Tak lama kemudian doktor Luthfi pula keluar. Amir terus bangun berjumpa dengan doktor
"Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar tetapi kecederaan yang berlaku pada dia besar kemungkinan akan membuatkan dia lumpuh" kata doktor
"Seumur hidup?" Soal Amir
"Tak, dalam beberapa tempoh sahaja. Tetapi ada kemungkinan juga untuk seumur hidup. Tapi yang penting sekarang kita kena tunggu dia sedar sebab bila dia sedar baru kami boleh beri kenyataan yang tepat" kata doktor
"Terima kasih doktor" ucap Amir, doktor angguk dan meninggalkan Amir. Amir terus menjelaskan pada mereka, jelas senyuman di wajah mereka sebentarSelepas urusan perkebumian Layla selesai, mereka terus fokus pada Luthfi tetapi Linda tak berhenti menangis apabila teringat Layla
"Ibu dengan abi balik la rehat. Biar Adik dengan Amir teman abang" kata Layra, mereka angguk***
Hari telah bertukar minggu, minggu bertukar bulan, Luthfi tetap tak sedarkan diri lagi
"Saya minta maaf, tetapi perlu buat" kata doktor apabila mesin pernafasan Luthfi ingin dicabut untuk melihat Luthfi mampu bernafas sendiri atau tidak. Kertas kebenaran disign Ahfaz dengan air mata mengalir deras. Amir, Layra, Ahfaz dan Linda berada di bilik ICU untuk melihat Luthfi. Apabila mesin pernafasan dicabut pergerakan dada Luthfi diperhati semua orang di bilik itu. Hampir Seminit, akhirnya"Haa"
"Allah anak ibu!" Terukir senyuman di wajah mereka apabila Luthfi menarik nafas sendiri. Layra terus memeluk Amir, bahagia rasanya***
Luthfi dipindahkan ke wad biasa selepas tiga hari sedar dari koma selama sebulan lebih itu
"Abang okay hari ni??" Soal Linda baru tiba dengan makanan kegemaran Luthfi. Luthfi angguk dan senyum
"Doktor memang cakap abang tak boleh jalan langsung eh??" Soal Luthfi tiba tiba
"Doktor bagitahu aku masa kau tak sedar tu, kau mungkin hanya akan lumpuh dalam satu tempoh masa je tapi ada kemungkinan juga kau akan lumpuh seumur hidup. Ala doa banyak banyak lagi pun kau baru sedar 3 hari lepaskan, results kau pun tak keluar lagi" kata Amir. Sedang mereka melayan Luthfi, doktor masuk ke bilik"Assalamualaikum semua" ucap doktor
"Waalaikumsalam" balas mereka
"Luthfi ada berita baik dan tak. Awak nak dengar yang mana dulu??" Soal doktor
"Yang tak dulu" kata Luthfi
"Kecederaan yang awak alami sangat teruk dan perlukan tempoh agak lama untuk pulih dan awak kena hadap muka saya dalam tempoh 5 ke 7 tahun ni untuk appoinmet monthly" kata doktor, Luthfi angguk
"Berita baik??" Soal Luthfi
"Awak akan lumpuh dalam tempoh masa yang awak sendiri tentukan" kata doktor, Luthfi memandang pelik"Kalau awak disiplin tak ponteng appointment saya, appointment physio dan rajin berlatih dekat rumah Insyaallah tempoh untuk awak berjalan sendiri tu singkat tapi kalau awak tak disiplin lama lah awak nak berjalan sendiri" kata doktor, terukir senyuman di wajah Luthfi
"So Insyaallah esok kalau awak tak ada apa apa masalah awak dah boleh keluar" kata Doktor, kali ini lebih lebar senyuman Luthfi
"Terima kasih doktor" ucap Luthfi
"Abang cantik jugak doktor tu" kata Layra selepas doktor keluar dari bilik
"Eh!!" Serentak Amir dan Luthfi
"Lelaki tu!!" Tambah Luthfi"Bukan yang cakap dengan abang! Yang belakang dia tu" kata Layra
