Minjung mengelipkan matanya apabila merasakan cahaya terang menusuk ke dalam kornea mata lalu menembusi beberapa bahagian sehinggalah sampai ke retinanya.
"Ugh mark," panggil gadis itu dengan suara yang sangat perlahan saat melihat seorang lelaki yang sepertinya mark di sebelah katilnya.
Sementara itu tangannya ligat menggosok matanya untuk menjelaskan penglibatan.
"Minjung, boleh min kenal oppa?" soal lelaki yang menyerupai mark itu.
"Oppa?"
Minjung tertawa kecil tanpa suara.
"Bukan aku panggil kau mark ke? Bila masa aku panggil kau oppa? Lawak arh kau ni," ujar minjung lagi dengan bibir pucatnya yang tersenyum ketawa.
Lelaki itu menunjukkan riak pelik. Tetapi otak minjung belum cukup kuat untuk memproses maksud dari riak wajah itu.
"Min, kau mesti hauskan? Nah minum."
Botol air yang ber-straw itu dihulurkan ke mulut minjung.
Selesai minum, minjung bersuara.
"Apa yang dah jadi dengan aku?"
Lelaki itu merenung minjung berserta satu senyuman nipis.
"Min koma."
"Hah?!" minjung menjerit terkejut seraya bangun dari perbaringannya.
"Ko-koma? Macam mana aku boleh koma? Weyh, kau mark kan? Kenapa bahasakan diri kau oppa?"
"Did you forget me? I'm your brother minjung!"
Minjung terdiam dan otaknya mula beroperasi untuk memahami apa yang sedang berlaku.
"Tak tak aku takde abang. Dan kau, mark kawan aku. Apa kau merepek ni?" soal minjung masih hairan serta tidak percaya.
"Minjung, comeback to reality please? Aku abang kandung kau, kim minhyung. Mark is just-"
Lelaki yang mengaku sebagai abang minjung itu melepaskan keluhan dengan wajah yang menunduk. Seperti apa yang bakal dikatakan selepas ini amat berat untuk diucapkan.
"Apa?"
Minjung menggoncang lengan minhyung meminta lelaki itu untuk menyambung percakapannya.
"Mark lee right? Dia cuma watak fiksyen dari cerita yang min baca di wattpad."
Alangkah terkejutnya minjung sehingga membuatkan dirinya terkedu tidak berkelip. Sekaligus otaknya automatik tidak berfungsi.
Cerita? Wattpad? Jadi yang minjung berjumpa dengan haechan dan mark itu apa?
"Jadi haechan? Dia wujudkan? Dan min pengsan masa haechan tinggalkan min di rooftop sekolah masa hujan that's why min koma? Betulkan?" soal minjung bertubi-tubi.
Masih sukar dan banyak perkara yang tidak boleh difikirkannya kini.
"Minjung koma disebabkan kemalangan kereta dan, tiada seorang manusia pun yang bernama haechan di korea. Apa yang min alami ialah cuma imaginasi min yang terlalu kuat sebab min terlalu menghayati cerita hujan tu."
"Oppa, apa ending story hujan?"
"Haechan mati kemalangan sebelum dia nak jumpa minjung."
"Ta-tapi, mimpi minjung tadi- haechan tak mati."
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO