"Jadi siapa dalang sebenarnya??" Soal Azman
"Kereta tu asalnya milik Encik Amir betul??" Soal Naim, Amir angguk
"Ada sesiapa yang tak puas hati dengan Encik??" Soal Naim, Amir diam berfikir
"Helena" tiba tiba Layra bersuara
"Siapa Helena??" Soal Naim
"Bekas tunang saya, tapi kali terakhir saya tahu dia dekat Amsterdam" kata Amir
"Boleh jadi dia balik sini??" Soal Naim"Itu saya tak pasti, tapi setahu saya dia cuma ada duit untuk ke sana, balik ke Malaysia saya tak pasti" kata Amir
"Encik Amir tahu tak apa tujuan dia pergi Amsterdam??" Soal Naim
"Kacau kami" kata Layra, Amir hanya angguk. Naim memandang mereka perlukan penjelasan lebih lanjut
"Dia tiba tiba datang rumah saya dan ajak saya kahwin. Kemudian dia pernah pecah masuk rumah saya dan cuba untuk membahayakan isteri saya" kata Amir"Ada buat report dekat sana??" Soal Naim
"Kami bersetuju tak buat report sebab Helena ada mak ayah yang sakit dan seorang adik yang masih belajar" kata Amir
"Encik Amir ada nama penuh atau apa apa data yang boleh jadi rujukan kami??" Soal Naim, Amir angguk
"Nama penuh dia Helena Mohd Aril umur 29" kata Amir"Selain dari itu, ada gambar??" Soal Naim
"Saya tak pasti masih simpan atau tak sekejap saya periksa" kata Amir sambil membuka phonenya
"Ada, ni surat permohonan nikah kami" kata Amir, Layra menjeling Amir
"Okay ini sangat membantu, nanti apa apa kami akan beritahu. Kami minta diri dulu" kata Naim, Amir angguk dan bersalaman lalu mereka pergi.Hilang Naim bersama pasukannya dari pandangan, Layra terus mencubit Amir
"Auch!! Yang sakitlah!! Kenapa ni?!" Soal Amir
"Siapa suruh simpan lagi" kata Arfan yang lain melepaskan tawa
"Buat apa dekat sini pergilah pujuk!" Arah Azman apabila melihat Layra naik ke bilik, Amir terus berlari ke bilik
"Sayang??" Panggil Amir selepas masuk ke bilik, tubuh Layra yang sedang berdiri di balkoni dipeluk dari belakang
"Sayang~" Panggil Amir, Layra mencubit lengan Amir yang memeluk pinggangnya"Sayang, sumpah Habib tak ingat nak delete surat tu. Surat tu dari pdf yang Habib hantar dekat kawan dia kerja pejabat agama" kata Amir, Layra terus merenung Amir
"Eh bukan baru baru ni, masa Habib tak tahu Habib kena tipu tu" kata Amir, Layra terus mengalihkan pandangan semula. Amir memegang bahu Layra dan memusingkan badan Layra perlahan menghadapnya
"Sayang, dia sejarah Habib yang depan mata Habib ni masa depan Habib kebahagiaan Habib, Habib tak akan menduakan sayang walau apa pun kekurangan sayang. Habib pernah janji dengan sayang kan, Habib perlukan keistimewaan dan kekurangan sayang untuk Habib terus mencintai sayang. Please tak nak merajuk si cantik, si comel Habib ni" pujuk Amir, Layra senyum"Last chance!! Delete semua benda pasal dia!!" Tegas Layra
"Now Habib buat!" Kata Amir sambil mengambil phonenya dan delete segala benda yang berkaitan dengan Helena
"Done! Tinggal kekasih hati Habib je dalam ni" kata Amir, Layra senyum
"Sayang, esok Habib ingat nak settlekan beberapa hal. Sayang nak ikut Habib atau sayang nak duduk rumah??" Soal Amir sambil memgusap wajah Layra
"Sayang duduk rumah lah, teman abang" kata Layra, Amir anggukKeesokkan harinya, awal pagi Amir sudah keluar dari rumah tanpa mengambil sarapan dan terus berjumpa dengan Aman
"Assalamualaikum" ucap Amir
"Waalaikumsalam, amacam Malaysia okay??" Sakat Aman
"Aku asal sini" kata Amir sambil menjeling Aman, Aman tertawa kecil
"Kenapa kau nak jumpa aku??" Soal Amir
"Aik! Nak jumpa kawan sendiri pun tak boleh ke??" Soal Aman
"Tak la, bukan ke hari macam ni kau sibuk dekat SS" kata Amir
"Aku ambik cuti, nak settlekan hal ni" kata Aman sambil menyerahkan surat pada Amir. Amir mencapai dan membaca setiap bait perkataan"Siapa punya surat ni??" Soal Amir walaupun tertulis nama di surat itu
"Arwah" jawab Aman
"Sejak bila arwah ada adik??" Soal Amir
"Aku pun tak tahu, haritu ada sorang lelaki jumpa aku cakap dia pembantu peguam arwah dan nak jumpa kita lepastu dia bagi surat ni dekat aku" kata Aman
"So kau ajak aku jumpa ni sebab nak jumpa peguam ni la??" Soal Amir, Aman angguk. Amir hanya diam dan akur untuk berjumpa dengan peguam Andy. Selepas sarapan mereka terus ke pejabat peguam"Ye Encik boleh saya bantu??" Soal penjaga kaunter dengan senyuman
"Saya nak jumpa dengan En. Bukhari. Dia ada??" Soal Aman
"En. Bukhari ada, encik ada buat appointment??" Soal Penjaga kaunter, belum sempat Aman menjawab seseorang menegur mereka dari belakang
"Encik Aman dan Amir betul??" Amir dan Aman terus memandang belakang
"Saya Bukhari" kata Bukhari, mereka memperkenalkan diri dan terus mengikut Bukhari ke pejabatnya"Saya diberi amanah untuk membaca wasiat arwah pada awak berdua dengan adik arwah" kata Bukhari
"Maaf, setahu saya arwah tak ada adik. Dia anak bongsu" kata Amir
"Assalamualaikum" ucap seorang lelaki
"Waalaikumsalam, Encik Adeeb silakan masuk" ajak Bukhari
"Ni encik Amir dan Aman kawan baik Encik Adenan" kata Bukhari, mereka bersalaman
"Sorry, korang mesti confuse tiba tiba arwah ada adik. Saya bukan adik kandung, saya cuma adik angkat arwah. Wan Adeeb" kata Adeeb"Wan??" Soal Aman
"Kebetulan nama saya pun ada Wan lepastu lebih kurang nama arwah" kata Adeeb, tak lekang senyuman sama seperti Andy
"Boleh saya baca wasiat sekarang??" Soal Bukhari
"Kejap, kakak dan mak arwah tak perlu dengar ke wasiat ni??" Soal Amir
"Pada wasiat ini hanya ada nama Khalish Amir, Aman dan Wan Adeeb sahaja" kata Bukhari, Amir hanya angguk dan Bukhari terus membacakan wasiat"Assalamualaikum sahabat dan adik tersayang, wasiat yang aku buat ni memang aku minta untuk dibaca selepas setahun aku pergi. Aku minta maaf sebab tak pernah kenalkan adik angkat aku pada korang. Aku tak adalah harta banyak sangat tapi aku harap apa yang aku tinggalkan ni mampulah untuk bantu korang, kakak dan mak aku. Aku memang tak nak mak atau kakak aku dengar wasiat ni sebab aku serahkan semuanya pada Aman dan Amir untuk uruskan" baca Bukhari
"Ini adalah surat yang arwah minta saya baca sebelum mula membacakan pembahagian harta arwah" kata Bukhari, mereka hanya fokus mendengar"Encik Wan Adenan bin Wan Abdul Rahman meninggalkan harta sebanyak RM 2 juta. 3 tanah kebun bernilai RM500,000 tidak termasuk hasilnya, 3 banglow di Terengganu dan Kuala Lumpur bernilai 1.5 juta dan perniagaan arwah yang mempunyai keuntungan bulanan RM 30 juta" kata Bukhari
*
*
*
*
*🥺😢😭
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-