2

335 10 2
                                    

Adenan memberanikan diri mendekati tubuh itu dan berhenti berdekatan
"Assalamalaikum" ucap Adenan
"Waalaikumsalam" balas perempuan itu sambil menoleh pada Adenan
"Sir Andy??" Soal perempuan
"Arrh!!" Terkejut Adenan melihat kepala perempuan itu berdarah
"Saya Aqieysh lah sir" kata Layra
"Kalau awak manusia dan Islam buktikan" kata Adenan. Layra membaca ayat kursi. Adenan melepaskan nafas lega.
"Sorry saya fobia, kenapa kepala awak ni?!" Soal Adenan, Layra hanya diam

"Jom kita balik office dulu, tengok kepala awak tu" kata Adenan, Layra geleng
"Ibu dengan Abi mesti risaukan saya" kata Layra
"Ye saya tahu, tapi kalau awak balik dengan muka penuh darah ni lagi dia orang risau. Jom" ajak Adenan,Layra akur dan terus membonceng Adenan ke office balik
"Ya allah!!" Terkejut Aman, Qie dan Ezam melihat wajah Layra penuh darah
"Dah bawak pergi klinik tak??" Soal Am
"Dah, tapi nurse tu lurus bendul aku minta xray memang xray je dia buat, luka dia tak ubatkan pun. Bila aku suruh dia cakap sikit je boleh ubat sendiri. Sakit betul hati aku" marah Adenan sambil mencapai first aid

"Tahan sikit eh" kata Adenan sambil merawat luka di kepala Layra. Selepas merawat Adenan dan Aman menghantarnya ke rumah
"Ya Allah anak ibu!" Linda terus memeluk erat Layra
"Terima kasih cikgu" ucap Ahfaz
"Tak ada apa apa lah, memang tanggungjawab kami" kata Adenan
"Pasal kepala dia tu saya dah bawa pergi klinik, doktor cakap tak ada apa apa serious" kata Adenan, Ahfaz mencapai dompetnya untuk membayar kos rawatan
"Eh encik! Tak apa, kos rawatan tu pihak kami yang tanggung. Kami mohon maaf sangat sangat" kata Adenan
"Tak apa, terima kasih banyak banyak" ucap Ahfaz dan Linda, Adenan dan Aman angguk kemudian terus balik

Selepas bayang Adenan dan Aman hilang dari pandangan, Ahfaz terus meneliti luka di dahi Layra
"Cerita dekat abi apa jadi??" Soal Ahfaz
"Kakak buat??" Soal Linda, Layra tetap diam
"Tak apa kakak dah tidur, cerita dekat abi dengan ibu" kata Ahfaz lembut, sangat kenal dengan Layla yang tak pernah suka dengan adiknya

Throwback...
"Sir saya balik dulu ye, nanti Layla tunggu saya" kata Layra dan terus berlari ke bawah
"Kau lambat balik sendiri! Jalan tu cepat sikit" kata Layla sambil menunjukkan kearah jalan yang gelap dan terus menghidupkan motor
"Tak akan adik nak lalu jalan gelap tu" kata Layra
"Pergi je lah!" Kata Layla, Layra terus mencapai tangan Layla tetapi ditolak Layla dan kepala Layra terhantuk di dinding
"Kakak!!" Panggil Layra apabila melihat Layla terus menunggang motor meninggalkannya. Layra sedar kepalanya berdarah dan dia memilih untuk terus balik tak mahu orang lain nampak
End throwback...

Ahfaz dan Linda tak tahu bagaimana mahu dibuat lagi dengan anak mereka. Mereka juga tak tahu kenapa Layla sangat benci dengan Layra.

