Keesokkan paginya selepas sarapan mereka terus gerak ke Terengganu. Dalam perjalanan Adenan tiba tiba berhenti di lorong kecemasan, Luthfi yang memandu di belakang juga berhenti, Amir pula yang sudah ke depan berpatah balik
"Awak okay??" Soal Layra risau
"Okay pening sikit, rehat jap boleh??" Soal Adenan
"Depan sana ada RnR kau masuk kereta lah, adik bawa kereta pergi RnR depan tu" kata Luthfi, Layra yang baru mendapat lesen 2 minggu yang lepas hanya angguk
"Motor kau aku bawak" kata Luthfi, Adenan angguk dan terus masuk ke kereta dengan dipapah AmirAdenan hanya baring di belakang hampir 2 jam mereka di RnR. Adenan sedar ada kain di atas kepalanya. Luthfi, Tyra dan Amir sedang bersembang di wakaf hanya tinggal dia dan Layra yang juga tertidur di tempat duduk di hadapan
"Eh bro! Okay??" Soal Amir apabila melihat Adenan keluar dari kereta
"Okay sikit, berapa lama aku tidur??" Soal Adenan
"Entah tak perasan, tapi lama juga lah" kata Amir
"Nak gerak sekarang je kejap lagi??" Soal Luthfi
"Abang ni!! Nantilah, kesian Sir Andy dia tak sihat" marah Tyra, Layra terbangun apabila terdengar Tyra meninggikan suara"Kenapa ni??" Soal Layra
"Sir Andy ni!! Dia tak sihat sibuk nak bawa motor lagi!!" Mengadu Tyra
"Tak apa saya okay lah" kata Adenan
"Tak!! Sir kena rehat!! Kalau sir pengsan masa bawa motor macam mana!!" Marah Tyra
"Tyra kejap" Layra terus menarik Tyra menjauhi mereka
"Apasal kau tarik aku!" Marah Tyra
"Kan aku cakap dekat kau, jangan layan Sir Andy macam dia sakit. Layan macam biasa" kata Layra, Tyra baru sedar dia sudah terlalu mengikutkan perasaan"Aku lupa, ye lah abang kau boleh tanya nak gerak sekarang. Sir Andy tu dah lah baru lega" kata Tyra
"Abang aku tanya tu nak tahu Sir Andy tu okay tak, kalau dia cakap nanti maksudnya dia belum okay. Kalau dia cakap okay maksudnya dia okay. Sebab dia dah janji tak nak terlalu push diri dia, kalau tak larat dia berhenti" kata Layra
"Sorry" kata Tyra
"Tak apa aku pun kadang kadang terlupa juga. Tapi abang Luthfi dengan sir Amir lah tarik perhatian aku" kata Layra
"Dah habis bincang??" Tegur Amir
"Dah" kata Layra
"Jom siap siap, sir Andy nak gerak sekarang" kata Amir, mereka anggukLayra mengambil roti di dalam kereta dan memberikan pada Adenan
"Nah, makan sikit dulu. Lepastu makan ubat, baru boleh fokus" kata Layra
"Selalunya awak suapkan, kanapa tiba tiba bagi je" kata Adenan
"Nak minta orang suapkan bagitahu je lah" kata Layra, Adenan senyum dan angguk. Layra menyuapkan Adenan dan kemudian memberikan ubat pada Adenan. Selepas memberikan Adenan ubat Layra memulakan langkah ke kereta tetapi Adenan tiba tiba menarik lengan Layra
"Naik dengan saya jom" ajak Adenan, Layra yang memang menantikan ajakkan Adenan angguk laju tanpa berfikir
"Kejap saya ambil helmet" kata Layra, Adenan anggukMereka tiba di Masjid Kristal sebelum Asar dan sempat solat berjemaah di masjid. Selepas solat seorang pakcik menegur Adenan
"Awak Wan Adenan kan anak Leftenan Wan Abdul Rahman kan??" Soal Pakcik
"Ye saya, maaf pakcik kawan ayah saya ke??" Soal Adenan
"Pakcik Badrul lah ni" kata Badrul
"Ouh maaf saya tak ingat, pakcik sihat??" Soal Adenan
"Alhamdulillah sihat, mana nak ingat last pakcik jumpa kamu, kamu kecil lagi" kata Badrul, Adenan hanya senyum
