"Apa apa saya akan bagitahu En Amir" kata Naim selepas menyoal berbagai soalan pada Amir
"Terima kasih Tuan" ucap Amir, Naim senyum dan terus berlalu pergi bersama anggotanya
"Kak Ani tolong kemas ye, saya nak bawak Qiesyh naik atas" kata Amir
"Baik Amir" akur Kak Ani
"Han dengan Izani tolong kak Ani eh" tambah Amir, mereka senyum dan angguk kemudian Amir terus mengangkat Layra yang sudah tertidur di sofa naik ke atas
"Sayang tidur ye, Habib nak tukar baju" kata Amir perlahan selepas menyelimutkan Layra, Layra tiba tiba memegang tengan Amir Erat
"Jangan tinggalkan sayang" rayu Layra dengan mata yang tertutup rapat
"Hey, Habib tak akan tinggalkan sayang" kata Amir dan duduk semula di sebelah Layra. Layra terus memeluk erat tangan Amir akhirnya Amir tertidur duduk dengan tangannya masih dipeluk kuat LayraAmir tersedar jam menunjukkan pukul 4 pagi, Amir bangun dan terus turun ke bawah. Tubuh Farhan yang berdiri tegak di hadapan pintu ditegur Amir
"Han?" Panggil Amir
"Eh abang, abang terbangun ke??" Soal Farhan
"Haah, kau buat apa berdiri tegak dekat depan pintu ni??" Soal Amir
"Kawal kawasan rumah bang" kata Farhan sambil tersenyum
"So kau tak tidurlah dari tadi??" Soal Amir
"Haah, abang nak apa apa ke saya ambikkan" kata Farhan lembut
"Tak apa abang boleh ambik sendiri" kata Amir"Dekat dapur ada Izani tau bang" kata Farhan, Amir hanya angguk dan terus ke dapur mengambil air
"Izani, Han abang nak cakap sikit" kata Amir, mereka terus melangkah mendekati Amir
"Korang tak perlu berjaga macam ni, abang bukannya raja atau anak raja yang perlu dikawal rapi macam ni. Cukup korang pastikan pintu semua kunci, tingkap tutup rapat sudah. Rumah ni pun penuh alarm dengan cctv merata Insyaallah tak ada apa apa" kata Amir
"Tapi bang.."
"Dah tak ada tapi tapi, korang pergi tidur lepas pastikan semua pintu tingkap tutup and alarm on. Selamat malam" kata Amir dan terus berjalan naik ke atasKeesokkan harinya, Amir bangun dan terus berdiri di balkoni bilik mereka
"Andy, dulu kau nak sangat beli rumah besar macam ni nak duduk dengan mak dan kakak kau. Kau tahu hari tu aku bawak dia orang pergi rumah baru senyum sampai ke telinga dia orang tau. Kau berjaya Andy, kau berjaya bahagiakan kami walaupun kau tak ada di sisi kami. Andy, Terima kasih hadir dalam hidup aku. Tetap bahagiakan aku dengan Qiesyh. Bila kau tak ada ni aku rasa aku makin tak kenal kau. Banyak benda yang baru pasal kau aku tahu. Tapi tak apa aku yakin mesti ada sebab kenapa kau tak bagitahu aku benda tu semua. Terima kasih Andy. Terima kasih sangat sangat" kata Amir dalam hati dengan air mata yang mengalir. Tiba tiba pinggang Amir dipeluk dari belakang"Sayang dah bangun" kata Amir sambil lap air matanya, Layra terus memandang wajah Amir
"Habib menangis ke??" Soal Layra sambil mengusap pipi Amir
"Tak lah, baru lepas menguap tadi" tipu Amir
"Sayang tahu Habib tipu sayang" kata Layra dan terus memeluk Amir, Amir tersenyum sambil membalas pelukkan Layra
"Habib nak pergi rumah bujang nak kemas sikit, sayang nak ikut atau.."
