"Baiklah, kalau macam tu" kata Amir setuju dengan rancangan Naim dan anggotanya
"Insyaallah esok pagi kami akan mulakan operasi" kata Naim, kemudian mereka terus bersalaman dan meminta diri. Amir, Layra dan Hezmi terus ke kedai berdekatan untuk Hezmi menejelaskan segalanya
"First of all saya wakil kakak saya minta maaf sangat sangat pada Encik Amir dan Puan Layra" kata Hezmi
"Tak payah berencik puan bagailah, panggil Abang dengan Layra je" kata Amir, Hezmi angguk dan senyum
"Helena sebenarnya ada mental illness sejak kami pindah ke Dubai" Hezmi mula bercerita, Amir dan Layra fokus mendengar"Kami pindah ke Dubai selepas ibu kami meninggal. Helena sangat rapat dengan ibu kami dan hanya ibu kami boleh kawal tingkah pelik Helena" carita Hezmi
"Sejak bila dia sakit??" Soal Amir
"Dulu Helena pernah bercinta dengan orang Thailand. Kita orang satu family kenal dia and setuju kalau Helena nak kahwin dengan dia tapi masalahnya boyfriend dia bukan Islam dan boyfriend dia tak akan keluar dari agama dia. Disebabkan kami halang dia orang kahwin boyfriend dia bunuh diri, before dia bunuh diri dia video call Helena dan cakap keputusan yang dia buat tu semua disebabkan Helena. Setahun selepas tu ibu meninggal" cerita Hezmi"2 tahun kita orang stay Dubai dia minta untuk stay sini belajar dekat sini. Ayah tak bagi sebab risau dia sendiri tapi dia lari dan saya jadi spy terjun. Ayah minta saya tengokkan dia dekat sini. Dalam kurang dari 5 bulan dekat sini dia kenal abang. Kemudian bermulalah kisah abang dengan dia" kata Hezmi, Amir memegang tangan Layra
"Saya ada jumpa dia dalam 2 hari sebelum kemalangan, saya ajak dia balik tapi dia cakap nak settlekan something dengan abang dulu lepastu baru dia ikut saya balik" kata Hezmi
"Jumpa dia dekat sini ke??" Soal Layra, Hezmi hanya angguk. Tiba tiba badan Layra menggigil dan mengenggam tangan Amir"Sayang?" Amir terus memandang wajah Layra sambil mengusapnya
"Sayang nak balik" kata Layra
"Okay jom" setuju Amir
"Maaf ye Hezmi" kata Amir
"Tak apa bang, Layra pun pucat semacam je. Nanti apa apa saya contact abang je" kata Hezmi, Amir angguk dan bersalaman dengan Hezmi kemudian terus memapah Layra ke kereta. Tiba di rumah bujang Amir dan Adenan, Layra terus dibawa ke bilik"Sayang rehat ye" kata Amir, Layra tetap memegang erat tangan Amir. Amir terus duduk di sisi katil dan mengusap wajah Layra sambil mencium tangan yang dipegangnya
"Sayang jangan risau ye, Insyaallah lepas Helena kena tangkap kita akan hidup tenang macam dulu" kata Amir, Layra langsung tak bersuara hanya senyum dan memeluk lengan Amir. Amir membiarkan Layra memeluk lengannya sehingga dia terlelap. Selepas memastikan Layra sudah tertidur, Amir keluar sambung mengemas rumah yang penuh memori itu.Sedang menyapu, Amir tertolak frame gambar dia bersama Adenan dan frame itu pecah terhentak lantai. Amir mengutip serpihan kaca dengan berhati hati dan tulisan di belakang gambar menarik perhatiannya
"Sejak bila gambar ni bertulis??" Soal Amir sendiri dan meneliti setiap huruf tertulis
'Sahabat Dunia Akhirat
Terengganu
23/5/2014
6:30 pm
Amir bahagia sentiasa ye, aku sayang kau dunia akhirat Insyaallah'Tanpa sedar air matanya mengalir dan terukir senyuman yang manis
