Adenan dan Layra memilih untuk bernikah selepas Layra selesai SPM selepas 2 kali perancangan batal
"Aku rasa bersalah dengan Qiesyh" kata Adenan, Aman yang sedang berdiri terus duduk di sebelah Adenan
"Serius aku salute dengan Qiesyh, dia sangat setia dengan kau. Aku rasa kalau perempuan lain mesti dah minta putus punya. Kalau tak perempuan tu family dia akan minta" kata Aman
"Patut ke aku putus dengan dia??" Soal Adenan
"Woi!! Dia punya berusaha sabar dan setia dengan kau lepastu kau nak lepaskan dia macam tu je!!" Marah Aman
"Korang tunang pun nak setahun dah. Macam macam korang lalui tak akan kau nak mengalah macam tu je??" Kata Aman, Adenan hanya diam berfikir
"Dah sekarang ni kita fokus untuk SPM then kau fokus balik jaga kesihatan kau supaya kau boleh nikah dengan Qiesyh" kata AmanLayra yang sedang berehat selepas mengulang kaji mendapat messege dari seseorang yang tidak dikenalinya. Gambar Adenan bersama perempuan lain dengan berserta video Adenan dan perempuan itu sangat mesra.Layra cuba menenangkan diri sebelum tuduh melulu. Layra terus forward pada Adenan
"Saya dapat gambar dan video ni tadi.. ada apa apa awak nak explain??"
"Perempuan tu ex student saya batch 02. Saya terjumpa dia masa makan dengan Aman hari tu. Waktu ni rasanya Aman pergi tandas"
"Okay, saya percaya awak"
"Mana awak dapat gambar ni??"
"Entah ada nombor saya tak kenal bagi"
"Ouh.. InsyaAllah selagi Allah tak ubah hati saya, saya akan setia dengan awak macam mana awak setia dengan saya"
"Dah nanti saya layan awak tak study saya, nanti kita sembang lagi ye encik tunang"
"Baiklah cik tunang, nanti apa apa nak tanya call je okay. Nak ajak teman study pun boleh 🫣"
"Jangan nak gatal sangat! Jangan lupa makan dan makan ubat ye.. Bye 😘"
"Baik.. Bye 🌹🥰"
Layra turun ke bawah untuk mengambil air, tiba tiba Layla menegurnya
"Dengar cerita sir Andy curang dengan kau betul ke??" Soal Layla
"Kalau dia curang pun lantak lah, bukan aku kesah pun" kata Layra
"Sah kau nak gunakan sir Andy je kan" kata Layla
"Aku nak gunakan sir Andy ke apa ke suka hati aku lah. Dengar sini selagi aku dengan dia percaya antara satu sama lain jangan ingat kau boleh rosakan hubungan kita orang. Berhentilah buang masa dan tenaga kau je" kata Layra. Layla yang geram terus menarik rambut Layra. Mereka bergaduh sehingga mengejutkan Ahfaz dan Linda"Layra!! Layla!! Apa ni!!" Marah Ahfaz
"Layra ni abi dia tiba tiba serang Layla" mengadu Layla, Layra hanya diam
"Sudah masuk bilik!!" Arah Ahfaz, mereka terus naik dan masuk ke bilik masing masing. Layra yang masih geram terus menghempas badannya ke katil
"Layra" panggil Linda lembut sambil mengetuk pintu
"Ibu, ada apa??" Soal Layra lembut selepas membuka pintu
"Ada luka mana mana tak??" Soal Linda, Layra geleng"Ibu suka tengok Layra sekarang, mula melawan Layla. Menegakkan hak sendiri" kata Linda, Layra senyum
"Sir Amir cakap hari tu, sekali sekala nak jadi jahat tegakkan hak sendiri tak salah" kata Layra, Linda senyum dan melepaskan ciuman di dahi Layra
"Dah Layra rehat minggu depan nak SPM, lepastu nak uruskan hal nikah lagi" kata Linda, Layra angguk. Linda mencium lagi dahi Layra, menyelimutkannya dan menutup lampu, kemudian terus keluar dari bilik Layra. Selepas Linda keluar Layra terus menutup mata dan merehatkan badannya.**********
Akhirnya tiba hari terakhir kelas mereka bersama Adenan untuk terakhir kali mengulang kaji sebelum menduduki ujian esoknya
"Okay guys listen here, sir tak kesah pun apa saja keputusan kamu semua nanti yang sir nak improvement dari kamu semua sahaja. Tak kesahlah dari F to E ke, D to A ke apa sahaja results korang sir bangga. Cuma satu je sir minta, selagi masa belum habis jangan keluar dari dewan, tak kiralah korang habis 5 minit je ke tetap duduk dalam dewan tu. 13 tahun korang belajar tak kan setakat 2 jam dalam dewan tak boleh tahan" kata Adenan, pelajarnya ada yang mula mengalirkan air mata termasuk Layra. Adenan juga mahu mengalirkan air mata tetapi cuba menahan dari mengalir"For the last time, boys girls line up!!" Arah Adenan, pelajarnya hanya akur. Adenan memeluk pelajar lelaki dan membuat high 5 dan pelajar perempuan hanya membuat fly kiss. Selepas mengambil gambar beramai ramai Adenan menghantar mereka ke pintu dan melambai mereka.
