Sedang Amir mengemas, phonenya berbunyi.
'Buah hatiku' tertayang di skrin phonenya
"Assalamualaikum mak"
"Waalaikumsalam, mak kacau kamu ke??" Soal Adibah
"Tak adalah, adik tengah mengemas je ni. Ada apa mak call??" Soal Amir
"Saja je tanya khabar anak menantu mak, adik dengan Qiesyh sihat??" Soal Adibah
"Alhamdulillah kita orang sihat mak" kata Amir lembut
"Mak dengan ayah macam mana??" Soal Amir
"Kita orang okay je. Ayah tu tak habis habis dengan dusun dia" kata Adibah
"Adik dengan Qiesyh macam mana??" Soal Adibah, Amir terus berhenti membuat kerja dan jalan keluar ke balkoni
"Alhamdulillah mak, buat masa ni Qiesyh dengan adik okay je dekat sini. Tak ada masalah pun, Qiesyh pun mula nak sesuaikan diri" jawab Amir walaupun dia tahu bukan itu jawapan yang mahu didengar Adibah"Alhamdulillah, hubungan adik??" Soal Adibah, Amir diam memikir jawapan
"Adik??" Panggil Adibah apabila Amir diam
"Adik mula cuba nak terima dia mak, Qiesyh pun sama" kata Amir
"Alhamdulillah, itu yang mak nak dengar" kata Adibah
"Adik, mak nak tanya sikit" kata Adibah, Amir hanya berdehem
"Adik dengan Qiesyh tidur asing ke sebilik??" Soal Adibah, Amir terkejut mendengar soalan Adibah
"Asing mak, kenapa??" Soal Amir
"Berapa lama dah korang kahwin??" Soal Adibah
"3 bulan mak, tapi adik belum sedia untuk ada anak mak" kata Amir tiba tiba
"Bukan tu maksud mak, mak tak kisah pun bila korang nak ada anak lagi pun korang kahwin pun mengejut bukannya dah bercinta bertahun tahun" kata Adibah
"Dah tu??" Soal Amir"Tidur sebilik bukanlah hanya untuk mendapat anak, tapi untuk merapatkan hubungan yang renggang" kata Adibah
"Adik cuba tidur sebilik dengan Qiesyh. Percaya cakap mak, lebih cepat korang jatuh cinta" kata Adibah lagi
"Nanti adik bincang dengan Qiesyh" kata Amir
"Ni cadangan je sebab mak dengan ayah macam tu. Tapi kalau korang sendiri ada cara lain buat lah. Abang ada bagitahu korang minat benda yang sama, cara tu pun boleh jatuh cinta. Nanti adik cuba ya" kata Adibah
"InsyaAllah mak" akur Amir
"Dah kamu pergilah rehat, sana malam kan. Nanti apa apa call mak" kata Adibah
"Baik mak, kirim salam dekat semua" pesan Amir
"InsyaAllah, Kirim salam juga pada Qiesyh" kata Adibah. Kemudian panggilan dimatikan. Amir masuk dan terus membasuh pinggan"Sanggup sir rampas tunang sahabat sir sendiri kan"
"Lepas sir Andy mati nanti mesti sir akan dihantui rasa bersalah kan disebabkan sir, sir Andy mati" kata Layla"Awak??" Panggil Layra sambil menyentuh bahu Amir yang termenung
"Eh, sorry" kata Amir
"Awak okay?? Air terbukak, sliding door pun terbukak. Kenapa ni??" Soal Layra. Amir menutup air dan terus menarik tangan Layra ke meja makan
"Kita sekarang cuba untuk saling menyayangi kan??" Soal Amir, Layra angguk. Amir terus memegang tangan Layra
"Ada beberapa benda yang saya nak kita buat sama sama supaya cinta cepat tu berputik" kata Amir
"Apa dia??" Soal Layra"Pertama, Setiap hari wajib sebelum tidur dan sebelum saya pergi university kita kena saling meminta dan memaafkan walaupun tak ada salah. Kedua, Setiap hari wajib minimum sekali sehari makan sama sama. Ketiga, Subuh wajib solat jemaah dan mengaji satu muka minimum. Keempat, Minimum 2 kali seminggu kita dating tak kisah keluar atau lepak tengok movie dekat rumah. Last one, awak pindah masuk bilik saya" Layra terus memandang tepat Amir dan menarik tanganya yang dipegang erat Amir