"Andy kau ni sweet talker jugak eh" kata Amir
"Terima kasih Andy, hilang penat aku kemas rumah ni" kata Amir lagi. Selepas menyapu, Amir masuk ke bilik Adenan untuk mengemas barang barang Adenan
"Andy kalau ada duit aku minta halal eh" kata Amir sambil senyum. Amir mengemas segala barang Adenan dan mengasingkan barang yang boleh disedekah, disimpan dan dibuang. Sedang mengemas baju, satu kotak putih tersorok di bawah baju baju yang terlipat. Amir mencapai kotak dan membukanya, tersenyum Amir melihat gambar gambar memori Adenan di SS bersama anak muridnyaAmir menyimpan gambar itu dengan baik dan sambung mengemas. Sedang leka mengemas Amir terdengar Layra menjerit di biliknya. Amir terus bangun dan berlari kepada Layra
"Sayang! Habib dekat sini" kejut Amir sambil memeluk Layra. Layra membuka matanya dan terus memeluk Amir
"Sayang nak pergi hospital tak?" Soal Amir risau, Layra geleng
"Sayang dah teruk dah ni, setiap hari takut macam ni. Nanti kalau Habib start kerja macam mana?" Soal Amir, risau
"Tak apa Habib pergi kerja sayang boleh duduk dengan ibu" kata Layra yang masih memeluk erat Amir. Amir hanya mampu diam risau menggunung pada isterinyaPenat mengemas Amir memilih untuk berhenti dan sambung pada keesokkan harinya memandangkan lusa dia akan mula berkerja di tempat baru
"Habib hantar sayang rumah Abi ye" kata Amir, Layra hanya angguk
"Habib tak duduk dengan sayang ye malam ni, esok lepas settle semua Habib ambik sayang dekat rumah Abi. Okay?" Soal Amir sambil mengusap kepala Layra. Layra yang risau memikirkan keselamatan Amir terus memegang tangan Amir
"Habib janji ambik sayang tau" kata Layra, Amir senyum
"Insyaallah, settle je Habib terus jumpa sayang ok" kata Amir dan terus meneluk LayraKeesokkan harinya, Amir bersedia seperti apa yang dirancang Naim dan anak buahnya.
"Amir!" Meremang Amir mendengar suara Helena di luar rumah, dengan senyuman Amir menyambut Helena di luar rumah
"I tahu you masih sayang I" kata Helena sambil berlari mahu memeluk Amir. Amir terus melangkah ke belakang
"You tak elok orang tengok kita bukan dekat Amsterdam" kata Amir, Helena hanya senyum
"Jom cepat masuk nanti jiran nampak" kata Amir, Helena yang teruja terus masuk sambil memegang tangan Amir
"Ya Allah aku sayang isteri aku Ya Allah, kuatkan iman aku Ya Allah" doa Amir dalam hatiRancangan Naim bersama anggotanya hanya simple. Amir mengajak Helena ke rumah dan Naim bersedia bersama anggotanya. Pada awal rancangan seperti berjalan lancar tetapi segalanya berubah apabila tiba tiba Helena mengacukan pistol pada Amir. Amir terkaku diam, Naim terus bersedia dengan apa apa yang bakal terjadi
"Helena letakkan senjata!" Arah Naim
"I percaya you Amir, sampai hati you buat I macam ni" kata Helena jelas air matanya mengalir. Hezmi yang berdiri di belakang Helena tanpa ragu ragu terus memegang tangan Helena dan Menolak Amir ke arah Naim"Dah la kak! Aku nak tolong kau!" Kata Hezmi sambil bergelut dengan Helena yang masih memegang pistol
"Pang!"*
*
*
*
*😨😨
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
![](https://img.wattpad.com/cover/276906369-288-k246173.jpg)
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-