33

155 4 3
                                    

Selesai mencuba baju mereka membayar dan berjalan ke pintu butik
"Amir!" Panggil Hairul. Amir memberhentikan langkah dan memandang Hairul
"Thanks tinggalkan dia, aku dah lama aim dia" kata Hairul
"Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah tinggalkan dia" kata Amir
"Kau kan dah ada tunang, move on lah bro" kata Hairul
"Eh baju korang, pelamin, catering, hantaran aku yang bayar tau. Kalau aku ikutkan sakit hati aku, aku boleh batalkan semua tulah dan ambik balik duit aku" kata Amir
"Silap silap duit mas kahwin kau pun aku yang sponsor" kata Amir, Hairul geram terus mengangkat tangan untuk melepaskan tumbukan, Layra terus berdiri di hadapan Amir

"Amir apa ni!!" Marah Helena
"Eh tunang awak tu yang mulakan" kata Layra
"Jangan nak main tuduh je eh!!" Marah Helena
"Tak percaya tengoklah CCTV kedai ni!!" Tegas Layra,
"Dah lah nak kahwin pun bekas tunang yang sponsor!! Tak malu!!" Kutuk Layra, Helena geram terus menampar Layra. Tetapi sempat ditahan Amir
"Amir!! You kenal I lama tau tak akan you tak percayakan I??" Soal Helena tiba tiba
"Eh kenapa tiba tiba percaya pula ni?!! Dengar sini Helena apa yang bakal isteri aku cakap tu betul. Kau tukar alamat majlis pihak lelaki dekat rumah Hairul ingat aku tak tahu, saiz baju aku kau tukar dengan badan Hairul. Tapi aku yang bayar sepenuhnya dan jangan ingat aku tak tahu duit yang sepatutnya aku bagi kau untuk hantaran dan mas kahwin tu kau buat untuk Hairul kan?? So korang tak keluarkan apa apa belanja!! Aku yang bayar semua!!" Marah Amir

"Kalau aku ikut sakit hati aku, aku boleh batalkan semua ambik balik 500 ribu duit aku tu!! Tapi sebab aku masih ada sifat kemanusiaan tak nak kau malu macam aku!! Aku diam aku biar!!" Marah Amir
"Dengar sini, aku tak marah kau putuskan tunang sebab aku tahu tak semua orang mampu tunggu selama tu. Tapi kalau jantan tu betul betul seorang lelaki yang bertanggungjawab dia tak akan terima bulat bulat lah semua tu" kata Amir dan terus keluar dari butik bersama Adenan, Luthfi dan Layra. Sepanjang perjalanan ke kereta sehingga selepas menghantar Layra dan Luthfi balik Adenan tetap senyum
"Kau dah kenapa senyum macam kerang busuk??" Soal Amir selepas menghantar Layra dan Luthfi
"Entah, happy kot" kata Adenan, Amir hanya diam pelik

Esok adalah hari bermakna Amir dan Layra, Amir tak boleh melelapkan mata. Jam menunjukkan pukul 1 pagi Amir mendapat panggilan dari Adeera
"Amir Andy pengsan!! Hidung dengan mulut dia berdarah!!" Kata Adeera dalam talian
"Hah?!! Amir datang sekarang!!" Kata Amir dan terus mencapai kunci kereta dan keluar ke rumah Adenan.
"Akak tak sanggup dengar, Amir pergi ye jumpa doktor" kata Adeera selepas tiba di Kecemasan. Adenan ditahan ward selepas rawatan di kecemasan selesai
"Macam mana doktor??" Soal Amir apabila doktor keluar.
"Organ dia mula tak berfungsi" kata Doktor
"Macam mana boleh jadi macam tu?? Sebelum ni dia okay, boleh bawa motor siap hiking lagi doktor" kata Amir

"Tumor dah merebak ke saraf yang sepatutnya hantarkan maklumat pada organ" kata doktor
"Berapa lama lagi dia ada??" Soal Amir walaupun berat untuk dia tanya
"Less than a week" kata doktor, Amir terduduk
"Saya minta maaf" kata doktor
"Tak apa, doktor dah rawat dia lama. Saya yakin doktor dah buat semampu doktor" kata Amir dengan air mata yang mula mengalir
"Terima kasih doktor rawat dia" ucap Amir, doktor hanya diam
"Boleh saya bawa dia keluar?? Esok dia ada hari penting" soal Amir
"Boleh, lepas dia sedar saya akan uruskan untuk dia keluar" kata Doktor
"Terima kasih, ada apa apa mesin yang saya kena bawa ke??" Soal Amir, doktor senyum
"Tak, saya tak bagi apa apa mesin pada Andy pun, Andy tu kuat dia mampu bernafas dengan sendiri. Saya cuma akan bekalkan awak mini oxygen tank je in case kalau dia tak boleh bernafas" kata doktor, Amir angguk

