Selama dua hari minjung terpaksa bercuti dari pergi ke sekolah.
Sungguh dia trauma akibat kejadian yang menimpanya tempoh hari. Dia tidak menyangka, rancangannya yang hanya untuk cuba mendekati Haechan membawa padah kepada dirinya. Malah membuatnya hampir mati. Sumpah dia menyesal setengah mati.
"Argh, bila ayah nak balik ni?" rungut Minjung sambil setia memandang jam pada skrin telefonnya.
Ayahnya berjanji akan balik ke rumah pada jam 11 pagi. Sudah dua minggu ayahnya outstation pastinya kerinduan gadis itu sudah menggunung-ganang.
"Tunggu kat bawahlah."
Minjung melangkah turun dari katilnya dan pergi ke ruang tamu untuk menunggu ayahnya yang bakal datang dalam 30 minit lagi.
"Kau memang sengajakan nak sakit untuk dapatkan perhatian ayah kau? Tch."
Minjung mengetap bibir.
"Betina ni lagi," keluh Minjung dalam hati.
Dia berpaling melihat ibu tirinya.
"Berapa kali Min nak bagitahu yang min kena buli? Ke anty yang tak faham bahasa? hah? Nama je sekolah tinggi tapi otak..." Manjung tarik bibir senget dan kembali menonton televisyen.
Ibu tirinya yang duduk di sofa sebelah terdiam menahan geram.
"Anty ni, sepatutnya bersyukur tau anak tiri anty ni baik ya amat. Kalau tak, dah lama anty merempat bawah jambatan. Jadi, make your own sandwich. Jangan menyibuk hal Min boleh? Anty tu setakat isteri ayah je. Bila-bila masa je bole berpisah. Min anak kandung ayah. Ingat tu kedudukan anty! Huh nyampah betul aku!" Minjung angkat punggung lalu keluar dan duduk menunggu di depan rumah.
Makin lama dia berada di dalam makin panas. Membahang betul berada dekat mak tirinya itu.
"Tapi, bila-bila masa saja aku boleh hapuskan kau Kim Minjung. Ingat, aku perempuan yang paling ayah kau cinta."
Minjung terdiam.
Dia lupa tentang hal itu. Ibu tirinya, puan kim jisoo ialah seorang perampas.
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfic[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO