4

248 8 1
                                    

"Qieysh" kejut Adenan, tiada pergerakkan dari Layra. Adenan mengejut Layra lagi dengan perlahan.
"Siapa tu??" Soal Amir salah seorang tenaga pengajar di SS
"Layra aku kejut dia tak bangun" kata Adenan
"Jap aku panggil Sara" kata Amir dan keluar memanggil salah seorang staf perempuan. Sara terus mengejut Layra tetapi tidak menyahut. Kemudian Sara menarik Layra dan Layra lemah tak bernafas
"Ya Allah!!" Terkejut mereka melihat Layra terkulai. Adenan tanpa menunggu apa apa terus mengangkat Layra dan baringkan di lantai

"Nafas dia perlahan" kata Adenan dan terus mendukung Layra berlari bawanya ke hospital yang mengambil masa kurang dari 10 minit dari SS. Adenan setia menunggu di luar kecemasan bersama Amir dan Aman. Tak lama kemudian Ahfaz dan Linda tiba

"Mana Layra??" Soal Ahfaz dan Linda serentak
"Masih dekat dalam" kata Amir. Lama menunggu akhirnya doktor keluar
"Macam mana anak saya doktor??" Soal Ahfaz
"Nasib baik cepat bawa ke hospital, kalau tidak mungkin anak encik akan dimasukkan ke ICU" kata doktor
"Apa punca dia doktor??" Soal Ahfaz
"Over dose ubat tidur, dia ada masalah apa apa ke??" Soal doktor, Ahfaz dan Linda geleng
"Cuba encik dan puan bersembang dengan dia, remaja ni lebih suka pendam dari luah" nasihat doktor, Ahfaz dan Linda hanya angguk

"Pihak kami betul betul minta maaf, kami akan periksa CCTV" kata Adenan
"Tak perlu cikgu kami tahu siapa yang buat" kata Ahfaz dengan penuh kecewa dan malu. Adenan, Amir dan Aman memandang sesama sendiri
"Maksud Encik?" Soal Amir
"Layla" kata Linda dengan air mata mengalir. Mereka bertiga tak percaya apa yang baru didengari. Selepas memastikan Layra sudah dimasukkan ke wad biasa mereka terus balik ke SS Centre untuk berjumpa dengan Shazil dan melihat sendiri CCTV

Tiba di SS Centre mereka terus merempuh masuk ke Control room. Ulangan CCTV kejadian mereka tengok bersama, terduduk mereka melihat kejadian sebenar

Throwback..
Layla mencapai botol air Layra dan memasukkan sesuatu ke dalamnya
"Nah" hulur Layla
"Tak apa Layra tak nak minum lagi. Nanti Layra minum, letak la tepi dulu" kata Layra dengan lembut
"Aku baik dengan kau pun salah! Minum je la!!" Paksa Layla, Layra yang tak mahu bergaduh di dalam kelas hanya akur. Kurang dari lima minit Layra sudah terbaring dan tak sedarkan diri
End throwback...

"Assalamualaikum.. macam mana??" Soal Shazil yang baru tiba
"Waalaikumsalam Sir" balas mereka
"Layra dah masuk wad biasa" kata Adenan
"Sir tengok ni" arah Amir, Shazil terus berjalan mendekati Amir. Selepas melihat rakaman CCTV Shazil mengucap panjang
"Kita pisahkan dia orang" kata Shazil
"Maksud Sir??" Soal Aman
"Andai parents dia masih nak hantar dia orang tusyen dekat SS tahun depan. Pisahkan hari atau waktu lagi elok pindahkan Layra dekat cawangan KL" kata Shazil

"Jauh sangat sir, dia ada ke transport" kata Amir
"Haah sebab transport SS pun paling jauh 6 KM" setuju Aman
"Kalau setakat dekat KL aku boleh dia boleh ikut aku" kata Adenan
"Haah! Tapi ni cadangan kita depends on parents dia" kata Shazil. Mereka angguk
"Esok aku nak melawat dia nanti whatsapp aku nombor katil dia eh" kata Shazil
"Nak pergi sekali ke??" Soal Aman
"Boleh jugak. Nanti bagitahu la korang nak keluar pukul berapa" kata Shazil. Mereka angguk

