"Abi ada kursus ke??" Soal Layla yang tiba di rumah sebelum maghrib
"Tak lah" kata Ahfaz yang masih sibuk menyusun barang Layra
"Dah tu?? Ibu??" Soal Layla lagi
"Layra nak keluar jalan jalan" Kata Linda
"Pergi mana??" Soal Layla
"Terengganu" jawab Ahfaz
"Ibu tuala mana satu??" Soal Layra sambil membawa dua tuala
"Yang biru tu besar, yang merah tu biasa. Adik pilih lah yang mana mana" kata Linda"Okay adik ambik ni" kata Layra sambil menyerahkan tuala biru pada Linda
"Dia nak pergi Terengganu je yang siap berkhemah kasut bagai ni nak pergi hiking ke??" Soal Layla
"Haah, adik nak pergi hiking" kata Ahfaz
"Bukan baru keluar hospital ke? Nanti pengsan Lagi menyusahkan orang je" kata Layla
"Biarlah dia kakak, dia nak jalan jalan. Dah pergi naik atas mandi lepastu tidur" arah Linda, Layla hanya memandang tak puas hati melihat Ahfaz dan Linda fokus membantu Layra mengemas**********
Keesokkan harinya, pukul 3 pagi Layra, Ahfaz dan Linda bangun bersiap. Linda masak nasi goreng untuk bekalan Layra dan yang lain, Ahfaz pula memeriksa barang Layra untuk kali terkahir dan Layra pula bersiap. Layla terbangun selepas terdengar bunyi pinggan terjatuh di dapur
"Adik ni tangan berminyak, nasib baik pinggan plastik kalau tak habis pinggan ibu" kata Linda
"Hehehe, sorry ibu" kata Layra
"Kenapa semua bangun awal??" Soal Layla"Adik nak gerak awal" kata Ahfaz sambil mencapai bakalan yang sudah disiapkan Linda
"Ni adik Sir Adenan tu dia bawak motor ke bawak kereta??" Soal Ahfaz
"Motor sebab nanti pergi office SS berkumpul dekat sana" kata Layra
"Sir Andy ada??" Soal Layla. Tiba tiba terdengar orang memberi salam
"Waalaikumsalam, masuk Adenan" arah Ahfaz, Adenan melangkah masuk dan bersalaman dengan Ahfaz"Boleh ke bawak ni Adenan??" Soal Linda
"Boleh Adenan dah hantar barang dekat office dulu baru datang sini" kata Adenan
"Minta maaf lah Adenan ni abang kamu ni first time lepaskan Layra ni jauh jauh" kata Linda, panggilan abang dan kakak digunakan Adenan selepas dia, Amir dan Aman kerap menemani Layra di hospital tempoh hari
"Ouh, faham" kata Adenan
"Apa apa Adenan call abang eh" kata Ahfaz
"Insyaallah bang" kata Adenan"Hi sir" ucap Layla
"Hi, eh bukan awak pergi Pulau Pinang ke??" Soal Adenan, pelik
"Baru balik semalam" kata Layla, Adenan angguk
"Semua ni ke yang nak bawak??" Soal Adenan
"Haah, boleh ke sir??" Soal Layra
"Tengok orang lah, boleh ni" kata Adenan. Ahfaz membantu Adenan membawa barang ke motor
"Adenan memang tak ada kereta ke macam mana??" Soal Ahfaz
"Ada bang tapi tak suka, leceh" kata Adenan, Ahfaz angguk faham"Eh kau dengar ni, jangan kau goda Sir Amir atau Sir Andy dia orang aku yang punya" Layla memberi amaran
"Saya tak nak ajar awak jadi kurang ajar dengan kakak awak, tapi sampai bila awak nak jadi permainan kakak awak. Sekali sekala jadi jahat lawan dia, tegakkan hak awak. Kalau bukan awak yang tegakkan hak awak siapa lagi??" Tiba tiba kata kata Amir bermain di fikiran Layra
"Aku tak janji" Layra cuba menjadi lebih berani berbanding sebelum ini selepas diberi nasihat oleh Amir"Dah jom Qieysh" ajak Adenan
"Adik pergi dulu ye" kata Layra sambil bersalaman dengan Ahfaz dan Linda
"Ingat pesan Abi dengan Ibu" kata Ahfaz
"Baik abi" akur Layra
"Adenan akak dengan abang serahkan Layra dekat Adenan ye" kata Linda
