1

584 11 0
                                    

"Came on class!! Semangat sikit! Buat malu je lah student sir Andy macam ni" kata Adenan
"Kejap sir 5 minit" kata seorang pelajar di depan
"Lama betul 5 minit! Tak ada seminit cepat!! Lambat sir tembak" ugut Adenan sambil menghalakan pistol air pada pelajarnya
"Tak ada siapa boleh jawab korang mandi lah! Yang pakai baju sekolah lagi ni mesti tak mandi lagi" kata Adenan, riuh suara gelak tawa pelajarnya

"Lambat!!!" Sergah Adenan dan terus menembak air pada 3 pelajarnya yang sedang menjawab soalan di papan putih
"Group siapa ni?!" Soal Adenan selepas basah belakang pelajarnya ditempak
"6, 5, 1 sir!!!" Jawab pelajarnya yang lain
"Cepat tutup muka!" Arah Adenan dan selepas memasikan pelajarnya menutup muka dia melepaskan tembakkan lagi
"Okay that's it for today. Group yang lain buat eh!! Minggu depan sir nak tengok!! Tak boleh jawab pakai uzi sir tembak korang!" Ugut Adenan

"Okay boys girls, line up!" Arah Adenan, pelajarnya terus bangun dan beratur. Adenan menunggu di depan pintu. Pelajar lelaki dia membuat high 5 dan pelajar perempuan dia membuat fly kiss. Begitulah Adenan melayan pelajarnya setiap hari dan disebabkan itu juga pelajarnya sangat selesa dan menyayanginya.

"Andy, malam ni ada student baru masuk" kata penjaga kaunter, Qie
"Berapa ramai??" Soal Adenan
"Dua, kembar" kata Qie
"Dua pasang?!" Terkejut Adenan
"Tak lah satu je" kata Qie
"Tinggi cita cita kau" menyampuk Aman
"Tak tanya je! Salah ke?" Soal Adenan sengaja meninggikan suara
"Eh jap! Sebelum nak bergaduh tu ni note mana??" Menyapuk Jia, penjaga note pelajar
"Assalamualaikum" ucap Adenan dan Aman serentak dan terus lari ke pantry

"Andy!! Am!!" Jerit Jia geram dan terus mengejar mereka
"Asal tu??" Soal Rian salah seorang tenaga pengajar
"Macam biasa" kata Qie
"Note??" Soal Rian, Qie angguk. Semua sudah faham dan kenal perangai Adenan dan Aman yang sangat liat mahu membuat dan menghantar note untuk pelajar
"Apasal riuh sangat tu??" Soal Shazil, bos mereka atau dipanggil papa Zil oleh pelajar
"Macam biasalah Sir" kata Qie, Rian hanya memandang. Shazil sudah berbuih mulut menasihati mereka tetapi tetap tak mengubah perangai mereka
"Make sure dia orang berhenti bergaduh before student sampai eh" pesan Shazil, Qie angguk

Selepas 10 minit mereka bergaduh akhirnya mereka dikurung dalam bilik untuk menyiapkan note pelajar. Hampir 2 jam lebih mereka dikurung, Qie bersuara dari luar
"Sir Andy, Sir Am your students waiting!!" Jerit Qie, mereka yang tak buat apa apa nota terus lari keluar masuk ke kelas
"Hi assalamualaikum class!" Ucap Adenan
"Waalaikumsalam" balas pelajarnya
"Wah semangat korang, bagus! Ni yang buat sir extra happy ni" kata Adenan, tiba tiba masuk dua student baru
"Mari masuk" ajak Adenan

"Welcome to Student Soldier's family, boleh kenalkan diri" arah Adenan sambil tersenyum. Salah seorang dari mereka menolak seorang ke depan
"Hi, saya Aqieysh Layra boleh panggil Layra" kata Layra lembut dengan suara bergetar malu
"Awak?" Soal Adenan
"Saya Layla" kata Layla dengan cepat tanpa sopan
"Korang kembarkan" soal Adenan, Layra angguk
"Okay duduk dekat situ" arah Adenan sambil menunjukkan tempat kosong di depannya. Pelajaran dimulakan seperti biasa setiap minit mesti akan ada gelak tawa dari pelajar Adenan
"Layra! Bangun! Jawab" arah Adenan, tiba tiba dua pelajarnya bangun

