☂︎ + 7

219 75 43
                                    

Pak!

Wajah haechan ditampar keras.

Haechan hanya mendiamkan diri tanpa mempertahankan dirinya kerana dia tahu, ibunya sedang stres dan kecewa.

Ibunya percaya yang haechan berkelakuan buruk walaupun dia sudah menerangkan banyak kali yang dia langsung tidak membuat itu semua.

"Percayalah mak, haechan tak buat semua tu!" rayu haechan.

"Jadi kenapa kamu dipecat? Siapa juga yang mahu berdendam dengan kita? Kita bukannya orang kaya. Kita orang miskin. Jangan tipu mak haechan!"

Belakang tubuh haechan dipukul berkali-kali oleh ibunya.

"Tapi masalah haechan tak buat semua tu! Tuan pengurus tu pun percayakan haechan tapi dia terpaksa buang haechan sebab taknak kena saman! Mak!" haechan menjerit apabila ibunya langsung tidak mahu melihat penerangannya.

Malah terus terusan memukul, mencubit dan menendang kakinya haechan.

"Mak!"

Tubuh ibunya dirangkul kuat dan menenggelamkan wajahnya di dada ibunya tanda merayu.

Tidak lama kemudian, tubuh haechan
ditolak.

Ibunya menarik muka haechan supaya memandang dirinya.

"Jadi kita nak makan apa? Macam mana kamu nak sekolah? Kamu lupakah dulu kamu berabis mencari kerja di semua tempat tapi cuma kedai itu saja yang terima kamu? Kamu lupa?"

Ibunya menangis lalu menyandarkan dirinya ke dinding.

Cuba menahan sebak dan berfikirkan bagaimana nasib mereka anak beranak.

"Arghhhhh!" jerit ibu haechan.

Buk!

Puan kim memukul kepalanya sendiri.

Buk!

"Mak jangan!"

Haechan segera menahan tangan ibunya.

"Tolong mak jangan macam ni!"

Kedua belah tangan ibunya digenggam dan dia merenung ke dalam mata ibunya.

"Mak ni tak berguna. Sudahlah cacat. Menyusahkan anak lagi! Mak tak layak hidup! Bagus mati saja!"

"Mak, ni ujian tuhan untuk kita. Dia nak uji kita samada kita kuat atau tidak. Bukan sebab tuhan tak sayang kita. Mak, tolong jangan cakap macam ni lagi. Tolong."

"Tuhan tak adil! Kenapa orang lain hidup senang kita tidak? Apa salah mak sampai dilahirkan cacat macam ni? Mak tak sanggup! Mak penat!"

"Mak, haechan ada. Cakap saja apa mak nak cakap."

Puan lee terdiam. Lantas dia memeluk anaknya erat.

Akhirnya, mereka anak beranak tenggelam di dalam tangisan masing-masing dan terlelap bersama.

hujan ↷ haechan  ✓Where stories live. Discover now