35

174 6 2
                                    

Selesai segala urusan di Terengganu mereka terus balik ke KL
"Nah, ni arwah minta akak bagi dekat korang. Hadiah kahwin katanya" kata Adeera sambil menyerahkan satu kotak pada Amir
"Terima kasih kak, nanti apa apa akak call je Amir, Qiesyh atau Aman. Kami dah janji dnegan arwah nak tolong jaga akak dengan mak" kata Amir
"Ye lah, korang pun nak datang datang je" kata Adeera. Mereka angguk dan Layra bersalaman dengan Adeera dan Saadah. Kemudian Amir terus memandu balik ke KL

Tiba di rumah Layra tiba tiba lengan Amir dipeluk
"Lamanya you pergi" kata Layla, Amir terus menarik tangannya
"Kenapa you ni??" Soal Layla dengan nada menggedik, Luthfi terus menarik Layla menjauhi Amir
"Pergi naik rehat" arah Luthfi, mereka terus naik ke bilik. Daripada bilik dengar jelas Layla dimarahi Ahfaz dan Luthfi
"Nah awak buka" kata Amir sambil menyerahkan hadiah daripada Adenan. Layra mengambil kotak dan membukanya perlahan. Hanya ada satu kertas terlipat
"Bacalah" kata Amir, Layra membuka dan membacanya

Assalamualaikum pengantin baru!!
Aku tak tahu nak bagi korang hadiah apa, so aku buat surat sudah lah ye. Kalau aku bagi pinggan mangkuk bukannya korang pakai pun nanti. Aku minta maaf kalau aku tak dapat tunaikan janji aku teman kau Mir masa akad, Terima kasih Mir tunaikan permintaan terakhir aku, bahagiakan dia tau.

Qiesyh, saya minta maaf sebab awak terpaksa lalui ni. Saya yakin awak kuat. Kalau Amir buli awak, awak flying kick je dia. Saya happy sepanjang dengan awak dan terima kasih pinjamkan kasih sayang awak pada saya bagi saya merasa duduk dalam hati awak. Tiba masanya untuk awak berikan kasih sayang pada Amir dan bagi dia merasa selesa dan bahagianya berada dalam hati awak. Saya nak awak bahagia tau, jangan sedih sedih. Saya yakin Amir akan bagi awak merasa betapa bahagianya hidup dengan dia sebab saya bahagia sepanjang saya hidup dengan dia.

Mir, dalam almari aku dekat rumah kita tu ada satu kotak. Dalam tu ada surat untuk anak anak aku, aku nak pinjam mulut kau. Tolong bacakan untuk dia orang. Lepastu dalam kotak tu juga ada alamat satu kedai ni, kau pergi sana, bagitahu nama aku nanti pekerja tu bagilah barang, kau pastkan dekat anak anak aku ye. Terima kasih Mir, Qiesyh untuk segalanya. Semoga korang bahagia hingga ke jannah. Jaga diri tau.

Andy

Layra mengalirkan air mata deras, Amir tersenyum dan menahan air matanya. Dia tak akan menangis depan Layra kerana dia tak nak Layra nampak dia lemah walaupun kesedihannya hanya dia sahaja yang rasai. Amir terus melutut di hadapan Layra
"Qiesyh, esok awak teman saya cari kotak tu ye. Lepastu kita ambil barang dan jumpa anak anak Andy, awak pun anak dia jadi awak pun kena dengar kandungan surat tu" kata Amir sambil memegang tangan Layra
"Kalau saya baca kemudian boleh??" Soal Layra
"Mesti ada sebab kenapa Andy nak anak anak dia dengar ramai ramai" kata Amir, Layra hanya angguk perlahan
"Awak pergi bersihkan badan lepastu rehat, saya turun kejap nak cari air" kata Amir, Layra angguk. Amir terus keluar dari bilik dan turun ke bawah