"Kamu cikgu kan sekarang??" Soal Badrul, Adenan angguk"Tercapai juga cita cita arwah ayah kamu" kata Badrul, Adenan hanya senyum tahu ayahnya mahukan anaknya menjadi seorang penyebar ilmu. Selepas berborak kosong mereka terus bergerak ke rumah Adenan untuk berehat di sana 3 hari sebelum ke Chemerong untuk hiking pula
"Assalamualaikum" ucap Adenan
"Waalaikumsalam, sampai pun jom masuk semua. Bersihkan badan lepastu kita makan sama sama" ajak Adeera. Mereka masuk dan merehatkan diri sebelum menunggu giliran untuk membersihkan diri
"Adik kakak ni okay??" Soal Adeera
"Okay macam biasalah kak pening nak muntah tu" kata Adenan"Akak adik nak minta something boleh??" Soal Adenan, Adeera angguk
"Adik teringin nak akak masak mee kari" kata Adenan
"Tapi bukan adik cakap nak Qiesyh masak mee goreng udang ke tadi??" Soal Adeera
"Nak dua dua" kata Adenan sambil tersenyum
"Ye lah akak masak" kata Adeera
"Thank you akak" ucap Adenan sambil melepaskan ciuman di pipi Adeera
"Malu Qiesyh nampak" kata Adeera
"Ala biarlah siapa adik akak?? Andy ke Qiesyh??" Soal Adenan
"Ye lah" mengalah AdeeraAdeera terus ke biliknya dan menangis semahunya, tak pernah terfikir Adenan akan meninggalkannya seawal ini
"Akak??" Tegur Layra, Adeera terus mengelap air matanya
"Ye Qiesyh" nyahut Adeera
"Akak okay??" Soal Layra, Adeera angguk sambil tersenyum. Layra tahu Adeera menipunya tetapi Layra hanya senyum dan terus ke dapur untuk mula memasak. Selepas makan malam, mereka duduk bersembang di pangkin luar rumah. Sedang mereka bersembang kosong, Adeera memanggil Adenan
"Kenapa kak??" Soal Adenan
"Mak panggil" kata Adeera, Adenan memandang pelik. Sepanjang hidupnya tidak pernah Saadah memanggilnya. Adenan hanya melangkah masuk dan berjalan ke bilik Saadah"Mak" panggil Adenan, Saadah hanya memandang. Adenan melangkah masuk dah duduk di kerusi di sebalah Saadah
"Mak nak minta maaf pada Andy" kata Saadah, Adenan terdiam
"Mak tahu mak banyak dosa pada Andy pada dan ibu" kata Saadah, Adenan tetap diam
"Ibu baik dekat mak tapi mak yang selalu buat ibu sakit hati, mak minta maaf ye" kata Saadah lagi
"Kenapa mak tak suka ibu??" Soal Adenan itulah perkara yang ingin dia tahu dari dahulu lagi
"Sebab fitnah" kata Saadah, Adenan hanya diam fokus mendengar"Masa ibu dengan mak sebaya Qiesyh, ibu di fitnah dia berkhaluat dengan ayah mak. Tapi bila di siasat tak ada pun dan mak dah tahu pun tu fitnah. Tapi lepas kejadian tu ayah mak tak ada rezeki, kerja pun tak ada keluarga mak hidup susah lepas kejadian tu sebab tu mak berdendam dengan ibu. Mak kahwin dengan ayah umur mak 21 tahun. lepas kakak lahir mak memang berniat nak balas dendam dekat ibu jadi mak sendiri paksa ayah kahwin dengan ibu. Atas alasan ibu sakit waktu tu tak ada siapa nak jaga. Ayah pula masa tu memang dah geram dengan mak sebab asik paksa je jadi dia setuju. Ayah kahwin dengan ibu masa umur kakak 10 tahun. Lepas 3 tahun ayah dengan ibu kahwin Andy lahir" cerita Saadah
"Ibu sakit apa??" Soal Adenan
*
*
*
*
*Akhirnya hubungan anak dan ibu menjadi baik ☺️☺️
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
Roman d'amourMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-