Keesokkan harinya, Ahfaz menghantar mereka ke sekolah. Layra diminati ramai lelaki tetapi dia tidak pernah bercinta dengan mana mana lelaki. Layla pula lebih sosial, sepanjang berada di sekolah menengah entah berapa kali dia menukar teman lelaki dan kebanyakkan lelaki yang mendekati Layla hanya kerana mereka mahu mendekati Layra
"Hah! Buat apa tu?!" Sergah Tyra
"Kau ni terkejut aku" kata Layra
"Apasal kepala kau bertampal ni??" Soal Tyra
"Jatuh semalam, sikit je" kata Layra
"Layla buat??" Soal Tyra, Layra hanya senyum
"Apa kes pulak kali ni??" Soal Tyra
"Aku lambat keluar kelas semalam" kata Layra
"Bukan korang berdua memang kena panggil ke??" Soal Tyra

"Haah tapi Layla bla dulu, sir Andy borak dengan aku kejap" kata Layra
"Lepas tu dia pukul kau??" Soal Tyra
"Tak lah, kan aku cakap aku jatuh" kata Layra
"Dah lah tak nak cerita nanti aku tanya Sir Andy je lah" kata Tyra, Layra hanya tersenyum. Dia yakin Adenan tak akan menceritakan kejadian semalam pada sesiapa
"Ni malam ni kita kelas dengan abah Am tau" kata Tyra, Layra memandang tak faham
"Siapa abah Am??" Soal Layra
"Sir Aman, dia suruh kita orang panggil dia abah Am" kata Tyra, Layra angguk
"Hi adik!" Tegur Layla, Layra hanya diam
"Kau nak apa??" Soal Tyra

"Sebok lah kau! Aku nak cakap dengan adik aku" kata Layla
"Macam mana malam tadi?? Pukul berapa sampai rumah??" Soal Layla, Layra hanya diam
"Sian bertampal" kata Layla sambil memukul luka Layra dan terus berlalu pergi
"Aarhh!" Erang Layra
"Kau kan!!" Geram Tyra. Hari Layla tak akan lengkap andai tak menyakiti adiknya. Layla sangat benci andai adiknya lebih darinya tetapi dia tak pernah usaha untuk mejadi lebih baik dari Layra, yang dia tahu hanya membuat adiknya gagal setiap perkara Layra lakukan

Waktu malam tiba, Ahfaz risau andai Layra ditinggalkan lagi, jadi dia memilih untuk menghantar Layra dan Layla mahu pergi sendiri.
"Balik nanti abi ambil tau" kata Ahfaz
"Tak apa abi, adik balik dengan Tyra. Adik dah janji dengan dia" kata Layra
"Betul??" Soal Ahfaz, Layra angguk
"Ye lah, belajar rajin rajin. Jangan lupa bagi makanan tu" pesan Ahfaz, Layra angguk. Selepas menyalam Ahfaz dia terus ke kelas
"Assalamualaikum" ucap Layra
"Waalaikumsalam" balas Qie sambil melepaskan senyuman

"Nah untuk abang Qie dengan tutor yang lain" kata Layra sambil meletakkan makanan di atas kaunter
"Wah terima kasih Layra, ni nanti sebelum balik jumpa abang dulu eh, abang nak bagi jadual dengan barang sikit" kata Qie, Layra angguk dan terus masuk ke kelas. Di dalam kelas hampir penuh dengan pelajar Aman, Aman pula di luar menyiapkan nota. 10 minit sebelum kelas bermula, Aman masuk ke kelas bersembang kosong dengan pelajarnya dan menyanyi bersama
"Abah BTS lah" pinta salah seorang pelajar perempuan
"Ah! Minggu lepas dah BTS minggu ni abah nak dengar hindustan" kata Aman
"Ala!!" Aman melayan pelajarnya hingga tiba waktu mengajarnya

Sepanjang kelas berjalan, Aman memandang Layra dan Layla tiba tiba teringat CCTV mereka tengok semalam
"Okay kelas abah bagi 3 minit buat soalan ni" kata Aman, pelajarnya terus fokus membuat latihan. Aman berjalan mendekati Layra
"Awak okay??" Soal Aman, Layra angguk. Aman senyum dan terus berjalan menuju ke pelajar lelaki pula. Layra tak senang duduk apabila Tyra tak dapat datang malam itu kerana kurang sihat, waktu kelas tamat dia terus ke kaunter berjumpa dengan Qie
"Hah Layra, nah ni jadual, ni buku nota, t shirt dan hoodie SS" kata Qie sambil menyerahkan semua barang
"Terima kasih abang Qie" ucap Layra
"No prob, ni Layla dah keluar tadi. Awak balik dengan siapa??" Soal Qie, Layra terdiam

*
*
*
*
*

🤔🤔

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now