"Assalamualaikum" ucap Amir
"Waalaikumsalam, pengantin baru dah sampai" kata Adibah jelas teruja di wajahnya, mata Layra tertumpu pada pelamin yang masih cantik dihias
"Pelamin tu tak cabut lagi ke mak??" Kata Amir selepas bersalaman dengan semua
"Orang butik cakap hari ni baru nak datang cabut" kata Adibah
"Kenapa Qiesyh berdiri situ?? Masuk sini" ajak Adibah, Layra melangkah mendekati Adibah dan yang lain
"Saya tak sempat nak kenalkan awak dengan family saya. Ni mak, Adibah. Ayah, Kamarul Azman. Abang, Khalid Arfan. Isteri dia, Nadhirah. Si comel tu anak buah kita Waffle" gurau Amir
"Waffle??" Soal Layra pelik
"Waffle tu Amir je yang panggil, nama dia Waffie" kata Arfan, Layra angguk faham
"Dalam rumah ni semua family Qiesyh, jangan malu malu ye" kata Azman, Layra angguk dan melepaskan senyuman
"Pergilah naik rehat, nanti makanan dah siap mak panggil" kata Adibah
"Kalau macam tu Adik bawa Qiesyh naik dulu ye" kata Amir, Adibah angguk"Silakan masuk" ajak Amir sambil membukakan pintu biliknya
"Wah!! Banyaknya komik marvel!!" Teruja Layra, Amir tersenyum
"Sir kumpul ke semua ni??" Soal Layra
"Haah, Kalau awak nak baca ambil je mana mana yang awak suka" kata Amir
"Betul ke??" Soal Layra, Amir angguk dan senyum. Amir sibuk mengemas beg untuk balik ke Amsterdam, Layra pula sibuk membaca komik. Layra tiba tiba rasa bersalah kerana tidak menolong Amir mengemas
"Mari saya tolong" kata Layra
"Eh tak apa, awak rehat je saya boleh buat sendiri" kata Amir sambil mencapai bajunya dari tangan Layra"Saya kan isteri ni semua kerja saya" kata Layra dan mencapai semula baju dari Amir
"Kalau ikut Islam, tugas isteri hanya melayan suami dan melahirkan anak. Ni semua kerja saya. Jadi awak pergi duduk sana" kata Amir dan menolak lembut Layra ke meja belajar Amir. Amir meneruskan mengemas baju. Tak lama selepas Amir menolak Layra, Layra kembali mendekati Amir dan mencapai baju
"Kan saya dah cakap" kata Amir
"Saya tolong je, rasa tak best lah bila Sir buat sorang sorang" kata Layra, Amir hanya senyum dan membiarkan Layra membantunya. Leka mereka mengemas tiba tiba suara Arfan memanggil dari bawah
"Ye bang!" Nyahut Amir
"Mari makan" ajak Arfan
"Okay coming" kata Amir dan memanggil Layra turun untuk makanKeluarga Amir sangat meriah walaupun hanya Amir dan Arfan berdua beradik dan seorang anak buah tetapi rumah itu tetap berseri
"Mir kau balik ahad ni kan?" Soal Arfan
"Haah, kenapa?" Soal Amir sambil bermain dengan Waffie
"Barang barang dah pindahkan?" Soal Azman
"Seif, Rafa dengan Rafi dah tolong pindahkan, lagipun rumah depan je" kata Amir
"Baguslah kalau macam tu, kelas start bila?" Soal Adibah
"Adik belum dapat jadual lagi, tapi Qiesyh start sebulan lepas kita orang balik sana" kata Amir, Layra memandang Amir penuh persoalan. Amir sedar dia ditenung tetapi hanya membiarkanWaktu malam tiba, semasa Amir lap rambut dia tersedar Layra berdiri disebelahnya
"Kenapa??" Soal Amir lembut
"Nak tanya boleh??" Pinta Layra
"Pasal study awak dekat Amsterdam??" Soal Amir, Layra angguk perlahan
"Saya nak awak tetap berlajar, saya tak nak perkahwinan ni menjadi penghalang awak capai cita cita awak" kata Amir sambil menyikat rambutnya
"Tapi saya mana pandai speking" kata Layra