"Saya boleh ikut semua tapi yang last tu"
"Saya tak akan sentuh awak selagi kita berdua belum sedia. Saya nak sayang awak Qiesyh, saya tak nak dihantui rasa bersalah, saya nak tunaikan permintaan arwah untuk bahagiakan awak dan saya nak tahu semua pasal awak. Saya nak tahu apa yang ada pada awak yang mampu membuatkan saya mencintai awak selamanya walaupun itu kekurangan awak" kata Amir sambil memegang kembali tangan Layra. Layra diam lama berfikir
"Tak apalah, saya tak nak paksa awak. Saya nak sambung basuh pinggan" kata Amir sambil tersenyum dan terus ke dapur sambung mengemas. Layra pula terus masuk ke biliknyaSelesai mengemas, Amir terus ke bilik dan mencapai frame gambar terakhir dia bersama arwah semasa hari pernikahan
"Andy, aku minta maaf. Aku rasa aku tak mampu untuk jaga amanah kau, hati aku masih berat untuk terima dia. Aku masih dihantui dia milik kau. Aku cuba untuk terima dia, aku cuba untuk sayang dia. Tapi dia tak semudah yang aku sangka. Aku ingat bila kita orang dekat sini mungkin cinta tu akan berputik tapi aku salah. Setiap kali aku pandang dia aku rasa bersalah, rasa bersalah pada kau. Macam macam aku dah cuba, aku cuba pandang dia dari sisi lain, aku cuba lupakan dia milik kau, aku tak mampu Andy. Last try aku dalam tempoh 9 bulan ni, aku harap berjaya. Kalau hasil dia bukan pada aku, aku harap ada pada dia" kata Amir sambil air matanya mengalir"Ya Allah, sesungguhnya kau pemegang hati hati manusia. Bantulah hambamu untuk mencintai dia kerna-Mu Ya Allah" doa Amir. Amir terus bangun dan ke bilik air untuk membersihkan diri. Layra yang dengar segala ayat yang keluar dari mulut Amir juga mengalirkan air mata. Layra menunggu Amir selesai, dia terus masuk ke bilik
"Boleh saya tidur dengan awak??" Soal Layra, Amir yang sedang lap rambut berhenti, dia senyum dan angguk. Keesokkan harinya bermulalah projek memutik cinta, walaupun terasa agak kekok tetapi mereka berjaya melakukannya.***
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, tanpa sedar projek itu berterusan dengan baik sehingga mereka mula rasa selesa antara satu sama lain
"Awak nak pergi mana hari ni??" Soal Amir sambil mengambil tempat di sebelah Layra yang leka membaca komik Marvel
"Kita buat kek nak??" Soal Layra selepas meletakkan komik dan fokus pada Amir
"Kek??" Soal Amir semula, Layra angguk semangat
"Okay" setuju Amir, Layra yang bersemangat terus menarik tangan Amir ke dapur. Hanya gelak tawa menghias rumah mereka sepanjang mereka membuat kek. Sedang menunggu kek masak, mereka berdua melihat di pintu oven. Tiba tiba Amir memeluk Layra dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu Layra"Awak bahagia??" Soal Amir, Layra memusingkan badannya menghadap Amir
"Sejak 6 bulan lepas sampailah hari ni tak pernah sesaat pun saya tak bahagia" kata Layra dan terus memeluk Amir
"Ding..dong!" Bunyi loceng meleraikan pelukkan mereka
"Tak apa saya bukak" kata Amir dan terus ke pintu
"Helena!"*
*
*
*
*😱😱
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-