7

224 6 1
                                    

Tiba di Terengganu Adenan berhenti di tepi jalan, Layra yang terlelap semasa dalam perjalanan terbangun sedar Adenan sudah tiada di sebelahnya. Mata Layra tertumpu pada seorang lelaki yang sedang memeluk seorang perempuan di depan kereta. Layra memberanikan diri keluar dari kereta

"Eh awak dah bangun, sorry saya jumpa buah hati saya kejap rindu" kata Adenan sambil memeluk perempuan di sebelahnya
"Awak Qieysh kan??" Soal perempuan itu, Layra hanya angguk
"Saya Adeera kakak Adenan" kata perempuan itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Layra dengan senyuman menyambut salam Adeera
"Dah pergilah gerak nanti yang lain tunggu, makanan yang kakak bagi tu jangan lupa makan" pesan Adeera
"Baik kak, nanti balik adik jumpa kakak lagi eh" kata Adenan, Adeera angguk

"Jumpa mak ye nanti dik" kata Adeera sambil mengusap muka Adenan
"Tak janji" kata Adenan, terus bersalaman dan memeluk Adeera. Mereka teruskan perjalanan ke Chemerong. Tiba di Chemerong yang lain sedang menunggu mereka
"Kakak kau sihat??" Soal Amir, Adenan angguk
"Bila kau nak balik jumpa mak kau??" Soal Aman, Layra yang sedang mengangkat barang terdengar perbualan mereka
"Kenapa korang still suruh aku balik??" Soal Adenan
"Banyak kali kita orang cakap, suka atau tak dia tetap mak kau dia besarkan kau" kata Amir

"Kakak aku yang besarkan aku dia tak keluarkan apa apa tenaga pun yang dia keluarkan kemarahan tenaga untuk pukul aku tu je lah" kata Adenan
"Kau tak ada pilihan dia mak kau" kata Aman
"Dia bukan mak kandung aku" kata Adenan
"Andy apa pun yang kau rasa, yang keluar dari mulut kau, kau tetap tak boleh ubah fakta. Ye dia bukan mak kandung kau tapi dia still mak tiri kau" kata Shazil, Adenan hanya diam
"Kau tak akan nak tunjuk contoh buruk dekat student kau" kata Amir. Kali ini Adenan betul betul diam mengaku kebenaran yang dikatakan Amir.

Selepas sarapan bersama, membuat renggangan dan membaca doa mereka memulakan hiking bersama. Sepanjang perjalanan tiada apa masalah sehingga mereka tiba di check point pertama
"Andy okay tak??" Soal Amir, Adenan angguk
"Kenapa sir asik tanya sir Andy dia okay tak?? Sir sakit ke??" Soal Layra
"Tak lah, saya senang sesak nafas kalau penat" kata Adenan sambil tersenyum
"Sir asthma ke??" Soal Layra
"Lebih kurang lah" kata Adenan

Selepas mereka berehat, mereka teruskan perjalanan ke kem perkhemahan. Tiba di kem perkhemahan Adenan terus mendirikan khemah, Adenan meletakkan Khemah Layra ditengah tengah antara khemahnya dan khemah Qie.
"Andy aku dengan Qie nak pergi cari kayu jap" kata Asyraf, Andenan hanya angguk
"Kau tinggal dengan Qiesyh berdua je tau dekat sini tau" kata Qie
"Yang lain mana??" Soal Adenan
"Dekat sungai" kata Qie, Adenan angguk

Selepas bayang Asyraf dan Qie hilang Adenan teruskan menyediakan bahan masakkan.
"Aarhh!!!" Jeritan Layra memecah kesunyian, Adenan terus berlari mencari Layra
"Qiesyh!!" Terkejut Adenan melihat Layra sudah terduduk di tanah
"Kenapa??" Soal Adenan
"Tu!!" Layra menunjukkan kearah ular di celah akar pokok, Adenan tak berani mendekati ular tersebut hanya menarik Layra jauh dari ular.

