Tok tok tok!
Pintu kelas diketuk sebelum memasukinya.
Manusia pertama yang dilihat haechan sudah pastinya ialah Kim Minjung.
Si pelajar perempuan kaya. Berharta, popular dan punya segalanya, tapi tiada adab. Sungguh haechan amat berdendam dengan perempuan itu. Seperti mahu saja dilumat perempuan itu sehingga lunyai sebagaimana sakitnya hati dia apabila ibunya dihina oleh minjung.
Perempuan apakah itu? Menghina sesama perempuan.
"Kau asal tengok tengok aku? Tahulah hari ni aku extra cantik!" Minjung kibar rambut ke belakang. Muka sombong dipamer.
Haechan hanya menjeling dan duduk diam di tempatnya.
"Hoi haechan! Aku cakap dengan kau ni? Apa? Kau pun pekak macam mak kau?"
Sekali lagi gadis itu cuba mengikis kesabaran seorang lee haechan.
Haechan hanya mampu memejam matanya sambil menunduk. Peduli apa dia dengan segala kutukan gadis itu. Biarlah dia bergembira dulu dengan cara menghina dirinya. Tapi, suatu hari nanti saat untuk dia membalas dendam pasti tiba.
Haechan tersenyum sinis di dalam hatinya. Dia tahu kelemahan perempuan itu. Satu idea jahat muncul di benaknya.
"Dahlah. Dia memang sengaja buat-buat pekak tu," sampuk salah seorang gadis yang berdiri di sebelah meja minjung.
Minjung melepaskan keluhan. Geram.
"Urgh!"
Haechan tertawa dalam hatinya. Akhirnya gadis itu mengalah.
Dia, tidaklah terlalu kejam.
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO