"Haechannie~" panggil minjung sejurus sahaja sampai ke tapak jualan haechan.
Bau hanyir ikan dari jualan sebelah sanggup ditahannya demi haechan.
"Min!"
Haechan menutup mulut minjung.
"Uiiii," marah minjung.
"Jangan buat aku malu please? Ni pasar bukan kat rumah ke apa," marah haechan dalam keadaan berbisik.
"Yela yela lepash," pinta minjung dan permintaannya dituruti.
Minjung tersenyum riang lalu mendekati haechan.
"Kenapa datang sini? Tak nampak ke langit tu dah gelap sikit?" tanya haechan sambil memandang risau kepada minjung.
"Kau kan ada? Apa nak risau? Kau kata nak tolong sembuh-"
Percakapan minjung terhenti apabila haechan tiba-tiba mengelap wajah dan leher gadis itu dengan tisu.
"Aku dah cakap kat sini panas. Minta puji juga nak datang," bebel haechan lagi manakala gadis itu masih mematungkan diri sehinggalah haechan menghentikan perlakuannya.
Dalam masa yang sama jantungnya berdegup kencang.
"Janganlah gabra sangat. Aku kesian je tengok kau sanggup datang teman aku."
"Ei!"
Bahu haechan ditampar.
"Pahal?" soal haechan terkejut.
"Customer customer."
Haechan segera berdiri dan melayan pelanggannya.
"Sweet betul kamu ni. Sesuai ni nak buat jadi menantu makcik hshs," puji mak cik itu sambil meletakkan tangannya di depan mulut. Tanda terharu konon. Biasalah mak cik bawang.
"Hehe, saya ni jual sayur je makcik. Mana sesuai jadi menantu makcik," ucap haechan merendah diri sambil memasukkan sayuran yang dipilih mak cik itu ke dalam beg plastik.
"Hey, takpe haechan. Asal hati baik dan boleh bahagiakan anak makcik dahlah," ujar mak cik itu lagi lalu ketawa.
Haechan juga turut ketawa.
Selesai melayan pelanggan tadi, haechan kembali duduk bersebelahan dengan minjung.
"Rancak berbual. Bakal mak mentua ke?" tanya minjung dengan wajah pelat.
"Banyaklah kau mak mentua. Jangan risaulah. Anak dia dah ada boyfriend pun," jawab haechan kerana mula menyedari bau cemburu dari kekasihnya itu.
"Erh min, dah nak hujan ni. Tolong."
"Tolong apa?"
"Masukkan sayur-sayur tak habis tu dalam plastik putih besar tu," arah haechan manakala dirinya mahu menurunkan kain kanvas untuk menutup depan khemah jualannya.
"Oghey," jawab minjung dengan senang hati.
Tanpa sedar, akhirnya hujan turun dan bakal mencabar jiwa gadis itu.
"Kau kuat min," ucap minjung perlahan. Memberi semangat kepada dirinya.
***
Wahai para siders / silent readers, boleh tak tolong ringankan sikit tgn tu utk tekan ikon bintang tu plith-
Jgn buat mood aku hncur lgi hri ni :D
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fanfic[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO