19

191 6 3
                                    

"Okay, straight forward abi nak tahu syarat Adenan dan syarat Layra" kata Ahfaz
"Adenan sakit dan mungkin tak akan hidup lama" kata Adenan
"Maksud Adenan??" Soal Ahfaz
"Adenan ada kanser otak tahap 3" kata Adenan, Linda dan Ahfaz terdiam
"Nak mati dah ke sir Andy ni" tiba tiba suara Layla cakap di belakang
"Eh mulut kau tu jaga sikit eh!!!!" Marah Layra
"Betul lah, stage 3 dah tak lama lagi tu naik lah stage 4 lepastu mati" kata Layla
"Kau yakin ke dia akan mati dulu!! Mana tahu kau yang mati dulu!!!" Marah Layra

"Layla naik atas!!" Arah Ahfaz
"Abi lupakan lah apa yang Layla cakap tu, tak nak lah Layla kahwin dengan mayat hidup ni" kata Layla, Adenan hanya diam walaupun pedih dirasai
"Sekali lagi kau cakap macam tu mati kau aku kerjakan!!!" Marah Layra
"Qiesyh sudah, saya okay" tipu Adenan dengan tersenyum
"Naik Layla!!" Arah Ahfaz, Layla terus naik ke atas
"Macam mana keadaan Adenan sekarang??" Soal Ahfaz
"Tadi baru lepas jumpa doktor, alhamdulillah tumor Adenan mula mengecil lepas 2 tahun buat kemo tapi doktor masih kena monitor dengan kerap sebab tumor Adenan masih aktif" kata Adenan
"Alhamdulillah" kata Ahfaz dan Linda serentak

"Syarat Layra apa pula??" Soal Ahfaz
"Pertama, Kami bertunang seminggu dari sekarang dan nikah 2 bulan kemudian. Kedua apa saja tentang penyakit sir Andy, sir Andy kena bagitahu Layra tak ada apa apa yang dirahsiakan dan Layra akan teman sir Andy kemana sahaja terutama urusan hospital" kata Layra, Ahfaz angguk
"So bila Adenan nak bawa family pula??" Soal Linda
"InsyaAllah Adenan akan hantar wakil awal sikit. Jadi syarat pertama Qiesyh tu Adenan tak ikutlah sebab sementara Adenan okay ni Adenan rasa rombongan datang terus tunang" kata Adenan, Layra terus memandang Adenan
"Okay abang setuju, kalau macam tu lusa malam boleh?? Layra tak ada tusyen, Adenan ada kelas ke??" Soal Ahfaz
"Tak apa Adenan boleh minta cikgu lain ganti" kata Adenan, Ahfaz angguk

Adenan balik dengan senyuman yang sangat lebar. Amir yang sedang mengemas barang juga sedar tingkah pelik Adenan
"Kau apasal senyum lebar semacam ni?? Ada berita gembira ke??" Soal Amir
"Lusa aku tunang" kata Adenan, Amir terus mencampak barangnya dan berlari ke arah Adenan
"Kau biar betul??" Soal Amir, Adenan angguk dengan tersenyum
"Ya Allah Alhamdulillah!!! Akhirnya terbuka juga hati kau nak kahwin" kata Amir sambil memeluk Adenan
"Family Qiesyh macam mana?? Boleh terima penyakit kau??" Soal Amir
"Kalau tak terima tak akan lusa aku tunang" kata Adenan
"Alhamdulillah! Rezeki kau Andy jumpa keluarga mentua yang baik dan terima kau seadanya tu" kata Amir, Adenan senyum
"Ni jangan lupa bagitahu kakak kau" kata Amir, Adenan angguk

Adeera adalah yang paling gembira bila dapat tahu adik kesayangannya nak kahwin. Begitu juga Luthfi, terus mengambil cuti dan book tiket flight paling awal. Harinya telah tiba, hanya keluarga kecil Ahfaz dan Linda bersama kakak Adenan, Amir, Aman dan Shazil berada di majlis yang sangat simple dan kecil itu. Layla yang penuh dengan dendam mengenggam tangan tak puas hati dengan kebahagiaan milik Layra
"Kau tak akan bahagia" kata Layla sendiri

"Terima kasih Qiesyh terima adik akak tu, gembira sangat akak bila dia call cakap nak bawa akak datang KL sebab dia nak tunang. Rasa nak melompat ke langit 7 tau" kata Adeera, Layra hanya senyum
"Ni korang berdua walaupun dah ada ikatan ni jangan nak bersweet sweet dekat depan student lain eh" kata Shazil
"Baik papa"
"Baik Sir" kata mereka
"Kami gerak dulu lah ye, dah lewat ni" kata Aman
"Ye lah, terima kasih ye" ucap Ahfaz
"Jumpa nanti" kata Adenan lembut pada Layra, Layra angguk dan senyum
"Eh sudah!! Tak payah nak sweet sangat, sambung nanti" kata Amir sambil menarik tangan Adenan ke kereta

