☂︎ + 21

189 63 3
                                    

Hampir sebulan, keadaan diantara haechan dan minjung masih dingin. Mereka cuma bercakap antara satu sama lain jika ada hal penting. Seperti kerja berkumpulan yang pastinya tidak dapat dielakkan.

Suatu hari, tanpa disangka, guru sejarah mereka menyatukan mereka berdua sebagai satu pasukan.

***

"Jadi, kita nak buat kat mana?" tanya haechan.

"Rumah kau lah. Kat mana lagi? Kan petang kau kerja. Jam 8 malam aku datang," ujar minjung tanpa memandang haechan kerana sibuk menyimpan buku-bukunya ke dalam beg.

"Oh ok. Thanks," ucap haechan, janggal.

"Ya," balas gadis itu lalu terus mengangkat beg dan meninggalkan haechan.

"Urgh!"

Haechan menunduk sambil memegang kepalanya. Stres. Sampai bila hubungan mereka harus sebegini?

Gadis itu sudah tidak sama seperti dulu. Seolah-olah gadis itu sudah terlalu pasrah dan redha.

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now