17

174 4 1
                                    

"Saya ada brain cancer stage 3" kata Adenan, Layra terdiam sambil memandang Amir untuk kepastian, Amir angguk
"B..bi..bila Sir dapat tahu??" Soal Layra dengan tergagap, Adenan hanya senyum
"2 tahun lepas" jawab Adenan, tenang
"Saya tak akan hidup lama, jadi lebih baik awak fikir baik baik sebelum buat keputusan untuk bersama dengan saya" kata Adenan
"Saya bagitahu awak bukan sebab saya nak simpati tapi saya tak nak seksa awak" kata Adenan lagi

"Siapa je tahu??" Soal Layra
"Sir Amir, Sir Aman, kakak saya, papa Zil, awak dan abang awak" kata Adenan
"Student lain tak tahu??" Soal Layra
"Sir Andy pilih untuk tak bagitahu student pasal penyakit dia sebab tak nak buat semangat student dia hilang" kata Amir
"Awak fikir baik baik, dah dapat jawapan awak bagitahu saya balik. Ambilah berapa lama pun masa awak nak. Saya tak kisah kalau awak tarik balik lamaran awak tu sebab saya sendiri fikir itu yang terbaik untuk awak. Cuma satu saya minta, jangan fikir untuk hidup dengan saya sebab simpati" kata Adenan, Layra hanya diam

Makanan yang dipesan hanya dipandang oleh Layra, langsung tak disentuh. Adenan dan Amir sedar tingkah Layra hanya diam dan memerhati semua tindakkan Layra. Selepas makan Adenan menghantar Layra balik
"Kau pergi mana dengan Sir Andy hah!!" Tiba tiba Layla menengking Layra
"Aku pergi dating! Kenapa cemburu?!" Layra yang tidak stabil emosinya juga menegking
"Kurang ajar kau kan!!!" Layla tiba tiba mengamuk dan menghayun tangan untuk menampar Layra tetapi sempat ditahan Adenan
"Awak tak penat ke Layla asik bergaduh je dengan adik awak ni" kata Adenan lembut
"Aqieyla Layla masuk!!" Marah Ahfaz, Layla terus masuk ke dalam sambil menghentakkan kakinya
"Saya masuk dulu Sir, terima kasih" ucap Layra selepas Adenan membukakan helmetnya
"Terima kasih Adenan" ucap Ahfaz, Adenan angguk dan meminta diri

Layra terus baring di katil dan memandang siling
"Saya ada brain cancer stage 3......awak fikir baik baik ye.....saya tak nak seksa awak....saya tak akan hidup lama" kata kata Adenan bermain di minda Layra
"Aku jatuh hati dekat dia sebelum aku tahu dia sakit. Jadi kenapa aku tak boleh terima kekurangan dia. Biarlah dia hidup tak lama pun sebab itu jodoh. Aku dapat kahwin dengan dia sejam pun tak apa lah sebab aku betul betul jatuh cinta" kata Layra sendiri sambil tersenyum

**********

Keesokkan harinya adalah hari sabtu, Layra call Adenan awal pagi
"Assalamualaikum sir" ucap Layra
"Waalaikumsalam, ada apa awak call saya pagi pagi ni??" Soal Adenan
"Sir free?? Boleh kita jumpa??" Soal Layra
"Saya kena jumpa doktor, kalau petang boleh" kata Adenan
"Saya nak teman sir jumpa doktor sekali boleh??" Pinta Layra
"Awak serius ke?? Lama tau" kata Adenan
"Tak apa,please" rayu Layra
"Ye lah, bagitahu abi awak lepastu terus siap nanti saya ambil awak. Kita sarapan dekat cafe hospital nanti" kata Adenan
"Yes sir!!" kata Layra kemudian panggilan dimatikan

Selepas Layra bersiap dan mendapat keizinan Layra terus menunggu Adenan di depan pagar
"Kau nak pergi mana??" Soal Layla
"Keluarlah" kata Layra
"Dengan siapa??" Soal Layla, Layra hanya diam dan tersenyum apabila nampak kereta Adenan
"Siapa tu??" Soal Layla yang tak kenal dengan kereta Adenan. Selepas kereta berhenti, Adenan keluar dari kereta
"Sir Andy" kata Layla
"Hi Layla, Qiesyh semalam saya ada bagi awak pegang jam saya kan??" Soal Adenan
"Ni" kata Layra sambil menunjukkan jam tangan Adenan
"Alhamdulillah, terima kasih, takut saya ingatkan tertinggal dekat kedai semalam" kata Adenan

