37

144 4 1
                                    

Selepas selesai mengambil hadiah mereka terus ke SS
"Assalamualaikum" ucap Amir
"Waalaikumsalam" balas staff SS
"Pengantin baru melawat kawasan" sakat Qie, Amir dan Layra hanya senyum
"Sir ada??" Soal Amir
"Sir kejap lagi datang, dia pergi cawangan KL" kata Qie
"Assalamualaikum" ucap Shazil
"Waalaikumsalam" balas mereka
"Panjang umur sir" kata Yan
"Kutuk aku lah tu" kata Shazil

"Mir, Qiesyh ada apa apa ke??" Soal Shazil
"Hari ni ada kelas Arwah kan??" Soal Amir
"Haah, tapi still campur lah sebab cikgu cawangan KL minggu depan baru sampai. Asal??" Soal Shazil
"Arwah ada bagi surat wasiat dengan tu hadiah untuk anak anak dia" kata Amir sambil menunjukkan ke arah kotak yang terletak di atas kaunter
"Hari ni memang kelas Emaz je sebab kena pakai dewan kan" kata Shazil
"Kalau macam tu Amir nak ambil masa Emaz sikitlah" kata Amir, Shazil angguk membenarkan

Emaz terpaksa mengajar hampir 200 pelajar serentak kerana tiada guru di cawangan KL
"Okay semua ni bukan seminar ye, SS terpaksa kumpulkan pelajar sebab cawangan KL tak ada cikgu, minggu depan baru akan ada cikgu baru ye semua" kata Emaz sebelum memulakan kelas, Shazil tiba tiba masuk dan terus berjalan ke depan kelas
"Semua anak anak papa, hari ni sir Emaz akan mengajar sampai pukul 9:30 sahaja ye, selepas tu ada beberapa perkara yang kami nak bagitahu kamu semua. So lepas sir Emaz habis terus kemas barang ye dan duduk dengan selesa" pesan Shazil, pelajar hanya angguk. Pelajaran berjalan seperti biasa, bergelak tawa dalam kelas. Tiba waktunya, Emaz mengarahkan mereka mengemas barang dan semua bersedia menunggu Shazil masuk

"Anak anak papa, lepas ni kamu semua akan terima berita kurang baik jadi papa nak kamu kuat ye. Sir Amir yang akan sampaikan berita tu" kata Shazil, Amir yang dari awal kelas duduk di belakang terus bangun dan berjalan ke depan
"Assalamualaikum semua, Sir tak kuat untuk bagitahu berita ni tapi sir terpaksa sebab tak nak kamu semua ternanti nanti. Ada surat Sir Andy bagi pada Sir untuk sir baca pada kamu semua, sir hanya mampu baca sekali jadi fokus pada sir ye" pesan Amir, pelajar hanya angguk

Assalamualaikum anak anak sir, how's your day doing today?? Is it good?? Sir harap korang semua baik baik and happy selalu. Bila Sir Amir baca surat ni pada kamu semua bermakna sir tak akan balik dan mengajar kamu semua dah, Sir Emaz yang akan mengajar kamu semua dan mungkin akan ada sorang lagi cikgu baru. Jangan risau dua dua cikgu tu akan ajar sama macam sir ajar kamu semua termasuk cikgu baru tu sebab sir yang interview dia dan sir yang cari sendiri. So tugas kamu semua hanya belajar bersungguh sungguh dan banggakan diri sendiri dan parents okay.

Apa yang kamu semua akan dengar nanti tolong kuatkan diri dan sir tak nak kamu sedih sampai hilang semangat. Sir minta maaf selama 2 tahun sir terpaksa tipu kamu semua, sir cakap sir sihat, sir okay, sir kuat but I'm not. 2 tahun lepas sir disahkan menghidap kanser otak stage 3. Sir berharap sepenuhnya pada chemotherapy dan ubat. Ikutkan sir tak nak bagitahu kamu semua sampai bila bila sebab sir tak nak kamu semua hilang semangat tapi sir yakin anak anak sir semua kuat semangat dan tak akan berhenti di tengah jalan. Sir nak kamu semua jadi orang yang berguna pada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

If one day korang jatuh ingat pesan sir, Allah tak akan uji hambanya luar dari kemampuan hambanya, sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kalau korang rasa perlu menangis silakan but ingat lepas lap air mata be a new you okay. Sir halalkan segala ilmu yang sir berikan pada kamu semua dan sir juga minta halal jika ada terkurang dari semua perkara. Maafkan salah silap sir ye, mungkin sir tergurau kasar ataupun terguris hati kamu semua. Jangan risau kamu semua tak ada apa apa dosa dengan sir baik sir tahu atau tak semua sir dah maafkan. Sir sayang korang dunia akhirat tau. Janji dengan sir tak nak sedih sedih okay. Pastikan korang berjaya dan dapat rezeki yang halal okay tak kisahlah jual burger sekali pun okay. Sir tak boleh nak buat line up, minta sir Amir nanti ye. Love you guys

Sir Wan Adenan

Semua yang mendengar surat yang dibaca itu mengalirkan air mata termasuk Amir.
"Sir Wan Adenan Wan Abdul Rahman meninggal pada hari Jumaat minggu lepas, 11 pagi" kata Amir dengan teresak esak. Satu kelas hanya dengar suara tangisan tiada yang mampu ke hadapan dan bersuara termasuk Shazil
"Sir Andy ada tinggalkan hadiah untuk korang, nanti beratur ambil dekat depan ye" pesan Amir selepas mula mendapat kekuatan
"Sir... nak line up" minta seorang pelajar, Amir angguk
"Boys girls line up!!" Arah Amir, pelajar mengambil beg dan beratur seperti biasa. Amir membuat hi five dan memeluk pada pelajar lelaki dan flying kiss pada pelajar perempuan.

Selepas semua pelajar keluar, Amir sedar Layra yang masih tunduk menangis. Amir terus duduk di sebelah Layra dan memeluknya sehingga Layra tenang. Selesai urusan di SS, Amir dan Layra balik ke rumah Ahfaz
"Bila kita pergi Amsterdam??" Soal Layra dalam perjalanan
"Hujung minggu ni. Esok lepas saya sarapan kita balik rumah saya. Hari jumaat lepas solat jumaat kita balik rumah awak semula nak kemas barang" kata Amir
"Flight hari apa??" Soal Layra
"Ahad" jawab Amir

Tiba di rumah, Layra terus naik ke atas dan Amir ke dapur. Amir mencapai 2 gelas dan membuatkan susu untuk Layra dan teh untuknya. Sedang Amir fokus membuat air tiba tiba badannya dipeluk dari belakang, air panas yang dipegang tertumpah sedikit ditangannya.
"Apa ni Layla!!!" Marah Amir apabila melihat Layla
"Tidur dengan I malam ni" ajak Layla dengan suara menggoda
"Jaga sikit maruah tu!!" Marah Amir sambil memegang tangannya yang masih pedih, Luthfi dan Layra terdengar suara Amir memarahi Layla terus turun ke bawah
"Layla!!! Kenapa pakai macam ni!!!" Marah Luthfi dan terus mencapai tuala dan membalut kaki Layla yang terdedah.

*
*
*
*
*

Apa masalah Layla tu 🤬🤬

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now