"Kalau nak dibandingkan dengan kisah saya, mungkin saya berada dalam cadangan asal Abi, Ibu dan Ummi awak" kata Amir, Layra memandang tidak faham
"Saya macam awak, cuma bezanya ibu kepada abang saya meninggal sebelum saya dilahirkan" kata Amir, Layra yang makin tak faham hanya menggelengkan kepala. Amir tersenyum
"Bonda arwah ibu tiri saya waktu tu breast cancer last stage. Tak silap saya waktu tu abang saya 3 tahun dan bonda meninggal selepas 2 bulan ayah saya nikah dengan mak saya dan saya lahir selepas 3 tahun perkahwinan mak dengan ayah saya" cerita Amir"Abang sir??" Soal Layra sambil lap air matanya selepas diberi tisu oleh Amir
"Abang saya awal awal je tak suka perkahwinan mak dengan ayah saya tapi lepas saya lahir dia okay sebab dapat geng" kata Amir sambil tersenyum
"Kisah saya, awak dan Sir Andy lebih kurang sama cuma situasi sekarang berbeza. Sir Andy dibenci mak tiri disayangi kakak, awak disayangi abang, abi dan ibu tapi dibenci kakak. Rezeki saya family terima. Tapi situasi kita bila cerita dekat orang mesti rasa kita lagi teruk atau dia lagi teruk sebenarnya andai kita berada di situasi yang sama macam dia mungkin kita tak mampu sebab Allah tetapkan situasi tu dia je boleh lalui dan bukan kita" terang Amir panjang lebar"So saya yakin awak boleh lalui benda ni" sambung Amir dan melepaskan senyuman
"Kenapa ni Layra??" Soal Luthfi baru tiba bersama air dan popcorn
"Tak ada apa, Layra dah okay" kata Layra sambil tersenyum, Luthfi hanya senyum walaupun tak memahami apa apa
"Andy jom masuk" ajak Luthfi, Adenan dan Layla mengikut di belakang. Tiba dalam panggung Layra duduk diantara Amir dan Luthfi dan Layla duduk diantara Amir dan Adenan. Layra dan Amir yang sangat meminati film dari Marvel terus fokus pada skrin. Adenan pula kurang meminati film berunsurkan keganasan dia hanya diam tak memahami jalan ceritaSelepas 2 jam berada dalam panggung akhirnya mereka keluar. Layra dan Amir rancak bersembang tetapi tidak pada Adenan dia hanya menggosok mata kerana baru bangun dari tidur. Layla pula bersembang dengan Adenan tetapi Adenan tidak fokus dengan keadaan sekeliling lagi
"Sir dengar tak??" Soal Layla selepas sedar Adenan tak bersuara
"Sorry apa dia??" Soal Adenan sambil mengusap matanya yang masih kabur
"Saya cakap cerita tadi best, kan??" Kata Layla
"Best tidur Andy??" Soal Luthfi
"Best! Dengan sejuknya" kata Adenan, Layla geram terus berjalan meninggalkan yang lain"Pergi mana tu??" Soal Amir
"Entah, tadi dia ada soal aku apa entah" kata Adenan dan terus mengejar Layla
"Layla! Sorry saya memang kalau layan cerita macam tu saya akan tidur. Sorry saya blur tadi, awak tanya apa??" Pujuk Adenan
"Tak ada apa la, tak penting pun" kata Layla
"Sorry ye" kata Adenan, tiba tiba Layra tersalah langkah dan hampir jatuh tetapi sempat disambut Adenan. Amir terus mendapatkan Layra
"Sorry saya tak perasan" kata Amir
"Apa kau buat Mir??" Soal Adenan
"Dia tersadung kaki aku" kata Amir
"Asal ni??" Soal Luthfi yang baru keluar dari tandas"Qiesyh tersadung kaki aku" kata Amir
"Ouh, ni kau nak cari barang ke nak makan dulu??" Soal Luthfi sambil memapah Layra
"Makan lah" kata Amir
"Makan dekat mana??" Soal Luthfi
"Kita makan korea jom" ajak Layla
"Layra kan tak makan"
"Saya tak makan" serentak Luthfi dan Adenan