"Qiesyh jom" ajak Adenan selepas lap air mata dan mengambil barangnya
"Comel juga encik tunang saya menangis" kata Layra, Adenan menjeling
"Tinggal baru tahu" Sakat Adenan sambil berjalan ke kereta
"Ala tak sampai 500 meter awak dah patah balik ambik saya" kata Layra dan berjalan mendekati kereta
"Hi sayang" tiba tiba Layla memeluk lengan Adenan"Layla!! Berapa banyak kali saya cakap!! Jangan main sentuh je!! Jaga maruah awak tu!!" Marah Adenan
"Ala awak cakap je macam tu sebenarnya awak suka kan" kata Layla terus mencuit dagu Adenan. Adenan terus menepis tangan Layla, Layra pula masuk ke tempat duduk depan
"Woi keluar!!" Arah Layla sambil menarik Layra keluar
"Apa masalah kau hah!! Dulu masa kau tahu tunang aku ni tak sempurna kau punya kutuk dia kenapa sekarang jilat ludah sendiri ke!!!" Tengking Layra, hilang kesabarannya. Layla tiba tiba menampar Layra
"Layla!! Saya dah cukup sabar dengan awak!! Dulu ye awak boleh buat apa saja pada Layra tapi sekarang Layra bawah jagaan saya sekali lagi awak sentuh dia siap awak!!!" Marah Adenan"Ala you, kita jujur je lah" kata Layla, Adenan pelik
"Jujur apa?!" Soal Adenan
"You dah rasa tubuh I ni and bukan ke you dah janji nak tinggalkan Layra sebab dia tak nak puaskan you" kata Layla, kali ini Layra betul betul marah dan terus menampar Layla
"Murah betul maruah kau kan!! Kalau kau rasa dengan cara tu boleh buat aku tinggalkan Adenan ni kau salah!! Aku tetap setia dengan dia!! Kau cananglah satu dunia aku tetap dengan dia dan BAHAGIA dengan dia!!!" Tengking LayraAdenan mengambil pek ais dari bonet dan tuam di pipi Layra
"Mana awak dapat ice pack ni??" Soal Layra
"Sejak awak terseliuh hari tu, saya sediakan payung je" kata Adenan, Layra tersenyum dan membiarkan Adenan menuamkan pipinya
"Nah buat sendiri macam mana saya nak bawa kereta" kata Adenan sambil menyerahkan pek ais pada Layra
"Ingatkan nak manja tadi" kata Layra
"Tak payah, lagi 3 minggu baru kita manja ye" kata Adenan. Selepas memakai seatbelt Adenan menurunkan tingkap belakang
"Nak balik tak??" Soal Adenan, Layla terus masuk ke dalam kereta*
*
*
*
*Tu lah melampau sangat kena tengking dapat lempang pun dapat 👍🏻👍🏻
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Isteriku Pelajarku ✔️✔️
RomansaMengisahkan tentang kisah cinta antara guru dan anak murid serta kebencian seorang kakak pada adik sehingga sanggup membunuh Nak tahu bagaimana mereka mempertahankan cinta?? Jemput baca sampai habis ye 9/7/2021 -Start- 19/2/2024 -End-