"Saya boleh tolong awak, lagi pun kalau awak tak ada aktiviti dekat sana takut awak bosan pula, saya biasanya setiap hari ada kelas. Keluar pagi balik petang, kadang kadang malam" kata Amir"Saya duduk je lah rumah" kata Layra
"Seminggu dua sangguplah awak, sebulan, setahun. Mampu??" Soal Amir, Layra hanya diam
"Insyaallah awak akan okay dekat sana, lagipun kita satu university jadi mudah apa apa masalah" kata Amir, Layra hanya angguk dalam kerisauan
"Dah tak payah nak fikir sangat, saya nak turun bawah" kata Amir, Layra hanya diam. Amir turun ke bawah dan terus ke dapur membuatkan susu untuk Layra
"Adik? Buat apa tu??" Soal Adibah
"Mak, adik buat susu mak" kata Amir
"Susu?? Untuk Waffie??" Soal Adibah
"Tak lah, untuk Qiesyh. Dia sebelum tidur mesti minum susu" kata Amir, Adibah hanya senyum"Anak mak ni okay ke??" Soal Adibah, Amir terus berhenti membuat susu dan memandang Adibah tepat
"Kenapa mak tanya macam tu?? Amir nampak tak okay ke??" Soal Amir takut andai dia membuat ratu hatinya risau
"Mak yang lahirkan adik, adik baru langkah masuk rumah pun mak dah tahu" kata Adibah
"Tak ada apa yang mak perlu risaukan, Insyaallah adik mampu uruskan sendiri" kata Amir sambil tersenyum
"Tak nak share dengan mak??" Soal Adibah, Amir akur dan mengambil tempat di sebelah Adibah
"Adik cuma masih terkejut, kena berkahwin dengan tunang sahabat sendiri. Setiap kali adik pandang Qiesyh adik mesti rasa bersalah dekat arwah" kata Amir"Cuba adik buka hati untuk terima dia sebagai seorang yang adik baru kenal. Bukan sebagai seorang yang adik dah kenal" kata Adibah
"Maksud mak anggap Qiesyh tu orang luar bukan kenalan adik??" Soal Amir, Adibah angguk
"Cuba lupakan yang adik kenal dia sebagai seorang anak murid dan tunang kepada arwah" kata Adibah
"Mustahil mak" kata Amir
"Cubalah dulu, tak cuba tak tahu kan" kata Adibah, Amir hanya angguk. Pada Amir mustahil untuk dia lupakan anak muridnya lebih lebih lagi melupakan yang dia hidup dengan tunang sahabat sendiri. Walaupun sudah hampir setahun lebih tak mengajar di SS dia masih ingat lagi wajah dan nama anak murid yang pernah berlajar dengannya. Itu kelebihan yang ada AmirAmir terus naik ke atas sambil membawa susu
"Awak buat apa ni??" Soal Amir apabila melihat Layra melipat baju Amir
"Bosan lah, tak tahu nak buat apa" kata Layra
"Baju tu saya dah lipat awak punggah balik" kata Amir sambil tersenyum
"Tak apa lah biar saya buat, please" rayu Layra, Amir hanya senyum dan membiarkan Layra
"Awak" panggil Amir, Layra hanya berdehem
"Apa perasaan awak bila awak kena kahwin dengan saya?? Jujur" soal Amir
"Tak percaya" jujur Layra
"Maksud awak tak percaya?" Soal Amir"Sayang dan cintakan orang lain tiba tiba dipaksa orang yang disayangi tu untuk tinggalkan dia dan berkahwin dengan orang yang paling dia percaya" kata Layra, Amir diam, faham maksud Layra
"Awak menyesal??" Soal Amir
"Tak tahu, nak cakap menyesal ada, nak cakap bersyukur pun ada" kata Layra. Amir baru sedar dia dan Layra mengalami perasaan yang sama"Kenapa sir tiba tiba tanya??" Soal Layra yang masih fokus melipat baju
"Saja je, dah lah jom tidur. Esok awal pagi nak balik rumah abi pula" kata Amir
"Sir tidur lah dulu, nak siapkan ni lagi sikit" kata Layra
"Tu lah elok dah dilipat punggah balik" kata Amir, Layra hanya senyum*
*
*
*
*😅😅
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

ANDA SEDANG MEMBACA
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-