12

195 7 3
                                    

"Jom ikut saya ke kecemasan" ajak doktor, Adenan hanya akur dan menolak Layra ke kecemasan
"Bila jatuh??" Soal doktor sambil membuka balutan kaki Layra
"Tengah hari semalam" kata Adenan
"Kenapa baru bawa ke hospital??" Soal doktor
"Dia jatuh masa hiking" kata Adenan
"Kita x-ray dulu ye" kata doktor, Adenan dan Layra angguk. Selepas x-ray doktor menunjukkan keputusan pada mereka
"Kaki awak ni retak, so kita simen ye" kata doktor
"Semalam kawan saya tengok dia terseliuh je" kata Adenan

"Mungkin masa kawan awak ingat terseliuh tu sebenarnya dah retak cuma tak teruk. Selepas dapat tahu terseliuh tu still berjalan macam biasa ke??" Soal doktor
"Sekejap je lepas saya dukung dia" kata Adenan
"Ada terhentak yang kuat??" Soal doktor
"Saya tak pasti tapi masa kita orang nak turun ke kem balik, tongkat yang kawan saya buatkan patah" kata Adenan
"Mungkin masa tu dia terhentak, tak apa awak tunggu dekat depan nanti saya datang" kata doktor, Adenan angguk dan menolak Layra. Hampir 2 jam mereka membuat rawatan dan menunggu akhirnya selesai

"Layla macam mana??" Soal Adenan
"Doktor cakap tak ada apa apa pun terseliuh pun tak ada, otot dia okay tulang pun okay" kata Ash
"Alhamdulillah" kata Adenan
"Qiesyh macam mana??" Soal Ash
"Kena simen, Alhamdulillah tak patah retak je kalau tak kena masuk besi" Kata Adenan
"Tahniah Qiesyh cantik kaki" sakat Ash, Layra hanya memandang geram Ash
"Kita orang pergi kereta dulu lah" kata Ash
"Hah okay, aku nak ambik ubat Qiesyh dulu. Kalau nak gerak dulu, geraklah" kata Adenan
"Okay" kata Ash

"Abang Ash Layla nak ikut sir Andy boleh??" Soal Layla, Ash hanya diam
"Abang Ash!" Panggil Layla
"Bukan tak boleh abang diamanahkan papa untuk hantar Layla balik so abang kena pastikan abang hantar Layla ke rumah" kata Ash
"Sama je kalau Layla ikut sir Andy pun Layla akan balik rumah juga" kata Layla
"Ye betul tapi abang sendiri yang kena hantar buakn orang lain walaupun orang tu abang kenal" kata Ash
"Abang tak percaya sir Andy lah??" Soal Layla
"Percaya tapi abang tak nak ambil risiko" kata Ash dan terus berjalan ke kereta sambil menolak Layla

"Ni makan bila sakit sahaja ye" kata doktor di farmasi, Adenan angguk
"Terima kasih" ucap Adenan, doktor hanya senyum
"Jom kita cari farmasi pula" kata Adenan sambil manolak Layra ke kereta
"Buat apa??" Soal Layra
"Cari something untuk awak" kata Adenan sambil tersenyum, Layra hanya diam pelik
"Okay sampai, kejap saya tolong" kata Adenan dan membantu Layra yang struggle untuk naik ke kereta
"Pegang bahu saya" kata Adenan, Layra memegang bahu Adenan dan Adenan terus mendukung Layra naik ke kereta

"Sorry" kata Layra
"Kenapa pula awak nak sorry, salah kereta ni yang tinggi sangat" kata Adenan, Layra hanya tergelak. Adenan mengetuk tingkap kereta Ash
"Korang terus balik eh, aku nak singgah farmasi jap. Nak cari barang untuk Qiesyh" kata Adenan
"Okay" kata Ash
"Sir nak ikut Sir boleh??" Soal Layla
"Awak balik ikut abang Ash ye, nanti papa tahu sian abang Ash kena marah nanti" kata Adenan lembut sambil tersenyum
"Bawak kereta elok elok! Ingat terus ke rumah jangan singgah mana mana" pesan Adenan
"Baik!" Kata Ash dan terus memandu meninggalkan Adenan dan Layra