Layra terlalu gembira sehingga tak mampu melelapkan matanya. Sedang Layra sedang mengambil angin di luar, Luthfi menegurnya
"Apa yang termenung ni?? Encik tunang dah ada. Apa yang difikirnya lagi tu??" Soal Luthfi
"Tak ada apalah, Layra just happy" kata Layra, Luthfi tersenyum
"Esok abang balik tau" kata Luthfi
"Awalnya!! Duduk lah sini lama sikit" kata Layra terus memeluk lengan Luthfi
"Tak boleh sayang, abang ada project besar nak uruskan dekat sana" kata Luthfi, Layra terus muncungkan mulutnya
"Janganlah macam ni, kali ni abang balik rasa tenang sikit sebab dah ada orang jaga adik manja abang ni" kata Luthfi
"Jadi Layra jangan lah sedih macam ni" kata Luthfi
"Layra nak hantar abang pergi airport boleh??" Soal Layra
"Boleh, abang tahu adik abang ni nak hantar sebab tu abang ambik flight petang" kata Luthfi! layra terus tersenyum
"Kan comel senyum macam ni, dah tak nak masam masam" kata Luthfi sambil memeluk adiknya

**********

Keesokkan harinya selepas balik sekolah, Layra dan Layla bersama Ahfaz dan Linda menghantar Luthfi ke airport
"Assalamualaikum, sorry lambat" kata Adenan
"Sir buat apa dekat sini??" Soal Layra
"Abang yang panggil dia, Andy aku nak cakap dengan kau sikit" kata Luthfi, Adenan angguk dan mengikut Luthfi berjalan jauh sedikit dari keluarganya
"Aku mungkin tak akan balik dalam masa terdekat ni sebab aku ada project besar nak uruskan dekat sana. Mungkin aku balik waktu kau nak nikah nanti je tu pun sama mungkin tak lama. Jadi apa sahaja yang jadi dekat sini kau bagitahu aku eh" pessn Luthfi
"InsyaAllah" kata Adenan

"Ni satu lagi, apa sahaja berita buruk yang kau dapat tahu pasal Layra bincang elok elok dengan dia dan kalau kau nak kepastian tanya aku" kata Luthfi
"Maksud kau berita buruk??" Soal Adenan
"Lepas ni mesti kau akan dapat macam macam berita buruk pasal Layra dan semua tu direka oleh Layla sebab dia tak suka tengok adik dia tu bahagia" kata Luthfi
"Haritu dia cakap dia tak kesah lepas dapat tahu penyakit aku" kata Adenan, Luthfi tersenyum
"Memanglah tapi dia akan buat apa saja asalkan adik dia tu merana. Sekarang ni kau dengan Layra tengah bahagia nanti dia akan rosakkan hubungan korang dan Layra akan merana" kata Luthfi, Adenan angguk faham

Selesai berbincang mereka jalan mendekati keluarga Ahfaz semula
"Lama bersembang" kata Ahfaz, Adenan Luthfi hanya senyum
"Bagitahu wasiat abi" kata Luthfi, Ahfaz dan Linda senyum tahu sangat apa pesanan yang diberikan pada Adenan
"Okaylah abang masuk dulu, nanti lewat sangat pula" kata Luthfi, Ahfaz dan Linda angguk
"Layla jangan buat denda yang memalukan keluarga faham" pesan Luthfi sambil memeluk dan mencium Layla. Walaupun perangai Layla teruk tetapi itu bukan alasan untuk Luthfi membenci adiknya
"Layra apa apa call abang okay, ingat walaupun korang dah bertunang jangan nak suka hati keluar lewat malam. Pastikan nak keluar minta izin abi dan ibu faham" pesan Luthfi, Layra angguk

"Kalau ada apa apa abi dengan ibu call je abang, InsyaAllah abang cuba balik" kata Luthfi
"Ye lah. Anak ibu ni hati hati dekat sana. Jaga solat, jaga diri dekat tempat orang. Apa apa call je kami dekat sini" pesan Linda, Luthfi angguk
"Andy ingat tau" kata Luthfi, Adenan angguk. Luthfi terus jalan ke belepas
"Abi ibu, Adenan nak minta izin nak bawa Qiesyh keluar makan. Nanti Adenan terus bawa dia pergi tusyen" kata Adenan
"Ye lah, hati hati" pesan Ahfaz, Adenan angguk
"Nak ikut"

*
*
*
*
*

Aduh sibuk lah 😡😡

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now