan habib ni tak ada membazir" kata Amir sambil mencuit hidung Layra. Layra menolak badan Amir lembut
"Sayang enjoy je ok" kata Amir, Layra memeluk Amir dan angguk***
Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang mereka, tiba hari terakhir mereka di Sabah
"Sayang" panggil Amir, Layra yang baru lepas mandi terus mancari susuk badan Amir
"Habib? Mana habib?" Panggil Layra, tiba tiba Amir masuk ke dalam daripada balkoni
"Come" Amir menarik lembut tangan Layra
"Surprise!" Layra terpegun melihat meja yang dihias cantik dengan ros dan sejambak bunga hydrangea kegemarannya. Tanpa Layra sedar air matanya mula mengalir, Amir berjalan mendekati Layra dan memeluknya erat
"Kenapa ni? Sayang tak suka?" Soal Amir, lembut sambil merangkul pinggang Layra. Tiba tiba Layra memeluk erat Amir"Terima kasih habib" ucap Layra dalam pelukkan
"Anything for you dear, jom makan" ajak Amir sambil menarik kerusi untuknya. Layra tak lekang senyuman di bibirnya begitu juga Amir, bahagia. Selepas makan, Amir bangun dan mengambil sesuatu dari beg galasnya
"Untuk sayang" kata Amir sambil meletakkan satu kotak di hadapan Layra
"Apa ni?" Soal Layra
"Bukak la" kata Amir yang masih berdiri di sebelah Layra. Perlahan lahan Layra membuka
"Rantai?" Tersenyum Layra
"Rantai ni special" kata Amir sambil membuka loket pada rantai, gambar Adenan dan Amir bersama"Dua lelaki ni akan tetap ada dengan sayang" kata Amir, Layra terus memeluk Amir yang berdiri
"Habib dengan Andy akan sentiasa ada dengan sayang sampai bila bila" kata Amir sambil melepaskan ciuman di kepala Layra. Amir mencapai rantai dan memakaikan pada Layra
"Tengok habib" pinta Amir, Layra mengangkat kepalanya memandang wajah Amir
"Cantik" puji Amir, Layra berdiri dan terus mencium Amir. Amir hanya senyum dan membiarkan Layra memeluknya
"Jom kemas barang banyak barang tu, entah muat tak beg kita" ajak Amir, merosakkan suasana. Layra hanya memandang*
*
*
*
*Kenapa baik sangat Amir ni 😭😭
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-