"Kita pergi farmasi buat apa??" Soal Layra selepas Adenan masuk ke kereta
"Cari aircast" kata Adenan
"Aircast tu apa??" Soal Layra pelik
"Kaki robot" kata Adenan sambil tersenyum, Layra hanya diam tak faham. Perjalanan dari hospital ke farmasi tak terlalu jauh, Adenan meninggalka Layra sendirian di kereta dan keluar ke farmasi. Tak lama kemudian Adenan tiba dengan satu kotak yang agak besar dan tongkat. Layra hanya memerhati langkah Adenan mendekatinya dan membuka pintu
"Ni ke aircraf tu??" Soal Layra, Adenan terus melepaskan tawanya
"Qiesyh aircraf tu kapal terbang, ni aircast" terang Adenan selepas puas mengetawakan Layra

"Ouh, sorry" kata Layra sambil tersenyum malu
"Mari saya pakaikan" kata Adenan sambil tunduk memakaikan aircast pada Layra
"Tahniah untuk kaki robot" kata Adenan sambil tersenyum, Layra juga melepaskan senyuman
"Jom balik" kata Adenan, kemudian menutup pintu dan pusing ke bahagian pemandu. Hampir sejam perjalanan Layra bersuara
"Sir Andy, saya minta maaf ye" kata Layra
"Kenapa tiba tiba?? Awak ada buat salah ke??" Soal Adenan lembut
"Saya menyusahkan sir sepanjang saya dengan sir" kata Layra dengan suara kecewa

"Tak adalah, saya yang tak jaga awak dengan elok. Ni pengalaman untuk saya dan awak so tak payah nak minta maaf sangat. Okay" kata Adenan dengan suara yang sangat tenang dan lembut
"Thans sir untuk perjalanan yang best ni dan untuk kaki robot" kata Layra
"No problem, nanti saya akan bawa awak ke hospital untuk setiap appointment ye" kata Adenan
"Tak apa nanti saya pergi dengan abi pun boleh" kata Layra
"Tak apalah saya kena bertanggungjawab sampai kaki robot awak tu hilang" kata Adenan, Layra hanya senyum

Dalam perjalanan Adenan singgah ke McDonald
"Sir lapar ke??" Soal Layra
"Haah, awak nak apa??" Soal Adenan
"Tak apalah sir" kata Layra, malu
"Tak payah nak malu, saya susah tau nak belanja student" kata Adenan
"Bukan last day haritu sir ada belanja kita orang ke??" Kata Layra, Adenan hanya senyum terkantoi
"Cepatlah" kata Adenan
"Saya nak nugget je lah" kata Layra
"Okay"

Selepaas selesai makan dalam kereta, Adenan sambung perjaalanan ke rumah Layra. Akhirnya mereka tiba di rumah Lara sebelum isyak. Adenan membantu Layra masuk ke rumah. Ahfaz dan Linda yang berdiri di depan pintu terus mendapatkan Layra selepas nampak kaki Layra berbalut
"Teruk ke Adenan??" Soal Ahfaz
"Abi tahu??" Soal Layra
"Sir Shazil call abi tengah hari tadi" kata Ahfaz
"Minta maaf ye bang, Adenan tak dapat jaga Qiesyh dengan baik" kata Adenan
"Tak apalah, benda nak jadi abang dengan akak yakin Adenan dah jaga Layra dengan baik tapi Layra ni yang tak hati hati, ikut kepala sendiri je" kata Linda

"Tahu tahu je ibu ni" kata Laayra sambil meletakkan kepala di bahu Linda
"Dari hujung rambut ke hujung kaki ibu kenal anak ibu ni" kata Linda sambil mencubit hidung Layra
"Kejap Adenan ambil barang Qiesyh" kata Adenan dan balik ke kereta mengambil barang Layra. Selepas Adenan meletakkan barang dia meminta diri
"Adenan gera dulu ye bang, akak" kata Adenan
"Masuk minum dulu" kata Ahfaz, tiba tiba seorang lelaki mendukung Layra dari belakang

*
*
*
*
*

Siapa tu?? 🤔🤔

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now