Krittt !
Bunyi kerusi ditarik kedengaran lalu mengejutkan minjung yang sedang menekupkan mukanya di atas meja.
Minjung memandang lelaki yang duduk dihadapannya.
Manakala lelaki itu hanya diam dan mengeluarkan sebatang rokok daripada kotaknya lalu dibakar untuk dihisap.
"Awak siapa? Asal duduk sini? Macamlah dah takde tempat lain," ujar minjung tidak senang.
Lelaki itu memandangnya sambil merokok.
"Ni, meja favourite aku. Sukahati aku lah," balas lelaki itu tenang.
Dahi gadis itu berkerut kehairanan.
"Asal saya tak pernah nampak awak pun kat sini?" tanya minjung.
"Dah masa kau datang aku takde. Memang taklah kau nampak. Apakah bodohnya soalan kau," perli lelaki itu dan kembali diam.
Minjung mencarut dalam hati. Malas mahu mencari gaduh.
"Dahlah. Kau tidur jelah. Aku takkan ganggu kau."
Minjung hanya menatap lelaki dihadapannya.
"Takpelah. Maaf mengganggu," ujar minjung lalu ingin bangun untuk pergi.
"Aip."
Tangan minjung direntap.
"Apa?" soal minjung sambil cuba melepaskan tangannya dari genggaman lelaki itu.
"Kau yakin ke kau akan tenang di rumah? Hmm? Duduk jelah. Aku takkan ganggu kau. Anggap je aku tak wujud depan kau," ujar lelaki itu lagi namun masih memegang tangan minjung.
"Takpe-"
Lelaki itu mencerlung tajam sambil menggerakkan bola matanya menyuruh minjung untuk duduk.
Minjung yang berasa gerun menurut namun mulutnya mencebir tidak puas hati kerana dipaksa.
"Kau nak aku cium kau ke?"
Minjung berpaling dari memandang arah lain lalu terkejut kerana wajahnya dengan lelaki itu hanya berjarak beberapa inci.
Minjung tergamam manakala lelaki itu sudah tersenyum sinis.
"Senyum," pinta lelaki itu sambil tersenyum.
Minjung yang berasa seperti dipukau turut tersenyum dengan mata yang berkelip-kelip.
"Good," puji lelaki itu lalu menjauhkan wajahnya lalu duduk.
"kenapa?" minjung bertanya, pelik.
"Muka kau buruk gila bila murung. You know what, kita perlu senyum untuk gembira. Bukan senyum bila gembira saja," ucap lelaki itu lalu menolak cawan kopinya ke hadapan minjung.
Minjung melihat ke dalam cawan itu.
Sekali lagi dia terpana melihat late art yang membentuk emoji senyum ( ◜‿◝ )
Kemudian dia ingin memandang lelaki itu, namun sudah hilang.
Minjung berkejar ke pintu keluar kafe dan melihat lelaki itu pergi sambil merokok dengan tenang.
"Pelik," ucap minjung perlahan. Tapi dalam masa yang sama, dia seperti berasa selesa dengan kehadiran lelaki itu.
***
Halo gais. Maafkan gw kerna udah lama nggak update. Btw gw masi dlm proses pemulihan utk move on dri mikael ༎ຶ‿༎ຶ
Dia, watak fav aku. Jgn slh paham hshs
Baideweyh, writing aku ok dok? Aku rasa cm hancur setelah bbrpa tahun nggak menaip ;-;
Ouh ya, maaf juga ya kalau hambar :(
Good night
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fiksi Penggemar[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO