34

165 5 0
                                    

Majlis yang sepatutnya menjadi bahagia bertukar muram dengan air mata. Layra tersandar lemah di bahu Amir dan Adeera memeluk Saadah erat. Aman pula terus keluar dari rumah selepas menutup muka Adenan
"Amir hantar Layra naik atas" kata Ahfaz, Amir angguk dan membantu Layra bangun dan memapahnya naik ke bilik
"Awak rehat ye" kata Amir apabila tiba di bilik Layra
"Sir" panggil Layra, Amir hanya berdehem
"Saya nak ikut pergi kubur boleh??" Soal Layra, Amir angguk dan senyum. Kemudian dia meninggalkan Layra sendiri dan terus ke balai polis bersama Aman untuk membuat report. Selesai segala urusan dengan pihak berkuasa, Amir balik semula di rumah Ahfaz

"Akak nak bawa arwah balik Terengganu ke??" Soal Amir apabila tiba di rumah Ahfaz
"Andy nak dikebumikan dekat tempat dia hembus nafas" kata Adeera, Amir hanya angguk. Jenazah diuruskan di masjid berdekatan dengan rumah Ahfaz. Kemudian solat janazah diimamkan oleh Amir dan selepas Zohor mereka menghantar Adenan ke rumah barunya. Amir, Aman, Luthfi dan Shazil yang turun ke liang lahad dan menyambut Jenazah Adenan. Segala urusan di tanah perkuburan selesai sebelum asar.
"Akak nak balik rumah dulu ke??" Soal Amir
"Haah, nak uruskan mak dulu. Nanti malam tahlil dekat rumah Qiesyh kan??" Soal Adeera
"Haah, abi Qiesyh suruh buat dekat rumah dia je lagipun makanan kenduri tu ada banyak, boleh jadikan makanan untuk tahlil nanti" kata Amir, Adeera hanya angguk. Aman terus meninggalkan mereka dan menghantar Adeera dan Saadah ke rumah Adenan

"Sir Amir!!" Panggil Tyra apabila Layra pengsan semasa Tyra memapahnya, Amir terus berlari mendapatkan Layra dan mendukungnya ke kereta. Tiba di rumah, Amir membaringkan Layra di katilnya
"Nah, nanti dia bangun kau suaplah dia" kata Luthfi sambil meletakkan satu dulang di meja
"Kau okay Mir??" Soal Luthfi
"Tipulah kalau aku cakap aku okay" kata Amir, Luthfi faham maksud Amir hanya memukul lembut bahu Amir
"Kau pun jangan lupa makan, ibu bagi lebih tu" kata Luthfi, Amir angguk. Luthfi terus keluar dan turun ke bawah
"Qiesyh macam mana??" Soal Arfan
"Kejap lagi okaylah tu, dia tak makan dari malam tadi" kata Luthfi. Arfan dan Luthfi hanya pernah jumpa sekali semasa mereka sekeluarga berjumpa dengan keluarga Amir

Layra sedar selepas Amir selesai solat Asar. Layra terus duduk apabila mendengar Amir berdoa
"Awak okay??" Soal Amir selepas melipat sejadah, Layra hanya angguk
"Nah, saya suap sikit. Ibu cakap awak tak makan dari malam tadi" kata Amir. Layra geleng, tiada selera
"Sikit je, 5 suap lepastu minum air. Nanti malam nak tahlil tak larat pula" pujuk Amir, Layra akur. Hanya 3 suap Layra makan, Amir juga tak terlalu memaksa
"Nah habiskan air ni" kata Amir, Layra akur dan menghabiskan air
"Awak pergi mandi bersihkan badan lepastu awak rehat. Nanti saya panggil Tyra" kata Amir dan bangun dari katil. Tiba tiba Layra memegang tangan Amir
"Saya minta maaf" kata Layra, Amir terus duduk semula

"Kenapa awak minta maaf?? Awak tak salah apa apa pun dengan saya" kata Amir
"Saya buat sir macam tak wujud je, padahal sir suami saya" kata Layra
"Kenapa cakap macam tu, saya tak rasa macam tu pun" kata Amir
"Saya buat macam arwah tu suami saya, menangis macam orang tak betul. Ni saya buat kan" kata Layra sambil menunjukkan kesan cakar pada tangan Amir. Layra mencakar semasa dia memukul Amir selepas Amir melafazkan Lafaz istirja'
"Qiesyh, saya tak akan pernah paksa awak untuk lupakan Andy walaupun sepanjang perkahwinan kita. Sebab saya tahu bukan mudah untuk awak nak melupakan dia. Jangan risau saya okay" kata Amir sambil tersenyum
"Dah pergi mandi, kotor kotor balik dari kubur tadi. Saya nak turun bawa hantar dulang ni" kata Amir, Layra angguk

"Dan kalau ditakdirkan saya pergi dalam masa terdekat ni, saya tak nak awak meratapi saya sampai awak lupa yang awak bakal hidup dengan seorang lelaki yang pasti akan jaga, lindungi dan bahagiakan awak" kata kata Adenan bermain di minda Layra
"Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan" doa Layra, kemudian bangun dan ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas selesai majlis tahlil, Mereka berkumpul atas permintaan Amir
"Tujuan Amir minta semua kumpul ni Amir nak bagitahu keputusan yang Amir buat sendiri. Amir tak ada bincang dengan sesiapa pun termasuk Qiesyh" kata Amir, semua hanya diam dan fokus pada Amir
"Majlis untuk esok dan lusa Amir nak tukarkan pada tahlil arwah. Mana yang datang tu kita sambut je, tapi Amir dan Qiesyh tak akan naik pelamin dan pakai baju kahwin hanya pakai baju melayu dan baju kurung untuk sambut tetamu" kata Amir

"Adik okay ke??" Soal Ahfaz
"Adik ikut je keputusan sir Amir" kata Layra
"Kalau macam tu family Abi setuju" kata Ahfaz
"Ayah pun setuju" kata Kamarul, ayah kepada Amir
"Terima kasih" ucap Amir
"Akak duduk sini lagi 2 hari ye, nanti Amir hantar akak balik Terengganu lepastu kita buat tahlil dekat sana pula" kata Amir
"Akak dengan mak dah bincang, Amir dah buat tahlil dekat sini pun cukup dah. Nanti dekat kampung akak sedekah makan dekat surau je" kata Adeera
"Kalau akak cakap macam tu Amir ikut je" kata Amir

***

Seperti yang dibincangkan segalanya berjalan lacar, selepas habis tahlil di rumah Amir, mereka menghantar Adeera dan Saadah balik ke Terengganu dan menguruskan makanan untuk disedekahkan ke surau kampung
"Amir dengan Qiesyh tidurlah bilik Andy tu" kata Adeera sambil memasangkan ubat nyamuk
"Tak apalah akak, Amir tidur luar je. Qiesyh awak tidur dalam lah" kata Amir masih belum mampu untuk menerima segalanya. Layra akur dan terus masuk ke bilik Adenan. Bau minyak wangi Adenan sangat kuat sehinggakan Layra mengalirkan air mata. Akhirnya Layra mengambil bantal dan selimut lalu tidur di sebelah Amir di ruang tamu. Amir tersedar apabila terdengar esak tangisan
"Awak??" Panggil Amir, Layra terus lap air mata dan menutup mulutnya tetapi tak mampu menyorokkan sedu badannya. Amir memusingkan badan Layra menghandapnya
"Hey kenapa ni??" Soal Amir sambil menyelak rambut Layra yang menutup mukanya
"Boleh saya peluk sir??" Soal Layra, Amir terus memeluk Layra dan mengusap kepala Layra. Akhirnya mereka tertidur dengan pelukkan yang erat

*
*
*
*
*

😭😭😭

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now