"So ummi awak meninggal sebab??" Soal Adenan
"Sakit jantung. Dia kena heart attack masa pembedahan" kata Layra dengan senyuman
"Maaf" kata Adenan
"Tak ada apa apa lah" kata Layra
"Awak punya kisah lebih kurang macam saya" kata Adenan, Layra memandang tepat Adenan"Saya anak isteri kedua ayah saya" kata Adenan
"Ayah saya kahwin dengan persetujuan mak sendiri tapi dengan tujuan nak menyakitkan hati ibu saya. Ibu saya meninggal selepas seminggu lahirkan saya sebab komplikasi selepas melahirkan. Selepas ibu meninggal saya dijaga nenek sebelah ayah saya sampai umur 1 tahun dan kemudian nenek meninggal sakit tua. Setahun selepas tu ayah meninggal kemalangan selepas 2 bulan koma" cerita Adenan, Layra terdiam mendengarSaya dijaga mak tanpa kasih sayang dan dengan penderaan. Kakak tiri saya lah yang jaga saya, mak tak nak keluarkan satu sen pun untuk belanja makan saya dan pelajaran saya. Jadi kakak lah yang tanggung lepas sekolah dia kerja sampailah saya dapat masuk universiti. Mak tak benarkan saya panggil dia mak dan selalu cakap dekat saya yang saya pembawa malang dan tak akan berjaya. Tapi kakak saya tak, dia bagi semangat sampai sekarang" cerita Adenan
"So now??" Soal Layra
"Sama, saya tak balik kampung untuk jumpa mak sebab setiap kali saya balik mesti saya kena baling dengan periuk belanga kadang kadang parang, pisau" kata Adenan sambil tersenyum
"Sir lagi teruk, saya sekurang kurangnya ibu sayang saya" kata Layra
"Saya pun sekurang kurangnya kakak sayang saya" kata Adenan sambil tersenyum
"Student sir yang lain tahu ke pasal ni??" Soal Layra, Adenan geleng
"Ni antara kita je tau, awak student pertama yang saya cerita" kata Adenan, Layra angguk
"Semua manusia ada kisah hitam dia. Tak semua yang awak tengok bahagia tu memang kehidupan seseorang tu betul betul bahagia" kata Adenan"Sir lebih kuat dari saya. Mungkin kalau saya dekat tempat Sir saya tak akan sekuat Sir" kata Layra
"Jangan pernah samakan atau bandingkan kisah kita dengan sesiapa pun sebab Allah uji hambanya dengan kemampuan hambanya sendiri. Betul tak??" Soal Adenan, Layra angguk. Sedang mereka bersembang kosong tiba tiba pintu diketuk
"Assalamualaikum" ucap Shazil
"Waalaikumsalam" balas Adenan dan Layra
"Mana yang lain sir??" Soal Adenan
"Ada ni" tiba tiba masuk Amir dan Aman
"Awak okay??" Soal Shazil
"Okay Sir" jawab Layra"Awak first time jumpa saya kan??" Soal Shazil, Layra angguk sambil senyum
"Panggilan Sir tu untuk tutor and staf je. Student panggil saya papa Zil" kata Shazil
"Baik" akur Layra. Shazil melawat Layra tak lama kerana dia ada hal keluarga yang perlu di selesaikan begitu juga dengan Aman
"Aku keluar cari makanan jap eh" kata Adenan, Amir dan layra hanya angguk
"Maaf saya tanya awak, awak dengan kakak awak memang tak ngam ke??" Soal Amir
"Haah, saya minta maaf ye menyusahkan Sir, tutor and staf yang lain" kata Layra"Tak ada lah, kita orang tak rasa menyusahkan pun tapi sebab awak kembar pertama yang kami tengok macam ni terkejut juga" kata Amir
"Saya faham, ye la biasanya kembar mesti rapat, ngam, pergi mana mana mesti sama sama" kata Layra, Amir angguk
"Tapi Layla bukan kembar kandung saya" kata Layra, Amir terus memandang tepat Layra
"Maksud awak??" Soal Amir, Layra tersenyum dan menceritakan kisah sebenar antara dia dan Layla**********
Hari ketiga Layra dibenarkan keluar dan dia berehat dirumah selama tiga hari dengan tenang kerana Layla keluar bersama kawan kawannya selama tiga hari. Sedang Layra duduk menonton drama tiba tiba phonenya berbunyi, whatsapp masuk. Tertera nama Adenan di skrin
"Assalamualaikum Qieysh, awak okay hari ni??"