Amir yang dari sungai bersama yang lain berlari selepas mendengar jaritan Layra
"Kenapa ni??" Soal Amir
"Ada ular sebelah khemah Qiesyh" kata Adenan sambil menenangkan Layra. Amir terus berjalan ke khemah Layra dan mengalihkannya jauh dari pokok tersebut. Shazil pula baru tiba bersama ranger hutan. Malam pun tiba, mereka duduk dalam bulatan dan api ditengah tengah

"Esok pukul 3 pagi semua dah bangun ye kita kemas kemas lepastu sambung naik sampai puncak. Then kita stay dekat puncak sampai asar lepastu kita turun balik dekat sini. Pagi esoknya dalam pukul 9 ke 10 kita kemas kemas balik KL" kata Shazil menerangkan aktiviti mereka
"Ash datang tu bila??" Soal Asyraf
"On the way dia cakap Layla ada sekali" Kata Shazil, Layra dan Adenan memandang sesama mereka
"Qiesyh stay dengan Adenan ye malam ni" kata Shazil, Adenan terus mengubah pandangan kepada Shazil

"Tak kan dia tidur sekali dengan saya dalam khemah sir?!" Soal Adenan
"Pakai khemah sir ada dua bahagian" kata Shazil
"Dah tu sir nak tidur mana??" Soal Adenan
"Saya pakai khemah awak lah, awak dengan Amir boleh sekali dalam khemah tu" kata Shazil
"So nanti Layla dalam khemah saya lah??" Soal Layra, Shazil angguk. Adenan, Amir dan Layra hanya memandang satu sama lain.

"Assalamualaikum" ucap Ash yang baru tiba bersama Layla dan Tyra
"Waalaikumsalam" balas mereka serentak
"Tyra!" Terkejut Layra melihat sahabatnya ada bersama mereka
"Layra!" Tyra terus memeluk Layra
"Amacam malam malam hiking best??" Soal Fauriz
"Best gak lah seram sejuk" kata Ash
"Layla awak tidur dekat khemah Qiesyh ye" kata Shazil, Layla angguk dan terus meletakkan barang dalam khemah
"Saya sir??" Soal Ash
"Dengan Yan" kata Shazil, Ash angguk
"Qiesyh, Tyra mari makan" ajak Shazil, Layla menyahut dan terus duduk di antara Layra dan Adenan

"Hi sir" ucap Layla
"Hi, okay tak??" Soal Adenan
"Okay tapi penat, sakit kaki" kata Layla
"Ala sikit je tu nanti hilang lah" kata Adenan
"Qiesyh nah awak nak ni tadi kan" kata Amir sambil menghulurkan ayam bakar
"Terima kasih sir" ucap Layla sambil merampas dari tangan Amir, Amir terdiam melihat tindakkan Layla. Layra hanya tersenyum pada Amir
"Kau ni!!" Geram Tyra
"Eh tak payah marah marah. Nanti aku ambil sendiri" kata Layra lembut
"Mari share dengan saya" kata Amir sambil menghadap Layra dan Tyra. Adenan baru tiba selepas mengambil air

"Mana ayam aku??" Soal Adenan
"Aku bagi Layla" kata Amir
"Mari sir kita share" ajak Layla
"Tak apa awak makan lah saya makan dah tadi masa masak" kata Adenan
"Nah cuba rasa ni sedap" kata Amir sambil menyuapkan pada Adenan
"Aku masak sedap lah" kata Adenan
"Bukan Qiesyh ke??" Soal Yan
"Haah, aku rasa kau tukang makan je" kata Asyraf
"Ala tolong jugak kan tu" kata Adenan. Layla memandang tak puas hati melihat semua staff SS melayan Layra dengan baik

Selepas makan, mereka duduk bersembang sambil Amir dan Iman bermain ukulele 
"Susah tak sir??" Soal Layra. Belum sempat Amir menjawab pertanyaan Layra, Layla tiba tiba duduk di antara mereka
"Sir ajar saya main boleh??" Soal Layla, Amir hanya angguk tak bersuara
"Seboh lah kau ni!" Geram Tyra
"Qiesyh nak lagu apa??" Soal Iman menarik perhatian Layra, Layra tersenyum mendengar soalan Iman
"Apa apa pun boleh ke abang??" Soal Layra
"Abang cuba" kata Iman
"Lagu monokrom boleh??" Soal Layra
"Tulus??" Soal Iman, Layra angguk. Iman terus mula bermain

Adenan yang berada bertentangan dengan Layra hanya memandang dan tersenyum melihat Layra gembira.
"Aarrhh!!"

*
*
*
*
*

Kenapa tu 🫣🫣

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now