"Tak apa saya bukak" kata Amir dan terus ke pintu dan membukanya
"Awak, siapa tu??" Soal Layra sambil berjalan ke arah Amir. Layra terdiam melihat wajah Helena yang terpacak di hadapan rumah
"Kau buat apa dekat sini??" Soal Amir, tanpa mengajak Helena masuk
"I cari you" kata Helena
"Buat apa?? Mana tunang kesayangan kau tu??" Soal Amir
"Dia ceraikan I bulan lepas" kata Helena
"Dah tu datang sini buat apa?? Nak simpati??" Soal Amir
"You je I ada" kata Helena
"Mak ayah kau ada lagi kan, Duit banyak datang jumpa aku buat apa?? baik kau pakai duit tu bawak dia orang jalan jalan ke beli jiwa dia orang. Kau datang sini pun apa aku boleh buat??" Kata Amir"Kahwin dengan I please!" Rayu Helena
"Hahahaha!! Kau gila ke apa!!" Pecah tawa Amir
"I sanggup jadi isteri kedua you" kata Helena
"Cuba kau letak diri kau dekat tempat isteri aku. Tiba tiba Ex tunang suami kau datang nak kahwin dengan suami kau. Apa perasaan kau" kata Amir yang masih cuba tenang
"I terima" kata Helena
"Hahaha!! Sah kau gila!! Eh kau dengar sini! Aku tak akan curang dengan isteri aku macam kau buat dekat aku sebab aku tahu sakitnya kena tipu dengan orang yang kau sayang. Dah kau balik lah! Tak payah sebok dekat sini" kata Amir dan terus menutup pintu dan memeluk Layra
"Dah lupakan, lupakan" kata Amir sambil mengusap wajah Layra berulang kali, Layra terus memegang tangan Amir
"Saya okay, saya percaya awak" kata Layra, kemudian terus menarik Amir kembali ke dapur.Malam tiba, mereka duduk di ruang tamu menonton movie sambil makan kek yang dibuat
"Awak kita dah kahwin 9 bulan kan??" Soal Amir, Layra angguk
"Apa pandangan awak pada saya sepanjang 9 bulan ni??" Soal Amir
"Awak sempurna" kata Layra, Amir tak sangka dengan jawapan Layra
"Awak sangat sempurna pada saya, awak berjaya buat saya bahagia sama seperti saya dengan arwah malah lebih bahagia. Awak lindungi saya seperti arwah malah lebih. Awak berjaya tunaikan amanah arwah" kata Layra, tiba tiba air mata Amir mengalir. Layra terus lap air mata Amir dan memeluknya
"Terima kasih awak" ucap Amir***
Seperti hari biasa, Layra akan menghantar Amir di pintu setiap pagi
"Saya minta maaf ye" ucap Amir sambil menghulurkan tangan untuk disalam Layra
"Saya maafkan awak dan saya minta maaf juga" kata Layra selepas mencium tangan Amir
"Saya mungkin tak balik lunch, so kita dinner lah" kata Amir
"Okay, awak nak makan apa??" Soal Layra
"Lama tak makan asam pedas ayam dengan daging masak merah" kata Amir
"Menurut perintah Tuanku" kata Layra, Amir tersenyum dan mengusap pipi Layra dan terus berjalan ke liftHari Amir berjalan seperti biasa. Selepas mengajar, Amir terus berjalan ke officenya
"Mir, kau tahu kes Talita??" Soal Rafi apabila nampak wajah Amir di muka pintu
"Tak, apasal?? Dia kacau korang pulak ke??" Soal Amir
"Semalam dia kena tahan kes pecah masuk" kata Rafi
"Rumah siapa??" Soal Amir
"Dengar cerita dia mabuk lepastu main masuk je rumah orang tu" kata Rafi
"Siap bawak pisau tak silap aku" tambah Rafa
"Tak akan bawak pisau" terkejut Amir"Orang cakap dia panggil Qiesyh dengan kau masa tu" kata Saif, Amir terdiam
"Sekarang dia macam mana??" Soal Amir
"Tu aku tak tahu, tapi last kita orang tahu dia kena jatuh hukuman" kata Rafa
"University pun dah buang dia" kata Rafi
"Sejauh mana benda ni kita orang tak tahu. Kita orang tahu pun dari student" kata Saif
"Kalau student tipu kita orang, kita orang tipu kau lah" kata Rafi. Amir hanya diam, bersyukur dalam masa yang sama kesian dengan Talita. Talita pelajar yang baik dan pencapaiannya juga bagus tetapi sejak kebelakangan ini keputusan dia merosot dan kelas juga tidak hadir.Tiba waktu balik, Amir memandang pasangan yang sedang bercinta di kiri dan kanannya. Tiba tiba mata Amir tertumpu pada satu kedai bunga. Selama ini dia hanya lalu tak pernah singgah tetapi kali ini dia ingin membuat kejutan pada Layra. Selepas membeli bunga dia mendail nombor Luthfi
"Assalamualaikum" ucap Amir
"Waalaikumsalam, apa mimpi call aku ni??" Soal Luthfi
"Kau sibuk ke?? Kalau sibuk tak apalah" kata Amir
"Tak lah, aku baru sampai rumah ni. Kenapa??" Soal Luthfi
"Aku ingat nak balik Malaysia lah" kata Amir
"Balik lah, apasal bagitahu aku" kata Luthfi"Kau cakap kalau nak balik bagitahu kau" kata Amir, pelik
"Ouh, tu dulu. Sekarang ni kau buat keputusan kau dengan Layra sendiri" kata Luthfi
"Kenapa??" Soal Amir yang masih belum faham
"Dulu aku suruh kau bagitahu aku sebab aku takut kau masih belum mampu lindungi adik aku. Tapi lepas apa yang Qiesyh cerita semua benda yang jadi dekat sana, aku yakin kau dah mampu jaga adik aku dengan baik. So buatlah keputusan kau sendiri untuk keluarga kau" kata Luthfi
"Qiesyh cerita dekat kau??" Soal Amir
"Haah, ala jangan risaulah. Layra tak pernah cerita benda buruk pasal kau. Semua yang baik je, dia puji je memanjang" kata Luthfi, Amir tersenyum sendiri"Ni bila kau nak balik??" Soal Luthfi
"Tak tahu lagi, aku ingat nak surprise Qiesyh dengan mak ayah kita" kata Amir
"Aku join lah, tapi ikut time aku lah. Boleh??" Soal Luthfi
"Boleh je, aku pun lusa last paper then habis dah aku punya PhD ni" kata Amir
"Kerja kau??" Soal Luthfi
"Tu aku stop kejap, nanti aku fikir nak sambung duduk sini ke tak" kata Amir
"Okaylah kalau macam tu, nanti apa apa aku bagitahu kau. Wey aku nak bagi makan kucing aku ni. Nanti apa apa aku call or message kau je" kata Luthfi. Selepas memberi salam, panggilan dimatikanAmir teruskan perjalanannya balik ke rumah. Tiba di depan rumah hati Amir mula tak sedap apabila melihat di depan rumahnya bersepah dan pintu terbuka luas. Amir terus berlari ke dalam rumah
"Qiesyh!! Qiesyh!!!" Panggil Amir*
*
*
*
*😱😱
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
![](https://img.wattpad.com/cover/276906369-288-k246173.jpg)
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-