59

97 4 1
                                    

"Hezmi!!" Jerit Helena sambil memegang perut Hezmi yang ditembaknya
"Arh!" Erang Hezmi, Helena terus digari Naim. Amir terus berlari mendekati Hezmi
"Tahan kejap" Amir yang tahu serba sedikit tentang rawatan kecemasan terus mula merawat Hezmi dan kemudian Hezmi terus dibawa ke hospital terdekat. Selepas urusan hospital Hezmi selesai, Amir ke tandas selepas merasa ngeri di lengannya

"Bila masa aku kena ni?" Soal Amir apabila melihat lengannya luka yang agak dalam. Amir terus ke kecemasan dan membuat rawatan
"Boleh Encik bukak baju" pinta doktor yang merawat, Amir akur.
"Encik saya nak buat x-ray sekali ye" kata doktor, Amir mula pelik
"Perlu ke?" Soal Amir
"Sebab jari encik ni macam pelik, kalau saya pegang macam ni encik ada rasa sakit?" Soal Doktor, Amir angguk
"Saya x-ray ye" kata doktor, Amir angguk

Selepas keluar results x-ray, jari Amir mengalami retak mungkin kerana hentakkan yang agak kuat. Sementara menunggu rawatan, Amir menelefon Layra dan memberitahu keadaannya. Layra yang terlalu risau terus bersiap ke hospital walaupun dihalang Amir. Selesai rawatan Amir diminta untuk tunggu di luar bilik rawatan. Sedang menunggu, Layra tiba dengan matanya yang bertakung dan terus duduk di sebelah Amir

"Hey sayang kenapa ni?" Soal Amir sambil meneliti wajah Layra
"Habib okay? Sakit ke? Doktor cakap apa?" Soal Layra bertubi tubi dengan air matanya mengalir
"Sayang, habib okay, doktor cakap retak sikit je" kata Amir sambil mengusap kepala Layra
"Ni darah siapa?! Habib ke?!" Soal Layra apabila melihat baju Amir yang penuh dengan darahnya dan Hezmi
"Habib luka sikit je dekat bahu, ni darah Hezmi" kata Amir
"Hezmi mana??" Soal Layra
"Dia kena tembak dengan Helena, dah stabil dah dia dekat ward" kata Amir
"Helena?" Soal Layra
"Dah kena tangkap sayang" kata Amir, lembut sambil mengusap air mata Layra

"Encik Khalish Amir" panggil nurse
"Habib duduk sayang pergi" kata Layra, Amir senyum dan angguk
"Ni ubat tahan sakit dan antibiotic. Kalau ad apa apa terus ke kecemasan ye" kata nurse, Layra angguk dan membuat pembayaran
"Jom, slow slow" kata Esha sambil memapah Amir, Amir senyum
"Sayang, kaki habib ok je. Habib boleh jalan sendiri" kata Amir
"Habib kena jalan dengan bantuan kalau jatuh macam mana?" Kata Layra, risau. Amir hanya senyum dan akur dengan Layra

Mereka terus ke rumah bujang Amir dan Adenan untuk berehat sebelum balik ke rumah
"Habib rehat sayang nak letak barang kejap" kata Layra sambil membantu Amir ke katil. Layra mengemas barang dan duduk memandang gambar Adenan dan Amir yang dilekat kemas di peti sejuk. Tanpa dia sedar air matanya mengalir. Amir dengar jelas tangisan Layra terus berlari ke dapur
"Sayang?" Tegur Amir sambil mencapai tangan Layra
"Sa.. sayang minta maaf" kata Layra dengan tersedu
"Kenapa ni? Sayang luka ke?" Soal Amir sambil meneliti seluruh badan Layra
"Sayang isteri yang tak guna! Dah kahwin pun masih teringat lelaki lain" kata Layra dengan tangisan yang deras. Amir memandang gambar Adenan