**********

Keesokkan harinya, selepas zohor Adenan pergi ke hospital dahulu melawat Layra
"Assalamualaikum" ucap Adenan. Hanya Layra yang berada di bilik itu
"Waalaikumsalam" balas Layra
"Mana parents awak??" Soal Adenan
"Dia orang balik kejap nanti lepas maghrib Ibu datang" kata Layra
"Ouh. Awak macam mana okay??" Soal Adenan
"Okay Sir, Terima kasih selamatkan saya entah berapa kali Sir selamatkan saya" kata Layra, Adenan hanya senyum
"Saya nak tanya awak something boleh??" Soal Adenan, Layra angguk

"Awak dengan Layla memang tak ngam ke macam mana??" Soal Adenan
"Memang dari kecil saya dengan Layla bergaduh" kata Layra
"Saya tak pernah jumpa kembar macam korang" jujur Adenan
"Saya pun tak sangka saya ada kakak yang bencikan adik dia sendiri" kata Layra
"Apa punca Layla tak suka awak??" Soal Adenan
"Saya sendiri pun tak tahu Sir. Tapi semua benda yang saya buat dia mesti tak suka. Harapkan abang, abi dengan ibu je la yang protect saya" kata Layra
"Awak ada abang??" Soal Adenan

"Ada Luthfi Aqief" kata Layra
"So mana abang awak??" Soal Adenan
"Abang saya kerja dekat Scotland. Biasanya sebulan sekali atau 2 kali dia akan balik" kata Layra, Adenan angguk faham
"Saya teringin nak ada hubungan baik dengan Layla. Tapi setiap kali saya nak berbaik dengan dia macam ni lah yang jadi" kata Layra
"Dia cakap saya bukan adik kembar sebenar dia, saya perampas kasih sayang family dia, saya pembunuh mak kandung saya sendiri" kata Layra
"Betul ke benda tu??" Soal Adenan

"Abi cerita betul saya bukan kembar sebenar Layla. Saya anak isteri kedua Abi. Ummi saya meninggal masa lahirkan saya and at the same time Layla lahir pada hari yang sama" cerita Layra
"Maaf saya tanya, abi awak kahwin tanpa pengetahuan ke??" Soal Adenan
"Tak, ibu saya memang sakit masa mengandungkan abang saya. Doktor sarankan supaya gugurkan abang saya kalau tak peratus untuk Ibu hidup selepas lahirkan abang saya kurang dari 15%. Tapi kuasa Allah, Ibu dapat bertahan sampai sekarang. Waktu tu Ibu suruh abi saya kahwin supaya kalau jadi apa apa pada Ibu, abang dan Abi terjaga. Abi tak nak tapi Ibu tetap paksa dan akhirnya Abi kahwin dengan Ummi" cerita Layra, Adenan fokus mendengar

"Setahun lepas perkahwinan, Ibu dan Ummi mengandung pada bulan yang sama. Tapi Ibu tak bagitahu Abi yang dia mengandungkan Layla. Ibu cerita Ummi baik sangat walaupun mengandung tapi Ummi tetap jaga Ibu sebab waktu tu ibu lemah dan Ummi simpan rahsia yang Ibu mengandung atas permintaan Ibu sendiri. Sampailah satu hari Ibu sakit nak melahirkan Layla. Masa tu baru abi tahu dan dalam masa yang sama Ummi pun sakit nak melahirkan saya. Saya keluar selepas 15 minit Layla keluar sebab saya pembedahan. Masa dalam pembedahan Ummi meninggal seminit sebelum saya keluar" cerita Layra

"So ibu awak sekarang??" Soal Adenan
"Ibu saya tak boleh mengandung dah sebab ibu ada kanser rahim dan rahim ibu dibuang selepas lahirkan Layla. Rezeki ibu lepastu ibu sihat doktor cakap ibu dah bebas dari kanser" kata Layra
"So ummi awak meninggal sebab??" Soal Adenan

*
*
*
*
*

🥺🥺🥺

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now