***

Keesokkan harinya Andy sedar wajah Amir dan Aman yang dia nampak dahulu
"Lama ke aku pengsan??" Soal Adenan
"Tak, sekejap je" kata Aman
"Mir bukan kau nikah ke??" Soal Adenan, Amir angguk
"Apasal kau dekat sini lagi?! Dah pukul 9 dah!! Lagi sejam kau nak nikah" kata Adenan risau
"Relax, kau dah lupa janji kau?? Kau nak teman aku" kata Amir, Adenan terus menundukkan pandangannya
"Apasal??" Soal Aman sedar tingkah Adenan
"Aku tak larat, nak bernafas pun susah. Tengok badan aku, muka aku kan pucat. Tak kan aku nak pergi majlis kau keadaan macam ni" kata Adenan

"Tengok muka aku" kata Amir, Adenan akur dan memandang tepat Amir
"Ada aku kesah?!" Tegas Amir
"Tak payah nak buat alasan!! Nah tukar baju" kata Amir sambil menyerahkan baju Adenan
"Sebelum tu, doktor cakap apa??" Soal Adenan
"Tu nanti nanti lah, cepat lambat dah ni" kata Aman. Adenan akur dan terus ke tandas menukar baju. Aman dan Amir sudah berjanji untuk tak memberi tahu Adenan tentang keadaannya, namun Adenan tahu masanya hampir tiba.

Selepas Adenan selesai menukar baju, mereka terus ke rumah Layra. Ramai tetamu yang sudah tiba, Amir dan Aman memapah Adenan ke dalam memandangkan Adenan tak mampu berdiri sendiri. Adeera dan Saadah nampak Adenan yang lemah mereka tak mampu melihat. Tyra pula membawa Layra turun, Layra juga melihat Adenan yang pucat hanya mampu menahan air mata. Tok kadi meneruskan agenda dengan memeriksa segala dokumen dan memberi tazkirah sebelum memulakan akad. Sedang tok kadi memberi tazkirah, badan Adenan makin lemah dan makin susah untuk bernafas. Tetapi Adenan tetap gagahkan diri untuk melihat sahabatnya menamatkan zaman bujang kerana itulah yang dia mahu lihat sebelum dia menutup mata selamanya
"Sedia??" Soal tok kadi, Amir menarik nafas dan angguk. Adenan memukul lembut peha Amir dan angguk

"Khalish Amir bin Kamarul Azman, aku nikah kan dikau dengan adik kandungku Aqiesyh Layra binti Ahfaz dengan mas kahwinnya RM2000 tunai dan seutas gelang" lafaz Luthfi
"Aku terima nikahnya Aqiesyh Layra binti Ahfaz dengan mas kahwinnya RM2000 tunai dan seutas gelang" lafaz hikmat itu disebut Amir dengan penuh debaran didada. Adenan bahagia apabila saksi mengatakan 'sah', Amir pula perasaan yang bercampur. Selepas solat sunat tiba masanya membatalkan wuduk. Amir mengambil cincin yang diserahkan padanya lalu menyarung pada jadi manis dan memakaikan gelang di tangan Layra, begitu juga Layra menyarungkan cincin di jari manis Amir. Tiba masa untuk mengambil gambar, Adenan betul betul tak mampu manahan sakit dan nafasnya makin sempit akhirnya dia terbaring di riba Amir semasa mengambil gambar

"Andy!!" Panggil Amir, Adenan hanya diam dengan mata yang tertutup. Aman terus menyerahkan mini oxygen tank pada Adenan tetapi oxygen tak mambantu Adenan tetap susah bernafas
"Mengucap Andy" kata Amir sambil membantu Adenan mengucap, walaupun perlahan Amir mendengar jelas segala bait syahadah yang di baca Adenan.
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)" ucap Amir selepas memeriksa nadi Adenan yang tak berdenyut. Adeera yang bersama Adenan hanya memeluk Adenan dan menangis. Layra juga mengalirkan air mata deras, Amir terus memeluk Layra. Aman pula membetulkan badan Adenan dan menutup mukanya dengan kain yang diberikan Luthfi.

*
*
*
*
*

😭😭😭

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Isteriku Pelajarku ✔️✔️Where stories live. Discover now