P/s :Anda disarankan untuk mendengar lagu dandelions by Ruth B semasa membaca chapter ini for better experience :)
***
"Jadi? A-"
Percakapan minjung terhenti apabila melihat setitik air jatuh ke muka haechan.
Rupanya mereka tidak sedar yang hujan sudah mula turun.
Haechan melepaskan keluhan lalu membawa gadis itu pergi ke satu pondok berdekatan.
"Lari!" jerit haechan sambil tersenyum dan menarik tangan gadis itu.
Minjung membalas dengan senyuman gembira.
Ya, nampaknya penyakit fobia minjung sudah semakin sembuh disebabkan lelaki itu. Betapa bersyukurnya dia. Kini pasti haechan dapat menerima diri dia seadanya kerana mereka kini sudah dapat menyerasikan jiwa mereka bersama terhadap hujan.
Setelah berlari meredah hujan lebat sejauh 200 meter akhirnya mereka selamat tiba.
"Penat bodo. Asal tarik aku lari lelaju sangat hah?" marah minjung dengan muka tidak puas hati. Tapi dalam masa yang sama niatnya cuma mahu bergurau.
"Sorry keyh? Aku taknak kau basah sangat nanti."
"Tapi-"
Haechan mendekati minjung sehingga membuatkan jarak wajah mereka hanya berjarak tiga inci.
Minjung kaku. Degupan jantungnya mulai laju sehingga membuatkan dia merasa seperti ingin menampar wajah haechan disebabkan tindakan mengejut lelaki itu.
Tahu tak betapa berdebarnya dia? Tahu tak betapa dia mahu tersenyum sekarang cuma dia tidak mahu kerana malu.
Haechan tersenyum sinis lalu tangannya pergi ke belakang kepala minjung.
"I- apa kau buat?"
Gelang rambut minjung ditarik lepas dari rambut panjang gadis itu.
"Rambut kau lebih cantik bila kena lepas dan basah," ucap haechan lalu membuatkan gadis itu terdiam malu.
"YAHH STRAIGHT TO THE POINT JELAH!" minjung menjerit geram lalu berpaling dari melihat wajah haechan lagi.
"Okey okey tenang kim minjung. Please?" pinta haechan sambil memegang kedua belah bahu minjung supaya menghadapnya.
"Hah?" minjung kehairanan.
"Aku, tak dapat nak tunaikan janji aku untuk lindungi kau lagi lepas ni. Maaf," ucap haechan sambil menunduk sehingga rambutnya jatuh dan menutup sebahagian wajahnya.
Pegangan pada bahu minjung dilepaskan.
"A-apa maksud kau?" tanya minjung, terkejut. Dalam masa yang sama, dia merasakan seperti ada yang tidak kena dengan haechan kini.
"HAECHAN! CAKAP CEPAT! APA KAU CAKAP NI? KAU DAH JANJIKAN NAK LINDUNGI AKU, SETIA DENGAN AKU, DAN- SEMBUHKAN AKU SAMPAI BEBETUL SEMBUH?!"
Minjung menggoncang lengan haechan dengan kuat.
"Haechan, tolong? Jangan buat aku risau," rayu minjung dengan sedikit nada marah didalam suaranya.
Haechan mengangkat wajahnya.
"Sebab tu aku cakap aku tak dapat nak tunaikan janji aku lagi," ujar haechan dengan suara yang perlahan.
"Hae-haechan."
Tebing mata minjung sudah bergenang dengan air mata yang bila-bila masa sahaja akan tumpah.
"Apa maksud kau? Kau nak tamatkan hubungan ni sebab aku dah sembuh? Begitu?" soal minjung dengan nafas yang berat.
"Tak. Aku tak pernah ada niat untuk tinggalkan kau bila kau dah berjaya sembuh. Cuma, ni semua permintaan mak aku. Maaf," ucap haechan perlahan.
Dan dari kejauhan lagi, haechan sudah nampak ibunya sedang berlari ke arah mereka. Tapi minjung tidak perasan kerana berhadapan dengan haechan.
"Mak kau, kenapa?" tanya minjung.
Haechan diam dan langsung tidak memandang gadis itu.
Tapi matanya sedang tertuju ke suatu arah.
"HAECHAN JAWAB SOALAN AKU BODO!" jerit minjung sehingga membuatkan air matanya jatuh.
Haechan tetap diam dan melihat ke suatu arah.
Disebabkan perasan hairan, minjung turut melihat ke arah yang dilihat haechan.
"Mark? Kenapa dia-" belum sempat minjung mahu bertanya, haechan tiba-tiba ditarik dan ditengking oleh suara wanita. Dan minjung kenal suara tersebut.
"Balik sekarang!" marah puan lee berserta jeritan kuat.
"Kau! Jangan pernah untuk jumpa dan dekati anak aku lagi. Aku benci kau!" ujar puan lee lalu menarik haechan pergi.
"Haechan, HAECHANN!" jerit minjung kuat sehingga suaranya menjadi serak manakala haechan hanya memandangnya dengan seukir senyuman pahit.
"HAECHAN!" jerit minjung sekali lagi lalu rebah sambil melihat lelaki itu hilang dari pandangannya.
Mark yang tadinya berada tidak jauh dari mereka datang mendapatkan gadis itu dan memeluknya.
"Haechan, mark! Haechan!" rintih minjung seraya menangis di bahu mark. Lelaki yang tidak terlalu dikenalinya namun mampu menenang diri dia.
"Haechan terpaksa minjung. Jangan risau, kalau memang sudah takdir kamu berdua akan bersama. Yah korang akan tetap bersama," ucap mark lembut lalu mengusap kepala gadis itu.
Dahi minjung dikucup perlahan. Dia tidak berniat untuk mengkhianati haechan. Cuma haechan pernah berkata, minjung sangat-sangat mahukan ciuman haechan didahinya. Cuma haechan tidak mahu berbuat demikian kerana malu.
Dan kini, biarlah mark yang merealisikan bagi pihak haechan.
"Aku akan tetap berada disisi kau. Sampailah haechan pulang."
Bersambung...
Belum tamat keyh :) aku akan tetap tunaikan happy ending korang nnti hghghgh ಥ‿ಥ
Maaflah kalau chap ni tk buat korg sedih sgt. Gw kan masi noob lgi " kalau pasal sad story ni hshs
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fiksi Penggemar[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO