"Mak, mana minjung?" tanya haechan sebaik sahaja tiba di dapur dan bertemu ibunya.
"Masih tidur dalam bilik. Oh ya, chan tolong bangunkan minjung. Suruh dia sarapan."
"Ok," balas haechan lantas melangkah ke bilik ibunya.
Pintu bilik dibuka perlahan kerana tidak mahu mengejutkan gadis itu.
Gadis itu masih tidur. Lalu haechan menghampiri minjung dan membuka selimut gadis itu.
"Minjung," panggil haechan perlahan sambil menggoyang bahu gadis itu.
"Min, min, kau demam ke ni?" soal haechan panik kerana badan minjung sangat panas saat dia menyentuh bahu gadis itu.
Kemudian dia menyentuh dahi gadis itu.
"Ya tuhan, min min bangun!" kejut haechan panik.
"Ya, sakit sikit je ni," balas minjung dengan suara yang serak.
"Mana ada sikit kalau dah panas macam ni. Tunggu kejap ya min," pesan haechan lalu segera mendapatkan ibunya.
"Mak, minjung demam. Badan dia panas!"
"Hah? Ok ok tunggu kejap. Rasanya mak ada simpan panadol hari tu," balas puan kim lalu menggeledah bekas ubatnya. Namun tiada. Ubat sakit kepala itu sudah habis.
"Arh takpelah mak. Haechan pergi beli!"
"Haechan ada duit ke?"
Haechan terdiam. Namun tiba-tiba dia tertawa canggung.
"Takpe nanti chan minta hutang dengan pakcik guk."
"Ok jangan hutang banyak sangat."
"Ya tau!" ujar haechan lalu segera berlari keluar dari rumahnya.
Tetapi, saat membuka pintu, dirinya dikejutkan dengan kehadiran manusia yang tidak disangka-sangka.
"Mana minjung?" soal puan kim mengejut tanpa sebarang salam apatah lagi ucapan selamat pagi.
Haechan terkejut tapi dia cuba mengawal riak wajahnya setenang mungkin.
"Ouh, masih ingat anak rupanya? Ingatkan-"
"Aku tanya mana minjung?" tanya puan kim sekali lagi dengan wajah seriusnya.
Haechan menjulingkan matanya ke atas.
"Tak sangka erh, hati setan macam kau masih nak ambil berat pasal anak sendiri? Erh lupa. Anak tiri saja."
"Kau ni,"
Puan kim menolak haechan kuat sehingga terundur ke belakang lelaki itu.
"MINJUNG! MANA KAU? KELUAR SEKARANG CEPAT!" jerit puan kim tanpa sebarang perasaan malu di rumah orang.
Ibu haechan yang kebetulan keluar daripada dapur terkejut melihat kehadiran puan kim.
"Kau-" puan lee sangat terkejut dengan kehadiran puan kim. Setelah lebih 15 tahun tidak pernah bersua.
"Kau, buat apa kat sini?!"
Puan kim terdiam dan menatap lama wajah ibu haechan dengan mata yang sudah mula berair.
"Tak, takpelah. Aku balik dulu," ujar puan kim lalu keluar balik dari rumah itu dan niat asalnya.
"Kau, pastikan minjung ada di rumah aku sebelum tengahari," pesan puan kim kasar kepada haechan lalu masuk ke dalam kereta dan pergi.
Haechan mengelipkan matanya beberapa kali lalu memandang ibunya.
"Kenapa mak?" tanya haechan. Tidak faham dengan situasi yang berlaku antara ibunya dan puan kim.
***
Maaf! Aku update satu chap je pgi ni. Sbb otauck aku tak berfungsi sangat pepagi nih :D
YOU ARE READING
hujan ↷ haechan ✓
Fiksi Penggemar[ MENGANDUNGI PENULISAN CRINGE ZAMAN BOCIL ❗ ] [ BELUM DIEDIT DAN TATABAHASA BERTERABUR 🗿 ] Apabila titisan air hujan dan bauan tanah lebih diagungkan daripada cinta tulus si gadis. ©authorinstoryline | 2021 c o v e r : @CRUSHAO