Tiba di Malaysia, Luthfi sudah menunggu mereka
"Hadiah?" Soal Luthfi
"Tak ada! Adik belikan untuk ibu abi dengan mentua je" kata Layra, Luthfi menjeling
"Kau buat tak yg aku suruh tu?" Soal Luthfi
"Buat apa?" Layra menyampuk
"Hal lelaki jangan sibuk" kata Luthfi sambil memeluk bahu Amir, mereka berdua berjalan ke kereta dengan Layra hanya mengikut di belakang.***
4 bulan berlalu, Amir sudah mula berkerja dan Layra tetap di rumah menjadi suri rumah sepenuh masa dengan ditemani Mak Ani, Farhan dan Izani
"Abang cuba rasa" pinta Layra pada Farhan dan Izani yang setia menemaninya di dapur
"Apa ni?" Soal Izani
"Sotong masak kucai campur lengkuas" kata Layra, Farhan dan Amir memandang antara satu sama lain
"Sedap?" Soal Layra selepas mereka menyuap sedikit. Mereka hanya senyum
"Tak sedap eh?" Soal Layra
"Masin" jawab mereka serentak. Tiba tiba Amir muncul dan mencapai sudu dari tangan Izani
"Sedap je" puji Amir
"Tipu" kata Layra, Amir mengusap kepala Layra
"Tak apa, Habib makan. Nak nasi" pinta Amir
"Uuuu!! Sawitnya" sakat Izani dan FarhanMalam tu, selepas Amir membersihkan diri dia terus duduk di hadapan Layra yang sudah sedia memegang tuala untuk mengeringkan rambut Amir
"How's your work? Okay?" Soal Layra
"Same as usual. Tak ada apa apa special pun" kata Amir sambil bermain dengan rambut Layra
"Siap" kata Layra dan terus bangun untuk menyidai tuala yang digunanya
"Habib sayang ada something untuk habib" kata Layra, Amir hanya memerhatikan langkah Layra sambil membawa satu kotak
"Hari ni ada hari special ke? Habib lupa" kata Amir
"Tak ada, sayang saja je nak bagi hadiah. Asik habib je yang bagi hadiah" kata Layra, Amir tersenyum dan mencapai kotak yang dihulur Layra. Satu stick terletak kemas di dalam kotak"Sumpah la sayang?" Soal Amir, Layra hanya angguk
"Ya Allah!" Amir terus bangun, memgambil wuduk dan sujud syukur
"Alhamdulillah" ucap Amir berkali kali sambil mengusap perut Layra
"Tapi sayang tak confirm lagi dengan doktor, just buat pregnancy test tu je" kata Layra sambil memegang tangan Amir yang berada di perunya
"Tak apa, esok kita pergi sama sama" kata Amir teruja.Berita Layra mengandung 3 bulan tersebar selepas mendapat kepastian dari doktor. Keluarga Amir dan Layra tak henti menyoal tentang kesihatan Layra dan baby, apa yang Layra mengidam semua disoal. Ahfaz setiap hari melayan apa saja keinginan anaknya begitu juga Amir. Selepas kerja, Amir tak pernah balik dengan tangan kosong pasti akan membawa sesuatu. Dalam tempoh mengandung, Layra lebih suka duduk di dapur memasak, membuat kuih dan sebagainya. Farhan dan Izani la menjadi mangsa merasa makanan yang dimasak Layra dan Amir adalah tukang menghabiskan. Mak Ani pula menjadi assistant di dapur. Mereka bertiga menemani Layra di mana sahaja Layra ada kerana Layra sangat lasak, risau apa apa terjadi jika biarkan Layra sendirian
***
7 bulan berlalu, tibalah hari yang dinantikan mereka. Amir menemani Layra di labour room, tanpa henti Amir mencium Layra dan memberi semangat padanya. 2 jam di dalam labour, lahirlah permata yang dinantikan mereka
"Assalamualaikum baby" ucap mereka apabila bayi dibawa masuk ke bilik
"Assalamualaikum semua" ucap Amir sambil menolak satu lagi troli bayi
"Astafirullah!!" Terkejut mereka. Amir dan Layra tidak memberitahu tentang Layra mengandungkan kembar. Linda dan Adibah mengalirkan air mata sambil mendukung perlahan cucu mereka
"Sebijik muka Amir" kata Linda
"Dah ada nama ke?" Soal Ahfaz, Amir anggukTHROWBACK....