"Allah! Saya lupa nama awak pun Layra" kata Adenan pada Layra
"Saya tukar panggilan awak boleh??" Soal Adenan, Layra angguk
"Saya panggil awak Qieysh boleh??" Soal Adenan, Layra angguk setuju
"Okay, Layra!! Tunggu apa lagi cepat! Sir tembak baru tahu!" Arah Adenan. Selepas kelas habis, Adenan memanggil Layra dan Layla
"Dalam kelas Sir, awak tak perlu takut atau malu. Kelas Sir dibenarkan bersuara apa sahaja. Tiada halangan. Okay" kata Adenan, Layra angguk
"Kalau macam tu, sir dah kahwin??" Soal Layla, terkejut Adenan

"Wah! Soalan awak! Terus mask gear 5 eh" sakat Adenan, Layra hanya diam malu
"Saya belum kahwin tapi dah berpunya" kata Adenan sambil tersenyum. Layla terus meninggalkan Adenan dan Layra berdua
"Aik?? Macam tu je??" Soal Adenan terkejut
"Sorry Sir" kata Layra dengan mula merah padam
"Eh! Tak apa, dah biasa. Awak dengan dia siapa kakak??" Soal Adenan
"Layla" kata Layra, Adenan angguk
"Sir saya balik dulu ye, nanti Layla tunggu saya" kata Layra, Adenan angguk
"Bye Sir, thank you" ucap Layra dan terus berlari ke bawah

Selepas semua pelajar balik, jam menunjukkan pukul 12 malam. Adenan dan Aman mencapai kunci motor dan helmet untuk balik ke rumah.
"Qie siapa punya helmet ni??" Soal Aman
"Eh rasanya tu kembar punya" kata Qie sambil mengemas barang. Tiba tiba sepasang ibu bapa datang dengan muka jelas kerisauan
"Assalamualaikum, Encik boleh saya bantu??" Soal Aman lembut
"Saya nak jumpa dengan Sir Andy boleh??" Soal lelaki pada Aman
"Kejap ye" kata Aman baru mula langkah Adenan tiba di depannya
"Nah headphone kau tinggal" kata Adenan sambil menyerahkan headphone Aman

"Ni parents nak jumpa" kata Aman, Adenan memandang sepasang suami isteri itu sambil melepaskan senyuman
"Ye boleh saya bantu??" Soal Adenan lembut
"Anak saya tak balik lagi, kakak dia cakap dia jumpa cikgu last" kata lelaki
"Nama anak encik siapa ye??" Soal Adenan
"Aqieysh Layra" kata Ahfaz ayah kepada Layra
"Ouh! Dia memang ada jumpa saya lepas kelas dengan kakak dia. Lepastu kakak dia turun bawah dia menggelupur lari turun jugak dia cakap kakak dia tunggu" kata Adenan
"Ya Allah anak ibu!" Lemah lutut Linda mendengar kata Adenan

"Macam ni, puan dengan tuan balik dulu. Kami cari dia. Selagi dia tak jejak dekat rumah, dia tanggungjawab kami" kata Adenan, Aman angguk
"Macam mana saya nak balik cikgu?? Dah nak pukul 1 pagi" kata Ahfaz
"Kami janji apa jadi kami cari dia sampai dapat, lebih baik tuan dengan puan balik tunggu dekat rumah mana tahu dia balik" kata Aman, walaupun berat Ahfaz dan Linda mahu melangkah baik tetapi mereka akur dan menunggu di rumah dan mencari di kawasan rumah
"Ezam kau tunggu sini, takut dia patah balik sini" kata Aman, Ezam sebagai accountant angguk
"Qie kau cari area sini, aku try cari dia dekat laluan sunyi sana tu. Am kau try cari laluan dia balik"arah Adenan, mereka angguk setuju

Hampir sejam lebih dan berulang ulang kali mereka mencari di tempat yang sama, akhirnya Aman dan Qie balik ke office. Adenan masih menunggang motor di kawasan sunyi itu perlahan dengan mata melilau. Tiba tiba matanya tertumpu pada satu susuk tubuh yang sedang terduduk di bawah lampu, tiba tiba Adenan terasa seram sejuk

*
*
*
*
*

HAA SUDAH!! 😨😨

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now