"Insyaallah kak, abang. Adenan jaga Layra baik baik" kata Adenan sambil bersalaman dengan Ahfaz"Nah" Adenan hulur helmet pada Layra. Layra yang memang tak pandai memakai helmet full face usaha memakai sendiri
"Mari saya tolong" kata Adenan dan memakaikan Layra helmet, Layla memandang tak puas hati
"Kita orang gerak dulu bang, akak Assalamualaikum" ucap Adenan, Layra melambai
"Waalaikumsalam" balas mereka.Tiba di office SS, Shazil, Amir, Aman, Qie, Asyraf, Fauriz, Iman dan Yan sudah menunggu Adenan dan Layra tiba. Layra melihat hanya di seorang perempuan merasa kurang selesa. Tiba tiba isteri Shazil, Era dan isteri Aman, Ijan turun dari office lega hati Layra melihat mereka berdua. Mereka bergerak ke Terengganu menaiki satu Hilux yang dibawa Adenan yang lain membawa motor. Layra menaiki Hilux bersama Adenan dan yang lain membawa motor
Sepanjang perjalanan Adenan dan Layra banyak bersembang tentang keluarga mereka
"Tadi ibu awak cakap awak first time keluar sendiri jauh, sebelum ni awak tak pernah ke??" Soal Adenan, Layra geleng
"Tapi Layla keluar??" Soal Adenan
"Haah, saya mula mula abi bagi je tapi saya tak nak sebab bila Layla tak ada dekat rumah saya aman. Bila abi dah terbiasa bila Layla keluar saya mesti ada dekat rumah teman abi dengan ibu tiba tiba saya keluar jauh tu yang dia terkejut" kata Layra, Adenan angguk faham"Awak first time lah hiking ni??" Soal Adenan
"Sebelum ni pernah tapi kem sekolah lah" kata Layra
"So awak anggap ni macam kem tusyen pulak" kata Adenan, Layra tersenyum
"Kenapa Sir ajak saya??" Soal Layra
"Entah, tapi saya rasa awak memang perlu waktu macam ni. Keluar ambik angin hutan lagi pun tahun depan awak akan sibuk punya, SPM kan" kata Adenan, Layra hanya senyum
"Sir kalau saya nak tanya sir something boleh??" Soal Layra, Adenan angguk
"Macam mana sir masih nampak happy depan student sir walaupun sir tengah hadapi masalah yang besar??" Soal Layra"Kenapa sir nak sebokkan masalah sir sedangkan sir tengah hadap coping mechanisms sir" kata Adenan
"coping mechanisms tu apa??" Soal Layra
"coping mechanisms tu satu perkara yang awak suka buat untuk hilangkan stress. Contoh macam hiking, membaca, melukis" terang Adenan
"Ouh! So maksudnya student sir coping mechanisms sir lah??" Soal Layra
"Yup, student saya adalah kekuatan saya, sebab tu bila saya tengok student saya letih, tak semangat saya akan panggil dia orang lepas kelas dan bersembang dengan dia atau ada student yang malu nak share saya akan jadikan kelas saya bukan tempat yang stress" kata Adenan"Semua tutor dekat SS sama ke??" Soal Layra
"Maksud awak??" Soal Adenan yang kurang faham
"coping mechanisms dia orang" kata Layra
"Kebanyakkan tutor dan staff SS coping mechanisms dia orang adalah student cuba berbeza cara" kata Adenan, Layra yang kurang faham hanya memandang Adenan
"Maksud saya, contoh macam Sir Amir, abang Iman dan Abang Qie dia orang punya coping mechanisms adalah student tapi dengan cara membuli student macam renjis air atau kurung dekat luar kelas" Layra angguk faham
"Patutlah Tyra dari dulu suruh saya masuk SS" kata Layra, Adenan tersenyum*
*
*
*
*Lain macam ye coping mechanisms Amir, Iman dengan Qie 😅😅
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomansaMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-