"Amir" tegur Linda
"Kak, eh sorry ibu. Terkejut Amir" kata Amir
"Sorry, Amir cari apa??" Soal Linda
"Amir nak minum air" kata Amir lembut
"Dekat cabinet atas tu cawan, kabinet bawah ni pinggan. Ibu ada masak, kalau Amir nak makan ibu panaskan" kata Linda
"Boleh juga ibu, Qiesyh tak makan lagi" kata Amir
"Kau tak makan??" Soal Luthfi
"Tak apa aku tak lapar" kata Amir

"Kau pun kena makan Mir, kalau kau sakit susah" kata Luthfi
"Ibu buat bubur lebih, boleh makan dengan sup. Adik suka, nanti Amir makan sekali" kata Linda, Amir hanya angguk
"Bila kau balik Amsterdam??" Soal Luthfi sambil mengambil tempat di sebelah Amir
"Ikutkan asal plan aku, esok. Tapi arwah minta aku sampaikan hadiah untuk anak anak dia, tu yang aku ingat hujung minggu ni kot. Lepas aku jumpa parents aku" kata Amir
"Kalau ikut apa yang arwah bagitahu aku, seminggu lepas tarikh asal arwah nikah dengan Layra kau pula betul??" Soal Luthfi, Amir hanya angguk
"So kau cuti berapa lama sepatutnya??" Soal Luthfi
"Sebulan" jawab Amir

"Kau cuti sem ke??" Soal Luthfi
"Haah, dua bulan aku cuti. kalau ikutkan plan aku, aku nak bawa Helena pergi honeymoon sebulan lagi. Tapi tak jadi kan" kata Amir sambil tersenyum
"So aku ingat nak bawa Qiesyh, nak stabilkan emosi dia sebelum dia masuk belajar. Tapi tu lah aku tak tahu nak bawa dia pergi mana" kata Amir
"Layra tak kisah, asalkan tempat tu cantik. Tak kisahlah macam mana pun" kata Ahfaz yang baru balik dari surau
"Layra dia suka bunga, tak suka serangga" kata Luthfi
"Maksud kau??" Soal Amir tak faham
"Layra tu tak kisahlah apa pun, asal binatang tu kecik pelik dia takut lah" kata Luthfi

"Contoh??" Soal Amir
"Lipas, cicak, tikus tu of course dalam list. Belalang, ulat bulu, cacing, ulat beluncas. Tak kisah lah asalkan benda tu serangga atau binatang kecil" kata Linda
"Lepastu Layra dia lebih suka anjing dari kucing" kata Luthfi, Amir terus memandang tepat Luthfi. Luthfi tersenyum
"Layra ni suka binatang dan macam macam binatang juga dia takut" kata Ahfaz
"Layra ni, dia suka pergi laut tapi takut ikan" kata Luthfi, Amir terus mengerutkan dahinya. Pecah tawa Luthfi melihat reaksi Amir
"Anak abi tu memang pelik. Tapi kalau seseorang tu dah berjasa dengan dia, dia akan hargai orang tu sampai bila bila dan kalau dia dah suka orang tu, dia akan sayang sampai bila bila. Layra tu pun pandai simpan sakit" kata Ahfaz, Amir mula risau

"Jangan risau Mir, adik aku tu pun senang jatuh cinta. Kalau kau betul pada caranya mudah kerja kau" kata Luthfi, Amir angguk
"Nah dah siap, Amir pergi makan dalam bilik" kata Linda, Amir angguk dan mengambil dulang dari Linda dan terus naik ke atas
"Mir nah, lupa. Layra dia suka minum susu sebelum tidur tapi susu coklat je dia tak suka susu putih" kata Luthfi sambil meletakkan satu cawan susu di dulang yang dipegang Amir. Amir meneruskan langkahnya ke bilik
"Awak??" Panggil Amir, Layra yang baru lepas mandi terus membuka pintu
"Jom makan, awak tak makan lagi" kata Amir

*
*
*
*
*

Suka laut tapi takut ikan 😅🤣

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now