55

158 6 2
                                    

Tidak lama Amir di SS dia balik ke rumah
"Assalamualaikum" ucap Amir
"Waalaikumsalam, hah selamat pinggang abi" kata Ahfaz apabila melihat wajah Amir
"Kenapa Abi?" Soal Amir
"Ni adik ni berkepit je dengan abang sampai tertidur dekat sini, abi nak angkat bawa bilik" kata Ahfaz
"Tak apa Amir angkat" kata Amir dan terus ke dapur membasuh tangan dan mengangkat Layra naik ke bilik mereka

Selepas Amir meletakkan Layra di atas katil tiba tiba air mata Layra mengalir
"Sayang?" Kejut Amir lembut
"Jangan!" Jerit Layra
"Hey sayang!" Kejut Amir dengan menguatkan sedikit suaranya dan memeluk Layra
"Habib jangan tinggalkan sayang" kata Layra selepas bangun dengan air mata mengalir
"Hey Habib dekat sini, Habib tak akan tinggalkan sayang" pujuk Amir sambil memeluk erat Layra. Selepas Layra tenang Amir menghulurkan air padanya

"Sayang mimpi apa??" Soal Amir sambil membetulkan rambut Layra yang serabai
"Habib tinggalkan sayang" kata Layra sambil meletakkan kepalanya di bahu Amir
"Semalam Habib ajak tak nak ikut, kan dah masuk mimpi" sakat Amir, Layra terus memukul Amir
"Insyaallah Habib tak akan tinggalkan sayang" kata Amir sambil memeluk Layra
"Esok kita dating nak??" Soal Amir, Layra hanya angguk

"Habib" panggil Layra lembut, Amir melepaskan pelukkan dan memandang tepat wajah Layra
"Sayang lapar" kata Layra sambil mengusap perutnya
"Hasib baik sayang" kata Amir sambil mencuit hidung Layra
"Jom turun" ajak Amir, mereka turun ke bawah sambil berpegangan tangan
"Aik bukan tidur ke tadi" kata Ahfaz
"Terbangun masa abang angkat" kata Layra
"Dah pergi makan, tadi tak makan pun" kata Linda, mereka angguk dan terus ke dapur

"Tadi Habib pergi mana??" Soal Layra sambil mengambilkan lauk untuk Amir
"Pergi SS" kata Amir kemudian menyuap makanan
"Tak cakap!" Rengek Layra
"Tak plan pun, ikutkan nak jumpa abah Aman je tapi alang alang pergi SS. Ni SS kirim salam" kata Amir
"Waalaikumsalam" balas Layra dengan senyuman.

***

Keesokkan harinya, mereka berdua keluar jalan jalan berdua
"Kita nak pergi mana??" Soal Layra
"Somewhere" kata Amir dan tetap fokus pada pemanduan. Tiba tiba phonenya berbunyi nama 'Adeeb' tertera di skrin
"Assalamualaikum abg dekat mana??" Soal Adeeb dalam talian
"Waalaikumsalam, abang baru gerak ni. Nak convoy ke??" Soal Amir
"Boleh juga" kata Adeeb
"Jumpa dekat Petron la" kata Amir
"Okay bang" kemudian panggilan dimatikan
"Siapa Adeeb??" Soal Layra
"Nanti Habib kenalkan ye" kata Amir sambil tersenyum

Tiba di Petron, Amir turun dari kereta dan bersalaman dengan Adeeb
"Adeeb kenalkan isteri abang" kata Amir
"Hi Qiesyh" ucap Adeeb, Layra pelik kerana Adeeb mengenalinya tetapi Layra hanya melepaskan senyuman
"Ni Wan Adeeb adik arwah Andy" kata Amir, Layra terdiam. Belum sempat Layra menyoal apa apa, Amir bersuara
"Kau follow je la abang dari belakang, apa apa call je" kata Amir, Adeeb menunjukkan thumbs up dan mereka terus masuk ke kereta
"Adeeb tu adik arwah??" Soal Layra, Amir angguk. Kemudian dia menceritakan segala yang terjadi semalam pada Layra. Air matanya mengalir, Amir hanya mencapai dan mengenggam tangan Layra

Sepanjang perjalanan ke rumah Adeera, Layra hanya diam dan memegang tangan Amir sehingga tertidur
"Sayang, kita dah sampai" kejut Amir, Layra menggosok mata dan terkejut apabila berada di depan rumah Adeera
"Jom masuk" ajak Amir sambil membetulkan rambut Layra
"Assalamualaikum!" Ucap Amir dari luar
"Waalaikumsalam!" Balas Adeera dan dia terdiam di hadapan pintu apabila melihat wajah sahabat adiknya
"Ya Allah bertuah betul!! Kenapa nak datang tak bagitahu!!" Teruja Adeera sambil berjalan laju ke arah Layra dan memeluknya

"Akak sihat??" Soal Amir
"Alhamdulillah sihat" jawab Adeera
"Mak?" Soal Aman pula
"Mak pun sihat, ada dekat dalam" kata Adeera
"Ni siapa??" Soal Adeera sambil memandang ke arah Adeeb
"Kita masuk dulu, sembang dekat dalam. Panas ni kak!" Kata Amir
"Ye lah, jom jom masuk" ajak Adeera
"Mak! Ni anak anak angkat mak datang ni!" Kata Adeera, tersenyum lebar Saadah melihat wajah mereka
"Mak sihat??" Soal Layra sambil bersalaman

"Sihat, anak mak ni?? Dah ada isi belum??" Soal Saadah sambil mengusap perut Layra
"Belum ada rezeki lagi mak" kata Layra
"Tak apa, hidup berdua lama sikit pun tak apa" kata Saadah, Amir dan Layra tersenyum
"Mak akak, kenalkan ni Wan Adeeb adik angkat arwah Adenan" kata Aman sambil memegang bahu Adeeb
"Adik angkat??" Soal Adeera pelik
"Kita orang pun baru tahu arwah ada ambil adik angkat semalam" kata Amir
"Wan Adeeb??" Soal Saadah
"Wan Adeeb bin Wan Mohd" kata Adeeb
"Bila arwah ambil adik angkat??" Soal Adeera

"2016 arwah selamatkan saya dari ahlong ayah saya, arwah bayarkan hutang dan saya berkerja dengan arwah untuk bayar hutang saya pada arwah tapi satu sen pun arwah tak pernah ambil dari gaji saya malah dia bagi saya rumah dan kereta yang sangat selesa" cerita Adeeb ringkas
"Kerja dengan arwah??" Soal Adeera
"Satu lagi yang kita orang nak bagitahu akak dengan mak, arwah ada sebuah syarikat yang besar dah sampai ke China pun. Arwah pun ada bagi mak dengan akak harta dia, rumah dan tanah" kata Amir, Saadah dan Adeera mengalirkan air mata tanpa mereka sedar

"Arwah ada 3 tanah dekat sini pada mulanya dia bagi pada akak, Amir dan Aman dan banglow dekat Terengganu untuk akak dengan mak dan dua lagi banglow dekat KL untuk Amir dan Aman. Syarikat pada Adeeb. Ini wasiat arwah yang dibaca semalam. Tapi kami rasa tak layak untuk dapat harta arwah ye lah arwah masih ada mak dengan akak. Jadi kami hanya ambil banglow tu pun syarat yang arwah letakkan kami tak dibenarkan bagi pada sesiapa. Tanah semua kami serahkan pada syarikat arwah dan hasilnya pada mak dan akak" kata Amir
"Keuntungan syarikat pun saya cuma ambil gaji dan semuanya pada mak dan akak" kata Adeeb. Makin deras air mata Adeera dan Saadah

"So tujuan kita orang balik ni nak jumpa mak dengan akak dan tolong mak dan akak kemas untuk pindah" kata Aman
"Tapi rumah ni peningalan arwah ayah" kata Adeera, Amir dan Aman senyum
"Kita orang ada bincang tu pun kalau mak dengan akak setuju. Kita orang ingat nak jadikan tanah rumah ni sebagai tanah wakaf perkuburan lagipun akak dengan mak je yang duduk kawasan ni jauh dengan orang apa apa jadi tak ada jiran terdekat" kata Amir, Adeera memandang Saadah dan Saadah hanya angguk

*
*
*
*
*

😊😊

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now