"Nah, makan sendiri," ujar haechan lalu memberikan segelas air serta sebiji panadol kepada minjung. Tetapi hulurannya tidak disambut gadis itu. Malah, gadis itu mengelipkan matanya beberapa kali.
"Kenapa?" tanya haechan pelik dengan kelakuan minjung.
"Kejamnya suruh aku makan sendiri. Boyfriend apa kau ni, tch."
Haechan tersenyum sinis. Rupanya mulut pedas minjung masih belum hilang.
"Hmm siapa suruh kau yang degil nak ikut aku balik kelmarin? Kan dah demam lepas tu tergedik-gedik minta suap ubat dengan aku. Tch," ujar haechan turut tidak mahu kalah.
Minjung membesarkan matanya dan memandang haechan tidak percaya.
"Gedik dengan boyfriend sendiri takpe," balas minjung selamba sambil menundukkan kepalanya.
Haechan sudah mengumpat di dalam hatinya betapa susahnya mahu melayan gadis seekor ni. Itu
"Nak makan ubat ke tak ni? Ke dah sihat?"
"Takpelah. Makan sendiri je," ucap minjung lirih dan perlahan sambil mengambil ubat dan airnya.
"Erh yelah yelah, nah."
Ubat dan air itu tidak diberikan kepada minjung. Tetapi haechan menyuapkan ubat itu ke dalam mulut gadis itu dan membantu memegang gelas minjung.
"Oho~"
Haechan dan minjung menoleh laju ke pintu sejurus sahaja mendengar suara puan lee.
Puan lee tertawa sambil menunjukkan jari telunjuk kepada anaknya dan minjung kemudian membuat isyarat tangan berbentuk hati kepada sepasang kekasih itu.
Haechan mengemam bibir malu manakala minjung pula hanya tersengih.
Maksud bahasa tangan puan lee itu ialah, haechan dan minjung sangat romantik.
// Romantik la sangat -_- //
"Dah dah. Minjung, pemandu keluarga kamu dah sampai tu kat depan rumah. Dia nak ambil kamu balik."
"Hah? Ala, malaslah nak balik," balas minjung kepada ibu haechan.
Puan lee langsung berubah riak lalu bercekak pinggang.
"Hei, dahlah tak pergi sekolah. Nak balik rumah sendiri pun malas?" bebel puan lee.
"Hah? Sekolah?"
"Hari ni masih sekolah dek. Cuma sebab kau sakit aku tak sampai hati nak tinggalkan sengsorang."
"Ouh."
"Erh dah dah. Min cepat bangun. Kesian pemandu kamu tu dah tunggu lama," puan lee menyedarkan mereka berdua lalu membantu gadis itu bangun serta mengemaskan sedikit barang gadis itu.
"Bye haechan. Maaf sebab dah susahkan kau," ucap minjung sebelum keluar dari bilik itu.
"Memang pun," perli haechan.
"Eii, tak guna kau!" marah minjung. Dia serius boleh pula haechan bergurau. Kasar pula tu.
"Hei, kalau dah sakit tu buatlah cara sakit!" ujar haechan kuat kerana gadis itu sudah jauh dan selamat sampai ke luar rumah.
Manakala haechan hanya mengikut perlahan di belakang.
"Tak jadi sakit sebab kau chan," balas gadis itu memandangkan haechan seketika lalu masuk ke dalam kereta.
Haechan terdiam sekaligus terkejut.
"Apa maksud dia?"
***
Nah aku tau hambar, sekian. Petg / mlm karang aku hapdet lgi if tiada halangan hshshs. Tdi aku hampir tk jdi nk menaip sbb stress skjp hshs. Nasib skrg dh ok :)
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfiction[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO