49

156 7 3
                                    

"Awak! Dah siap jom makan" ajak Layra, Amir baru lepas menamatkan panggilannya dengan Luthfi menyahut
"Wah!! Sedapnya bau" puji Amir, Layra meletakkan pinggan yang telah diisi makanan di hadapan Amir
"Jom makan" ajak Layra, Amir membaca doa dan mereka makan makanan yang dimasak Layra
"Awak.. masakan awak power!! Terbaik!! Sedap gila!!" Puji Amir dengan mulut penuh
"Kunyah habis dulu, nanti tersedak" tegur Layra, Amir senyum dan terus menyuap makanan tanpa henti. Selepas makan, tugas Amir pula mengemas segala barang dan pinggan yang digunakan Layra. Layra sentiasa rasa bersalah apabila melihat Amir membuat semua kerja tetapi setiap kali dia mahu menolong Amir pasti akan memukul lembut tangan Layra dan membawa Layra ke ruang tamu dan memberikan remote control television atau komik padanya.

Biasanya Layra mengurangkan rasa bersalah dengan menemani Amir mengemas
"Awak lusa kita jalan jalan nak??" Soal Amir
"Lusa?? Pergi mana??" Soal Layra
"Somewhere, saya nak surprise awak. Nak??" Soal Amir
"Siapa yang tak nak surprise" kata Layra dengan mata bersinar
"So kita kena start kemas lah esok" kata Amir
"Jauh ke kita nak pergi??" Soal Layra

"Kena naik flight" kata Amir
"Nak clue boleh" pinta Layra lembut
"Luar dari Amsterdam" kata Amir, Layra mula meneka dalam hati
"Dulu kan saya cuma bawa awak area sini je, lepastu macam macam jadi sampai semua plan saya rosak dekat sini. So sebab tu saya nak bawak awak jalan jalan" kata Amir
"Awak bawak saya jalan jalan Target pun saya dah happy" kata Layra
"Tempat yang saya nak bawak awak lagi best dari Target" kata Amir, Layra mula teruja

Selesai mengemas, mereka terus masuk ke bilik. Layra sudah terlelap selepas 20 minit mendengar Amir bercerita tentang sirah Rasulullah SAW. Amir memandang wajah Layra yang lena sambil mengusap wajahnya
"Andy, Alhamdulillah aku mula rasa sayang pada dia. Mula rasa dia separuh nyawa aku. Nanti aku balik, aku melawat kau ye dengan kakak dan mak kau" kata Amir dalam hati, tak lama kemudian Amir juga tertidur

***

Tiba harinya, mata Layra ditutup Amir sejak di rumah sehingga dia bertemu dengan Luthfi di airport
"Bila kau nak bukak mata dia tu??" Bisik Luthfi
"Bila sampai Malaysia nanti" bisik Amir
"Awak nak makan??" Soal Amir
"Nak bukak mata" kata Layra
"Tu tak boleh" kata Amir, Layra memeluk lengan Amir dan menggoncangnya
"Please!!" Rayu Layra
"Kejap saya cari tempat sesuai dulu" kata Amir

Luthfi hanya tunggu di belepas, Amir pula membawa Layra ke hadapan belepas yang tertulis Tokyo
"Pedih mata" kata Layra sambil menggosok matanya
"Sorry tapi dia tak best kalau awak tahu awal" kata Amir sambil mengusap dan meniup lembut mata Layra
"It's okay, rasa berdebar sikit" kata Layra, Amir senyum dan meletakkan rambut Layra di belakang telinga
"Soalan yang saya nak tanya awak ni macam tiba tiba tapi saya tetap nak tanya awak" kata Amir, Layra hanya memandang
"Selama 9 bulan kita nikah dan 6 bulan kita buat projek ni apa awak rasa??" Soal Amir sambil mengusap wajah Layra
"3 bulan pertama rasa biasa je, 6 bulan kemudian rasa bahagia" kata Layra