"Sir tunggu kejap ye saya nak ikut" kata Layla
"Tak payah!!" Serentak Layra dan Adenan
"Kenapa pula??" soal Layla, kecewa
"Aku ada benda nak cakap sir Andy, kau tak payah ikut lah" kata Layra
"Kau nak cakap apa dengan bakal suami aku hah?!!" Marah Layla
"Bakal suami kau?? Tak ada pun tertulis dekat dahi Sir Andy tu dia bakal suami kau" kata Layra
"Aku dah bagitahu Abi yang aku akan kahwin dengan Sir Andy" kata Layla, wajah Layra berubah. Adenan sedar dengan perubahan wajah Layra terus bersuara

"Layla, saya ada benda penting nak bincang dengan Qiesyh, jadi nanti nantilah kita sembang ye" kata Adenan
"Eh tak pergi lagi" tiba tiba Ahfaz menegur mereka
"Abang" tegur Adenan sambil bersalaman dengan Ahfaz
"Abi cakaplah dekat sir Andy apa yang Layla cakap hari tu" kata Layla
"Layla cakap apa dengan abi??" Soal Ahfaz
"Abi tak ingat?!" Marah Layla, Ahfaz geleng
"Yang Layla cakap nak kahwin dengan sir Andy tu" kata Layla
"Layla ke Layra?? Soal Ahfaz
"Layla lah!!!" Marah Layla

"Abi kita orang gerak dulu lah, lambat dah ni" kata Layra jelas cemburu di wajahnya
"Hah ye lah, cepat pergi cepat balik" kata Ahfaz
"Kejap!! Aku tak habis cakap lagi!!! Abi cakap lah!!!" Kata Layla, Layra betul betul cemburu terus memeluk tubuh, Adenan hanya memandang tingkah Layra dan tersengih
"Ye lah ye lah!! Adenan dengar sendiri kan??" Kata Ahfaz
"Maaf abang, Layla. Saya tengah tunggu jawapan seseorang, kalau dia tak setuju saya akan fikir balik" kata Adenan dengan lembut dan penuh berbudi bahasa
"Sampai hati sir reject saya!!!" Marah Layla, Layra tersenyum

"Apasal kau senyum!!!" Marah Layla dan terus mendekati Layra, Adenan terus menarik Layra ke belakangnya
"Orang yang sir tunggu jawapan tu Layra kan!!!!" Tengking Layla
"Ye, saya tengah tunggu jawapan Qiesyh" kata Adenan, Layla makin berapi
"Abi, Layra mengaku 2 hari lepas Layra ada melamar sir Andy, semalam Sir Andy ada bagi syarat untuk berkahwin dengan dia dan hari ni depan Abi, Layra setuju dengan syarat Sir Andy dan Layra nak kahwin dengan Sir Andy dan setia sampai mati" kata Layra, Adenan terus memandang tepat Layra
"Abi tahu, abang ada cerita. Tapi abang tak ada pula bagitahu pasal syarat Adenan" kata Ahfaz
"Abi tahu!!!! Semua benda kau nak rampas dari aku kan!!!!" Layla mula mengamuk dan mendekati Layra, Adenan melindungi Layra
"Korang pergilah, balik nanti kita bincang lagi" kata Ahfaz sambil menarik tangan Layla. Adenan dan Layra terus masuk ke dalam kereta dan Adenan memandu ke hospital

"Awak serius ke dengan apa yang awak cakap tadi??" Soal Adenan, Layra angguk
"Saya dah fikir masak masak, saya kenal sir sebelum saya tahu kekurangan sir jadi kenapa saya nak berhenti sayang sir cuma sebab sir sakit dan sir tak sempurna" kata Layra
"Bukan sebab awak simpati dengan saya??" Soal Adenan
"Tak sama sekali, saya yakin dan percaya jodoh ajal semua milik Allah. Antara jodoh kita bertemu dulu atau ajal bertemu dulu dan tak semestinya sir yang sakit sir akan mati dulu mungkin saya dulu" kata Layra
"Terima kasih sebab terima saya" kata Adenan
"Tapi ada dua syarat yang saya nak bagi dekat sir" kata Layra
"Apa dia??" Soal Adenan

*
*
*
*
*

Apalah syarat Layra tu eh 🤔🤔

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now