"Waalaikumsalam Sir, saya okay"
"Alhamdulillah, esok saya, Sir Amir dengan Sir Aman ada plan nak pergi hiking dengan ada beberapa staf SS awak nak join??"
"Nak! Tapi dekat mana??"
"Chemerong Terengganu, tapi 3 hari lah tidur dalam hutan awak boleh ke??"
"Saya okay je tapi kena tanya abi dulu"
"Okay, kalau abi awak nak tanya apa apa suruh je dia call saya"
"Okay Sir"
"Kalau ayah awak okay bagitahu saya, kita gerak esok pagi tau. Awal sebelum subuh saya jemput awak. Bagitahu ayah awak semua tau jangan tertinggal satu pun information"
"Okay sir"
Layra terus bangun mencari Ahfaz yang baru balik dari membeli barang untuk masakkan makan tengahari
"Abi abi!!" Panggil Layra
"Ye abi dekat dapur dengan ibu!" Nyahut Ahfaz
"Abi Layra nak pergi hiking dengan sir Adenan boleh??" Pinta Layra dengan muka yang comel
"Pergilah" kata Ahfaz
"Terima kasih abi! 3 hari tau" kata Layra
"3 hari?! Tak payah lah!" Terkejut Ahfaz
"Ala! Please" rayu Layra
"Biarlah dia pergi abang" kata Linda
"Tapi dia baru keluar hospital, apa apa jadi nanti susah" kata Ahfaz"Selama ni dia tak pernah keluar jalan jalan, abang lepaskan Layla je. Bagilah dia merasa keluar lama" kata Linda
"Dia pernah tidur rumah Tyra seminggu tu, lama lah" kata Ahfaz
"Tyra tu duduk taman sebelah je" kata Linda
"Dekat mana??" Soal Ahfaz
"Terengganu" jawab Layra"Tengok jauh pulak tu! Tak payah lah dik" kata Ahfaz, Layra membuat muka sedih
"Sekali sekala biarlah dia keluar jalan jalan, ayang yakin dengan Adenan tu boleh jaga adik ni. Tengok macam mana dia protect adik. Insyaallah Adenan tu boleh jaga adik" kata Linda memujuk Ahfaz, lama Ahfaz memikir akhirnya
"Ye lah" Ahfaz membenarkan
"Yeah!!! Terima kasih abi!! Terima kasih Ibu!!" Ucap Layra dan memeluk mereka
"Hey Ibu tengah masak ni!" Terkejut Linda
"Tapi ada syarat" kata Ahfaz, Layra fokus mendengar"Masa hiking jangan jauh dari Sir Adenan, tidur dalam hutan nanti pun jangan tidur sorang sorang kalau terpaksa jugak make sure dekat dengan Sir Adenan atau duduk tengah tengah antara dua khemah. Masa jalan tu hati hati, tengok bawah. Pastikan bawa ubat in case anything happen, bandage, minyak angin" kata Ahfaz tiba tiba Linda menutup mulut Ahfaz
"Sudah nanti sayang yang uruskan barang dia semua, dah pergi panggil siapkan meja makan" kata Linda. Selepas Ahfaz pergi Layra memeluk Linda
"Terima kasih Ibu" ucap Layra dan melepaskan ciuman di pipi Linda
"Sama sama, nanti siapkan baju Ibu tolong kemaskan" kata Linda, Layra angguk lajuSelepas makan tengahari mereka mencari barang keperluan bersama untuk Layra. Macam macam dibeli Ahfaz untuk kemudahan Layra dari kasut sehingga Khemah. Puas Ahfaz mencari barang Layra mereka balik ke rumah untuk mengemas pula
*
*
*
*
*Kasih ayah 🥰🥰
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
Roman d'amourMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-