Akhirnya selesai ujian besar, Layra dan Tyra berpelukkan gembira
"Jom celebrate" ajak Tyra
"Aku dah ada janji lah" kata Layra
"Nak dating lah tu" kata Tyra kecewa
"Hehehe, lain kali ye. Nanti apa apa aku call kau tau" kata Layra
"Ye lah, kirim salam bakal abang ipar aku tu" pesan TyraTiba di rumah, Layra terus bersiap untuk keluar membeli keperluan bersama Adenan. Tak lama selepas Layra siap Adenan tiba dan mereka terus ke mall untuk mencari keperluan hantaran
"Cantik tak ni awak??" Soal Layra sambil menunjukkan purse pada Adenan
"Cantik" kata Adenan sambil tersenyum. Tiba tiba Adenan ternampak seseorang yang sangat dikenalinya
"Dia ada dua design mana lagi sesuai dengan warna ni" soal Layra, Adenan tetap fokus pada orang itu. Layra sedar terus memandang ke luar mencari apa yang dilihat Adenan
"Awak tengok apa??" Soal Layra"Sorry, awak tanya apa tadi??" soal Adenan
"Awak tengok apa??" Soal Layra sekali lagi
"Tak ada apa, ni awak nak saya pilih ke??" Soal Adenan menukar topik
"No, jawab soalan saya. Kita dah janji kan tak ada rahsia antara kita" kata Layra sambil menyorokkan purse di belakangnya
"Tak, saya ternampak tunang Amir" kata Adenan
"Sir Amir ada tunang??" Soal Layra
"Ada, rasanya dah 5 tahun dia orang bertunang" kata Adenan"So tadi kenapa awak pandang dia macam something wrong je??" Soal Layra
"Dia dengan another guy" kata Adenan, Layra terdiam
"Awak tak nak bagitahu sir Amir ke??" Soal Layra
"Perlu ke??" Soal Adenan
"Yes, sekurang kurangnya sir Amir tak kena tipu lagi" kata Layra, Adenan hanya akur dan terus call Amir"Assalamualaikum bro! Sihat??" Soal Adenan
"Waalaikumsalam, sihat Alhamdulillah. Asal ada berita gembira ke nak story dekat aku??" Soal Amir, rindu betul dengan sahabatnya
"Ni bila majlis kau??" Soal Adenan
"Seminggu selepas kau lah. Jangan cakap kau tak nak datang!! Kau pengapit aku tau!!" Kata Amir
"Datang lah, gila tak datang. Bila kau balik sini??" Soal Adenan
"InsyaAllah tak ada apa apa hujung minggu ni aku balik lah, nak settlekan apa patut" kata Amir"Ni aku just saja nak tanya, kau dengan Helena macam mana?? Okay??" Soal Adenan
"Okay Alhamdulillah. Ni apasal kau tiba tiba tanya pasal dia??" Soal Amir
"Tak lah tadi aku ternampak dia, banyak betul dia shopping" kata Adenan
"Ouh dia cari barang lah tu. Wey sorrylah aku tak boleh sembang lama lah. Nanti aku call kau lagi eh" kata Amir
"Ye lah, apa apa hal bagitahu tau" kata Adenan
"InsyaAllah, kau pun" pesan Amir, kemudian panggilan dimatikan"Kenapa awak tak nak terus terang je??" Soal Layra
"Tak sampai hatilah, suara Amir tu bahagia sangat bila cerita pasal tunang dia tu" kata Adenan, Layra angguk faham. Tiba tiba Adenan teringat abang Amir, Arfan
"Saya try tanya abang dia kejap" kata Adenan terus mencari nombor Arfan. Adenan terus call selepas mendapat nombot Arfan"Assalamualaikum, abang sihat??" Soal Adenan
"Waalaikumsalam, Alhamdulillah. Lama tak contact abang ni, apa cerita??" Soal Arfan
"Sibuk sikit bang tengah settlekan hal kahwin" kata Adenan
"Ouh ye lah, lupa abang" kata Arfan
"Abang, sebenarnya Andy call ni ada something nak tanya abang" kata Adenan
"Apa dia??" Soal Arfan
"Helena dengan Amir macam mana??" Soal Adenan"Sebenarnya, Helena dah minta putus dah pulang cincin pun" kata Arfan
"Tapi tadi Andy call Amir dia cakap dia orang okay" kata Adenan, pelik
"Kita orang tak bagitahu Amir pun pasal ni" kata Arfan
"Kenapa bang?? Bukan ke Amir patut tahu" kata Adenan
"Betul, tapi Amir kan tengah final exam, tak silap abang esok baru habis. Abang tak nak lah bagi dia stress" kata Arfan
"Bila abang nak bagitahu dia??" Soal Adenan"Dia balik nanti" kata Arfan
"Apa alasan Helena tu??" Soal Adenan
"Dia mengaku yang dia curang dengan Amir" kata Arfan
"Sejak Amir pergi Amsterdam ke??" Soal Adenan
"Tak, baru lagi. Tak silap abang dia baru kenal lelaki tu sebulan" kata Arfan
"Bila dia minta putus" Soal Adenan, geram rasanya
"Minggu lepas, nak kahwin dah pun" kata Arfan"Tapi dia orang still uruskan hal kahwin" kata Adenan
"Sebanarnya hal kahwin dia orang nak dekat sebulan dah settle. Hari tu abang nak batalkan tapi Helena cakap tak payah dia nak pakai semua tu untuk majlis dia nanti. Andy jangan bagitahu Amir ye. Nanti kami bagitahu dia" kata Arfan
"Ye lah bang" kata Adenan
"Ni abang gerak dulu ye, ada kerja sikit. Nanti jangan lupa bagi abang tarikh kahwin" kata Arfan
"InsyaAllah bang" kata Adenan kemudian panggilan dimatikan*
*
*
*
*Kesian Amir bertepuk sebelah tangan 🥺🥺
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-