"Kita makan sushi lah macam tu, Qiesyh makan tak??" Soal Amir, Qiesyh angguk
"Andy??" Soal Luthfi
"Favourite dia" kata Amir
"Sama lah macam Layra, hari hari makan tu pun tak apa" kata Luthfi, Layra hanya senyum. Kesabaran Layla betul betul di hujung tandukSelepas makan mereka terpisah, Adenan bersama Layla dan Amir, Layra dan Luthfi bersama menemani Amir mencari barangnya
"Ni kau kena ada, dekat sana kalau sejuk sampai ke tulang rasa" kata Luthfi sambil menunjukkan kearah baju sejuk
"Aku ada beli tapi nipis sikit" kata Amir
"Kalau kau tahan sejuk boleh je, aku tak tahan" kata Luthfi, Layra yang tak larat berdiri hanya duduk di kerusi yang tersedia sambil makan aiskrim yang dibeli Luthfi
"Qiesyh mana cantik?? Yang ni atau ni" Soal Amir sambil menunjukkan baju kearah Layra"Tu" serentak Layra dan Adenan di belakang
"Eh kau bukan teman Layla ke??" Soal Amir
"Dia pergi toilet depan tu" kata Adenan
"Mana tadi Qiesyh??" Soal Amir
"Hitam putih hijau tu" kata Layra
"Dah siap ke barang kau" soal Adenan sambil mengambil tempat di sebalah Layra
"Tinggal sikit je yang barang penting semua dah siap" kata Amir**********
Tahun baru tiba, tahun ini juga adalah tahun terakhir Layra dan Layla bersekolah dan akan menduduki peperiksaan SPM. Minggu pertama mula bersekolah, Amir ke SS untuk mengajar kali terakhir dan berjumpa dengan anak muridnya
"Hari ini hari terkahir Sir berada di depan kamu semua dan berada di Malaysia" kata Amir pada anak muridnya
"Kenapa sir?!"
"Sir pergi mana?!"
"Sir pindah mana?!"
"Sir tak nak ajar kami dah ke?!" Soal anak muridnya bertubi tubi. Ada yang sudah mengalirkan air mata, semua tak tentu arah, hanya Layra yang tenang
"Relax semua, bagi sir explain kejap ye" pinta Amir lembut
"Sir akan ke Amsterdam minggu hadapan, jadi akan ada tutor baru yang akan gantikan sir" kata Amir sambil menahan air mata
"Kenapa sir tak ajar sampai minggu depan?? Boleh kita buat farewell party" kata salah seorang pelajar Amir
"Betul tu sir" setuju semua pelajarnya"Jangan lah risau InsyaAllah bila Sir balik Malaysia Sir wajib akan singgah SS ni atau kita boleh set tarikh keluar lepak ke" pujuk Amir, kebanyakkan pelajarnya sudah mengalirkan air mata termasuk Layra
"Okay class sian parents korang tunggu, cik pali pun tunggu juga tu. Tq semua untuk perjalanan yang sangat indah ni" kata Amir. Selepas memgambil gambar bersama, semua pelajar lelaki memeluk Amir beramai ramai dan pelajar perempuan hanya melambai Amir. Amir menghantar pelajarnya semua ke pintu keluar dan kemudian terus masuk ke kelas. Tiba tiba bahu Amir disentuh
"Kau okay??" Soal Adenan
"Tak!!!" Amir meninggikan suara dan terus memeluk Adenan dan menangis semahunya
"Nanti sambung dekat rumah, aku nak hantar Qiesyh balik ni" kata Adenan. Baru Adenan mahu melangkah keluar Layra tiba tiba masuk dan mendekati Amir dan Adenan
"Sorry jom saya hantar awak" kata Adenan"Sebelum tu Sir saya nak cakap something boleh??" Pinta Layra dengan tergetar getar suaranya
"Kenapa ni?? Awak jatuh ke" Soal Adenan sambil melihat Layra dari atas ke bawah, Layra geleng
"Dah tu apa dia??" Soal Adenan
"Jom kahwin"*
*
*
*
*😳😳
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
![](https://img.wattpad.com/cover/276906369-288-k246173.jpg)
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-