"Nak ikut!" Layra terus memotong ayat Amir, Amir senyum dan angguk sambil mengusap kepala Layra
"Sayang pergilah mandi bersiap, Habib tunggu dekat bawah" kata Amir, Layra angguk dan terus masuk ke bilik airSedang leka Amir melayan Farhan dan Izani bermain PS5 sementara menunggu Layra bersiap, phone Amir berbunyi
"Assalamualaikum Tuan Naim" ucap Amir
"Baik saya akan ke sana" kata Amir kemudian panggilan dimatikan, dalam masa yang sama Layra turun ke bawah
"Sayang nak ikut Habib pergi balai atau nak tunggu dekat rumah nanti settle hal balai Habib datang ambik?" Soal Amir
"Balai??" Soal Layra pelik
"Haah tadi Tuan Naim call Habib nak jumpa" kata Amir
"Sayang nak ikut Habib" kata Layra, Amir anggukMereka tidak bersarapan di rumah terus keluar ke Balai Polis
"Ye Encik boleh saya bantu" kata anggota yang berada di kaunter
"Saya nak jumpa dengan Inspector Naim. Saya dapat panggilan dari dia minta saya datang ke balai" kata Amir
"Sekejap ye Encik saya minta kepastian dari Inspector Naim" kata Anggota, Amir hanya angguk. Tidak menunggu lama, anggota tersebut memanggil Amir dan mengikutnya ke bilik Naim
"Tuan!" Tabik anggota yang membawa mereka, Naim angguk dan berdiri menyambut Amir dan Layra"Nanti ada lagi sorang awak bawak je masuk ye, tak payah tanya saya" kata Naim selepas bersalaman dan menjemput Layra dan Amir duduk di kerusi yang disediakan
"Maaf kalau saya mengganggu aktiviti hujung minggu Encik Amir dan Puan Layra" kata Naim sebelum memulakan perbincangan
"Eh tak pun. Ada apa apa berita ke tentang kes tu??" Soal Amir mula serius
"Encik Amir kenal Helena Dato Mohd Azaril??" Soal Naim juga mula serius
"Tak, yang saya kenal Helena Mohd Azril" kata Amir, Naim terus mencapai file dari lacinya dan menunjukkan gambar pada Amir"Ini ke Helena Mohd Azril yang Encik maksudkan??" Soal Naim
"Hah ni lah!!" kata Amir sambil angguk laju
"Nama sebenar dia adalah Helena Dato Mohd Azaril" kata Naim
"Mustahil Tuan, Helena yang saya kenal dari keluarga susah, ada sorang adik masih belajar dan ibu bapanya tak sihat" kata Amir
"Assalamualaikum" ucap seorang lelaki dari muka pintu
"Waalaikumsalam, Encik Hezmi silakan" ajak Naim dengan lembut
"Ni Encik Amir dan isterinya Puan Layra. Encik Amir, Puan ni Hezmi Dato Mohd Azaril adik kepada Helena Dato Mohd Azaril" kata Naim, Amir dan Hezmi bersalaman"Saya tak faham, apa semua ni??" Soal Amir
"Helena yang Encik Amir kenal telah membuat pengenalan palsu selepas pulang dari Dubai, dan 3 orang penceroboh yang masuk rumah Encik tu adalah suruhan Helena, sekarang kami masih mencari Helena dan tujuan utama saya panggil Encik Amir adalah untuk minta izin Encik Amir anggota saya nak gunakan rumah Encik Amir sebagai perangkap untuk Helena" kata Naim
"Kejap saya tak faham, siapa Helena Dato Mohd Azaril ni??" Soal Amir tak puas hati
"Dia orang yang sama Encik kenal" kata Naim
"Encik Amir, macam ni nanti saya explain semua pada Encik dan Puan" kata Hezmi
"Okay, kalau macam tu saya dan isteri tak boleh duduk situ atau apa??" Soal Amir*
*
*
*
*🫠🫠
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-