"Qiesyh" panggil Adenan, Layra hanya berdehem dan memandang Adenan
"Kalau ada rezeki kita ada anak nanti, awak nak nama dia apa?" Soal Adenan
"Yang pasti dia orang kena ada Wan" kata Layra
"Tu memang lah, wajib" kata Adenan
"Nama anak? Saya ikut awak sebab isteri wajib ikut suami kan" kata Layra
"Hmm, kalau lelaki saya nak letak nama dia Laaiq Amir kalau perempuan Laaiqa Amira" kata Adenan
"Kenapa ada Amir?" Soal Layra sambil merenung Adenan, Adenan hanya senyum.
"Sayang betul awak dengan sir Amir ye, sampai anak kita pun kena ada nama dia" kata Layra sambil tersenyum lebar
"Ye la Amir kan jadi favourite person dia orang nanti" kata Adenan, Layra hanya senyum
END THROWBACK..."Muhammad Laaiq Adenan dan Nur Laaiqa Adena" kata Amir sambil memegang tangan Layra erat
"Sedap nama" puji Kamarul***
"Habib, ambikkan Aiq punya pempers" pinta Layra, Amir akur dan mencapai pempers
"Aiqa mana?" Soal Amir
"Dekat Izani" kata LayraTanpa sedar 6 bulan berlalu, Aiq dan Aiqa sudah pandai bersembang walaupun masih belum dapat difahami. Layra tetap sama, masih sayang pada dua lelaki dalam masa yang sama. Amir menjadi suami yang sangat memahami, tak pernah langsung cemburu apabila Layra teringat pada Adenan, malah Amir sentiasa membawa Layra ke kubur apabila Layra mengadu rindu pada Arwah. Luthfi, masih berkerja di Scotland dan bersama isterinya.
"Dah siap?" Soal Amir, Layra angguk
"Jom, nanti lambat pula" ajak Amir sambil mengambil Laaiqa daripada Izani
"Korang jaga rumah ye, makanan Qiesyh dah masakkan. Nanti korang panaskan je ye. Mak Ani tak ada tau" kata Layra
"Baik, pandai pandai la kita orang nanti" kata Izani
"Happy dating day" ucap Farhan, Amir dan Layra hanya senyum. Mereka terus ke destinasi pertama"Assalamualaikum Andy" ucap Amir dan Layra
"Kenalkan ni anak aku, Laaiq Adenan dan Laaiqa Adena. Alhamdulillah dia orang sihat, dan 6 bulan dah" kata Amir, Layra hanya senyum dengan air mata yang mengalir. Selepas membaca doa, mereka mula bergerak ke destinasi seterusnya
"Kita buat apa dekat sini?" Soal Layra
"Happy anniversary yang ke 2 sayang" ucap Amir, Layra memandang Amir
"Ingatkan Habib lupa" kata Layra
"Gila lupa" kata Amir dan mula mencapai tangan Layra dan mengusapnya lembut
"Tahun lepas kita sambut berdua, tahun ni kita sambut berempat. Insyaallah tahun depan berenam pulak" kata Amir
"Kenapa enam?" Soal Layra pelik"Aiq dengan Aiqa nak adik kembar kan?" Soal Amir pada anaknya, Layra terus mencubit tangan Amir
"Yang! Sakit!" Erang Amir sambil tersenyum
"Insyaallah, habib janji selagi habib bernyawa. Habib akan pastikan sayang hidup bahagia, anak anak hidup bahagia. Habib akan didik anak anak kita sayang dia orang sepenuh hati" kata Amir. Amir terus berdiri dan berjalan mendekati Layra dan melutut di sebelahnya
"Habib tak pernah buat proper, walaupun dan lewat 2 tahun habib nak buat juga" kata Amir dan mengeluarkan kotak cincin dari poketnya
"Aqiesyh Layra binti Ahfaz sudikah awak hidup dengan saya selama lamanya dengan si kembar tercinta dan kembar kembar akan datang?" Soal Amir, Layra memukul lembut Amir dan anggukAmir menyarung cincin di tangan Layra dan kemudian memeluknya erat
"Terima kasih habib" ucap Layra
"I love you isteriku" bisik Amir
"I love you too suamiku" bisik Layra juga*
*
*
*
*TAMAT...
*
*
*
*
*
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-