"Saya bahagia sebagai isteri awak dan saya rasa awak dah berjaya ada dalam hati saya" kata Layra, Amir berhenti mengusap wajah Layra dan memandang tepat mata Layra
"Kenapa??" Soal Layra risau andai pengakuannya membuatkan hubungan baik mereka menjadi renggang
"Saya rasa projek kita tu berjaya" kata Amir
"Maksud awak??" Soal Layra

"Saya pun rasa awak dah berjaya tawan hati saya dan saya rasa awak dah jadi separuh dari nyawa saya" kata Amir, Layra terus memeluk Amir, Amir membalas pelukkan dan mencium kepala Layra
"So now you have to close your eyes" kata Amir, Layra memuncungkan mulut
"I'm sorry sayang" kata Amir dan terus menutup mata Layra. Luthfi yang melihat segala babak itu tak berhenti tersenyum, bahagia juga dirasainya apabila melihat adiknya berada di tangan seorang lelaki yang tepat untuknya

Perjalanan seharian itu akhirnya tamat, mereka tiba di KLIA. Kain yang menutup mata Layra akhirnya dibuka, Luthfi sudah berdiri di hadapannya. Layra yang sangat rindu abangnya tak bergerak hanya air matanya mengalir
"Tak peluk ke??" Soal Luthfi, Layra terus melompat dan memeluk abangnya, Amir hanya tersenyum
"Penat abang tahan tengok korang bersawit sepanjang flight" kata Luthfi
"Sepanjang flight??" Soal Layra, pelik
"Sebenarnya abang dari awal pagi dah gerak dari Glasgow terbang ke Amsterdam. Then naik flight dengan kita" kata Amir, Layra memukul Amir
"Sorry sayang, terkejut tak??" Soal Amir, Layra yang masih terharu memukul dan terus memeluk Amir

"Dah tak payah nak sawit sangat, jom kawan abang dah tunggu tu" kata Luthfi sambil terus menolak trolly ke pintu masuk
"Luthfi Aqief!! How's Scotland bro??" Soal Edry, kawan kepada Luthfi
"Not bad, kenalkan adik perempuan aku dengan husband dia" kata Luthfi, Amir dan Edry bersalaman
"Ni Layra ke??" Soal Edry, Luthfi angguk
"Ya Allah!! Dah kahwin dah!! Last aku jumpa dia rasanya dia kecik lagi" kata Edry
"Ye lah! Kau berapa lama dekat Jepun tu sampai kahwin pun dengan orang sana" kata Luthfi
"Jodoh bro, kau bila??" Sakat Edry
"Next topic!!" Kata Luthfi dan terus memasukkan beg ke boot kereta, pecah tawa Edry

Tiba di rumah Ahfaz, Luthfi, Layra dan Amir memberi salam dan berdiri di hadapan pintu
"Waalaikumsalam" balas Ahfaz
"Sayang!!! Anak kita balik!!!" Panggil Ahfaz apabila melihat wajah anak menantunya. Linda apabila mendengar Ahfaz memanggilnya terus meninggalkan kerja dapur dan berlari kepada Ahfaz
"Ya Allah anak anak ibu" kata Linda, air mata jernih mengalir dan Linda terus memeluk Layra, kemudian Luthfi dan seterusnya Amir
"Budak bertuah!! Balik tak bagitahu!!" Marah Ahfaz sambil memukul bahu Amir dan Luthfi

"Qiesyh pun tak tahu abi plan dia orang ni" kata Layra yang masih memeluk Ahfaz
"Dah mari masuk" ajak Linda
"Layla mana Abi??" Soal Luthfi apabila batang hidung adiknya tak terlihat
"Abi jenuh marah, abi dah pukul dia tapi macam tu jugak dia" kata Ahfaz jelas kecewa dengan anknya seorang itu
"Kenapa abi??" Soal Luthfi

*
*
*
*
*

Apalah yang Layla buat lagi ni 😤😤

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now