"Haah cantik juga Luth" tambah Amir
"Eh! Habib! Something wrong je ni!!" Tegas Layra apabila Amir menyokong Layra
"Aik Habib sokong sayang pun salah ke??" Soal Amir
"Tak payah sokong yang ni!" Tegas Layra, Amir mengangkat kedua tangan, menyerah kalah. Ahfaz dan Linda tersenyum walaupun kehilangan satu anugerah Allah mereka harap yang ada ini tetap mampu memberi kebahagiaan pada mereka***
Keesokkan harinya, Luthfi dibenarkan keluar dari hospital, Amir dan Ahfaz mengambil Luthfi, Linda dan Layra pula menghias ruang tamu untuk Luthfi
"Welcome home!" Ucap Linda dan Layra apabila Luthfi membuka pintu
"Start from now ni adalah bilik abang sebab abang tak boleh naik atas" kata Layra
"Kalau kau nak naik aku boleh je tolong" kata Amir, Luthfi angguk
"Assalamualaikum" ucap sekumpulan orang di luar"Waalaikumsalam" balas Amir dan menyambut mereka. Keluarga Amir tiba melawat Luthfi
"Mak, ayah sihat??" Soal Layra sambil bersalaman dengan mereka
"Sihat, Qiesyh?" Soal Azman
"Alhamdulillah sihat, Qiesyh minta maaf ye tak sempat jumpa ayah dengan mak" kata Layra, Adibah senyum sambil mengusap belakang Layra.
"Assalamualaikum" ucap sekumpulan polis lengkap berpakaian uniform
"Waalaikumsalam" balas mereka dan Ahfaz menyambut mereka"Maaf mengganggu, saya Inspector Naim saya ketua untuk siasatan kes kemalangan Encik Luthfi dan Cik Layla" kata Naim memperkenalkan dirinya, mereka angguk dan Ahfaz terus menunjukkan ke arah Luthfi
"Tu anak saya Luthfi" kata Ahfaz. Luthfi dan Naim bersalaman
"Encik Amir ada??" Soal Naim sambil memandang Ahfaz
"Saya Amir" kata Amir dan terus bersalaman
"Encik yang buat report betul?" Soal Naim, Amir angguk"Okay berdasarkan siasatan yang telah kami lakukan pada kenderaan yang dibawa Encik Luthfi kami mendapati ini ada unsur khianat" kata Naim
"Apa maksud Tuan?" Soal Luthfi
"Cable break pada kereta dipotong" kata Naim
"Kejap mustahil sebab saya bawa kereta tu sehari sebelum kejadian elok je" kata Ahfaz
"Kereta ini atas nama Encik Amir betul??" Soal Naim, Amir angguk
"Betul, tapi saya tinggalkan dekat sini untuk ayah mentua saya pakai sebab saya tak duduk Malaysia" kata Amir"Kami ada periksa data Cik Aqieyla Layla, terdapat beberapa kes janayah kecil yang melibatkan dia dan mengikut daripada report yang dibuat Encik Amir, Encik Luthfi dan Cik Layla dalam perjalanan ke Rumah Pemulihan Akhlak betul?" Soal Naim
"Tuan nak cakap Layla yang punca kemalangan ni sebab tak nak pergi sana??" Soal Amir, Naim angguk
"Mustahil!" Serentak Luthfi dan Ahfaz
"Kenapa??" Soal Naim"Betul adik saya nakal dan ada terlibat dengan beberapa jenayah dan pernah cuba banyak kali untuk bunuh Layra tapi dia tak akan melibatkan diri dia sendiri" kata Luthfi, Ahfaz dan Linda angguk setuju
"Maksudnya?" Soal Naim
"Contoh kalau dia nak bunuh saya, hanya saya yang akan terlibat orang lain tak akan luka walaupun sedikit" kata Ahfaz
"Kalau plan dia termakan diri dia?" Soal Naim
"Dia mesti akan meronta bila saya tarik dia masuk kereta dan akan auto terlepas cakap sebab arwah Layla sangat sangat jujur dan tak pandai simpan rahsia" kata Luthfi"Jadi siapa dalang sebenarnya??" Soal Azman
*
*
*
*
*🤔🤔
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-