"Sayang, habib tak pernah marah atau terasa pun kalau sayang masih ada rasa cinta pada arwah. Habib faham bukan senang nak lupakan arwah dia cinta pertama sayang, lelaki pertama yang sayang serahkan seluruh kasih dan cinta. Habib tak pernah paksa pun sayang untuk lupakan dia dan habib tak pernah paksa sayang untuk mencintai habib lebih daripada sayang cintakan arwah" kata Amir lembut sambil mengusap tangan Layra yang digenggam erat. Layra terus memeluk Amir dan meminta maaf berulang kali
"Andy, tengok apa kau dah buat dekat anak orang" kata Amir dalam hati
"Dah tak nak menangis, sayang tak salah apa apa pun" pujuk Amir. Selepas Layra mula tenang, Amir membawa Layra ke bilik tidak lama kemudian Layra lena tertidur di dada Amir

Amir meletakkan kepala Layra di bantal dan bangun ke dapur
"Mir!! Aku dah siap masak ni! Cepat nanti sejuk!" Jerit Adenan sambil meletakkan lauk kegemaran Amir di meja
"Uyyo sedapnya bau! Asam pedas ayam dengan daging masak merah!" Teruja Amir
"Nanti bila kahwin pastikan bini kau pandai masak dua menu ni! Kalau tak nanti hari hari kau suruh aku masak" kata Adenan
"Kau kan sahabat aku, kita tak akan berpisah so kau akan masakkan untuk aku seumur hidup kau, tak kisah la kau dah bercucu ke cicit ke aku tetap nak kau masakkan untuk aku" kata Amir sambil memandang Adenan dengan muka comel
"Aku cucuk jugak dengan garfu ni! Dah duduk la makan!" Arah Adenan geli melihat wajah Amir.
"Andy aku rindu" kata Amir dengan air mata mengalir deras. Akhirnya Amir tertidur di meja makan.

Keesokkan harinya, Layra sedar Amir tiada di sebelahnya terus bangun dan mencari Amir
"Macam mana dia boleh tertidur dekat sini?" Soal Layra pelik, Wajah Amir di perhatikannya dan gambar Adenan digenggam kemas Amir
"Dia suami yang baik ya Allah, terima kasih kerana kau bagi aku peluang merasai cinta dia. Awak, terima kasih tinggalkan saya seseorang yang cukup sempurna macam awak" kata Layra dalam hati, perlahan lahan Layra mengusap wajah Amir
"Eh sayang terbangun ke?" Soal Amir
"Tak lah, dah subuh pun. Jom solat" ajak Layra, Amir angguk dan terus bangun
"Habib" panggil Layra, Amir memberhentikan langkahnya dan memandang Layra. Layra terus bangun dan memeluk erat Amir

"Hey kenapa ni?" Soal Amir pelik, Layra mendongakkan kepalanya dengan tangan masih kemas memeluk Amir
"Terima kasih sebab jadi suami sayang" kata Layra, Amir senyum dan mencium dahi Layra
"Terima kasih juga sebab jadi isteri habib" ucap Amir pula, mereka berpelukkan
"Dah jom solat, lewat dah ni" kata Amir, mereka bersiap untuk solat subuh
"Aamiin aamiin ya rabb" selesai mereka menunaikan kewajipan Amir terus baring di riba Layra, Layra senyum dan mengusap Amir lembut
"Sayang dua minggu lagi Habib start kerja, nak pergi honeymoon tak??" Soal Amir

"Kerja dekat WHO tu ke?" Soal Layra, Amir angguk
"Tak apa sayang follow je habib pergi mana" kata Layra, Amir terus mencapai tangan Layra yang membelainya dan menciumnya lama
"Tapi habib, kerja habib dekat Amsterdam macam mana?" Soal Layra
"Macam mana apa?" Soal Amir
"Ye lah kan Habib dapat kerja WHO yang dekat Malaysia" kata Layra
"Ouh, haah tapi Habib mungkin dalam 6 bulan ke setahun je lepastu tukar ke Amsterdam" kata Amir
"Kalau sayang nak stay sini pun boleh, nanti Habib balik sini bila dapat cuti" kata Amir
"Tak nak! Sayang nak ikut habib" kata Layra, Amir mengusap wajah Layra. Layra terus baring di lengan Amir dan memeluknya
"I love you sayang" bisik Amir sambil memeluk Layra dan melepaskan ciuman
"I love you more" balas Layra

*
*
*
*
*

🤩🤩

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now